CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7095|Reply: 57

[Tempatan] Bapa sudah ada 4 isteri 'pakai' anak selama 10 tahun hingga lahir 2 bayi

[Copy link]
Post time 18-12-2014 10:58 PM | Show all posts |Read mode
KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya benar-benar membuatkan kaum wanita khususnya golongan ibu geram, sakit hati, benci, marah dan geli dengan perangai lelaki atau bapa yang berkelakuan seperti haruan makan anak.

Kisah ini diceritakan oleh seorang teman mengenai anak muridnya yang ditemui semasa mengikuti sebuah kursus.

Menurut teman ini, Raziah (juga bukan nama sebenar), dia tidak pernah menyangka Umairah mengalami masalah yang begitu berat pada usia yang masih terlalu muda remaja, iaitu 18 tahun.

Katanya, Umairah, nampak seperti remaja lain cuma dia agak pendiam.

Satu malam, selepas selesai makan malam, Raziah akan melayani kumpulan muridnya dan berbual-bual dengan mereka.

Setelah hampir waktu untuk masuk tidur, Raziah pun mula hendak beredar, tiba-tiba Umairah mendekatinya dan berkata hendak berjumpa dengannya esok malam.

]Hati Raziah mula berdebar-debar dan terfikirkan perkara buruk, namun dia tidak mendesak dan menunggu esok malam.

Keesokannya seperti dijanjikan, mereka berjumpa.

“Cikgu, saya mempunyai masalah yang sangat berat dan tidak tertanggung lagi. Sebenarnya cikgu, bapa saya telah ‘memakai’ saya sejak saya berumur lapan tahun sehingga sekarang.

“Emak tidak tahu dan saya tidak berani hendak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yang lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.

“Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.

“Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua orang anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada orang sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorang,” kata Umairah kepada Raziah.

Raziah terus bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yang berperangai seperti haiwan.

Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua orang anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yang melakukan pengguguran tersebut.

“Bukan saya sahaja yang menjadi korban ayah malah dua orang adik juga pernah cuba diperkosa, namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak.

“Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat isteri, anak-anak juga hendak dijadikan tempat pelampias nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah juga seperti kerbau dicucuk hidung,” ujar Umairah.

Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum itu lalu.

Dia terlihat bapa Umairah yang datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu.

Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai mengurut-ngurut belakang dan lengan anak dengan cara yang agak kurang manis.

Umairah pula dilihat amat tidak selesa dengan perlakuan bapanya dan cuba mengelak-ngelak.

Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis.

Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan.

Semasa polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak membantah langsung.

Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang menangkapnya.

]“Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah Umairah.

Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.
Last edited by FOTHER-MUCKER on 18-12-2014 11:11 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
apa tajuk novel ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:40 PM | Show all posts
manisnya cinta di cappadocia
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm cerita rekaan je
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:52 PM | Show all posts
Rekaan semata-mata. Sekian. Kalau realiti, dah lama satu Malaya hencap bapak budak ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 11:56 PM | Show all posts
zhatul posted on 18-12-2014 11:43 PM
Mcm cerita rekaan je

Dipakai’ bapa sendiri Umairah tertekan dengan perlakuan bapa yang memperkosanya sejak kecil
http://www.utusan.com.my/gaya-hi ... thash.jqKupKbm.dpuf


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2014 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mastika ke ni?....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2014 12:03 AM | Show all posts
noor2 posted on 18-12-2014 11:57 PM
Mastika ke ni?....

Utusan online. http://www.utusan.com.my/gaya-hi ... apa-sendiri-1.37451
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kejinya bapak cmni.. syaitan betul!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 12:32 AM | Show all posts
aaaaaaa memalukan betul. patut bogelkan si bapak tu depan orang ramai then seksa dia sampai dia mati
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ceh. hukum penjara seumur hidup. mmg cerita novel picisan la sgt. emangnya kat malaysia ni hukuman max tuk merogol mencapai sehingga penjara seumur hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 02:57 AM | Show all posts
wah compare anak dengan buah.....compare dia dengan naji* b***
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 03:02 AM | Show all posts
@ikan_kaghing

Kuiz hari ini;

Adakah Umairah dan papa itu bedmateku pemakan babi? Last edited by chazey on 19-12-2014 03:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 06:57 AM | Show all posts
barsabar la tt.
jgn buatkan noda hitam tu jadi penyebab tt benci lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Font besor bapak. Ketahian apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 07:07 AM | Show all posts
kalu betul2 berlaku kes ni, pertama yg patut dilakukan pada bapak setan ni, potong anu dia....kedua masuk penjara seumur hidup dgn sebatan 1000 kali, ketiga bila mati mayatnya dibakar dan dibagi makan pada babi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 07:46 AM | Show all posts
gila seks pe jntn haprak ni..
rejam smpai mati jerk..
org mcam ni boleh lak hidup aman2 dlm dunia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 08:07 AM | Show all posts
biasala perkara gini...tiap2 hari pun ada...dh jd adat & budaya

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 08:11 AM | Show all posts
ade jugak manusia cmni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 08:29 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER posted on 19-12-2014 12:03 AM
Utusan online. http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/8216-dipakai-8217-bapa-sendiri-1.37451

Dah agak dah. Cerita lamunan pekerja utusan miskin pemalas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076980 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list