CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4232|Reply: 4

Roh Pulang minta lihat Jasad Sendiri

[Copy link]
Post time 18-12-2014 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Roh Pulang minta lihat Jasad Sendiri



Roh Pulang minta lihat Jasad Sendiri | Ada satu riwayat menceritakan bahawa apabila roh itu keluar dari tubuh, selepas berlalu tiga hari ia memohon kepada Tuhan “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku yang dahulu sewaktu aku berada di dalamnya.”
Selepas Allah perkenankan, roh itu pun segera ke kubur dan dapat melihat kedua lubang hidung dan mulut mengalir darah. Melihat keadaan yang menimpa tubuhnya, roh itu pun terus menangis dan merintih sepuas-puasnya: “Aduhai tubuhku yang miskin lagi lemah, wahai kekasihku. Ingatkah akan hari kehidupanmu? Rumah ini adalah rumah serigala, rumah bencana, rumah yang sempit dan gelap-gelita serta rumah kesusahan dan kepayahan”.


Selepas berlalu lima hari, sekali lagi roh itu perkenan daripada Allah untuk melihat tubuhnya. Kali ini dilihat tubuh itu mengalir darah dari hidung dan mulut pula mengalir nanah dan najis. Keadaan yang sama keluar juga dari kedua lubang telingannya. Melihat keadaan yang ngeri itu sekali lagi roh menangis dan meratap dengan bersungguh-sungguh serta berkata: “Wahai tubuhku yang miskin, ingatkah hari kehidupanmu? Inilah rumah kegelisahan, rumah bencana, rumah kala dan ular yang akan memamah dagingmu, akan mengoyak kulit dan seluruh anggotamu”.
Kemudian roh pergi lagi menemui Tuhan selepas tujuh hari berlalu. Seperti biasa Allah perkenankan dia ke kubur dan melihat tubuhnya, roh mendapati tubuhnya dipenuhi cacing. Sambil memekik dan menangis sekuat-kuatnya roh itu bersuara “Wahai tubuhku adakah anda ingat hari kehidupanmu? Di mana harta kekayaanmu, di mana isterimu, kekasihmu dan anak-anakmu? Di mana keluarga dan kaum kerabatmu sekarang? Dimana sahabatmu sekarang? Di mana jiran-jiran mu sewaktu hidupmu dulu? Mereka semuanya ikut menangis dan mencucurkan air mata ketika aku berpisah dengan engkau?


Sementara itu diceritakan daripada Abu Hurairah:
“Apabila seseorang mukmin itu mati, rohnya akan berkeliling di sekitar rumahnya selama satu bulan. Roh itu dapat menyaksi serta melihat apa yang ditinggalkan terutama mengenai harta-benda dan kekayaanya. Ia juga akan mengetahui bagaimana cara membahagi harta dan membayar segala hutangnya. Selepas genap sebulan roh itu kembali ke liang kuburnya. Selepas itu selama setahun pula mengelilingi dan dapat mengetahui siapa yang mendoakannya dan orang yang berasa sedih dan duka akan peninggalannya.”


Apabila genap setahun barulah roh itu dibawa naik untuk dikumpulkan dengan seluruh roh yang lain sehingga tibanya Hari Kiamat, sehingga ditiup sangkakala Israfil. Dalam satu riwayat menyebut bahawa yang dimaksudkan roh itu adalah roh anak Adam(manusia). Sementara daripada keterangan yang lain pula berpendapat bahawa roh itu adalah roh malaikat Jibril. Juga ada keterangan menyebut bahawa roh itu adalah roh Nabi Muhammad s.a.w yang bersemayam di bawah Arasy, meminta izin dari Allah pada malam al-Qadar untuk turun memberikan salam dan penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat. Ada juga menyebut bahawa roh itu adalah roh kerabat yang sudah meninggal dunia. Mereka sama-sama memohon kepada Tuhan “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau perkenankan kami untuk turun ke rumah kami di mana kami akan melihat anak-anak dan keluarga kami yang ditinggalkan” maka roh pun turun pada malam al-Qadar.


Allah berfirman dalam surah al-Qadar ayat 4 bermaksud:
“Malaikat sama turun dengan roh”,
Sementara dalam surah an-Naba ayat 38 bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul kudus) malaikat berdiri dengan berbaris.”


Menurut riwayat Ibnu Abbas;
“Jika datang hari raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama dalam Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan malam Jumaat, roh mayat itu sama keluar dan datang berdiri di muka pintu serta berkata: “Kasih sayanglah kamu sekalian terhadap kamu di alam yang penuh berkat ini dengan melakukan sedekah, sebab kami mengharapkan (pahala) sedekah jika sekalian bakhil dan kedekut serta tidak sudi bersedekah maka hendaklah anda ingat kepada kami dengan bacaan surah al-Fatihah pada malam yang penuh keberkatan ini.”
Wallahu’alam
Sumber Dari : musfaqir tripod com
matabulat.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 08:03 PM | Show all posts
Jawapan Ust Zaharuddin (Diterbitkan di Majalah-i)

Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.


Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-



Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).


Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.


Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)


Destinasi Roh Selepas Mati.


Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.

b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.

c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.

d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)


Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith

" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)


Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)


Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)


Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :

" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)


Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.


Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah utk muslimin muslimat samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.. utk yg non muslim, rest in peace..amin.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:58 PM | Show all posts
klo aku ckp. Ada org tu mti sebb kna isap saka. Dia pemain sihir. Then dia sesat, cari org yang dia sihir dulu. Korang percaya?

Sebb.

ia benar. Roh sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 07:28 AM | Show all posts
Esmiria replied at 27-1-2015 10:58 PM
klo aku ckp. Ada org tu mti sebb kna isap saka. Dia pemain sihir. Then dia sesat, cari org yang dia  ...

itu hanyalah qarin simati....
tak lebih dari itu....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.057909 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list