CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12103|Reply: 40

korang pernah jumpa nama jalan lagi yang lawak-lawak kat malaysia ni?

[Copy link]
Post time 19-12-2014 01:54 PM | Show all posts |Read mode

                                    ANDA TIDAK AKAN SANGKA NAMA PELIK YANG ADA DI MALAYSIA

8 Nama Tempat Paling Pelik Di Malaysia .. #3 Paling Kelakar !!! |
BARU-baru ini beberapa jalan utama di sekitar ibu kota Kuala Lumpur telah ditukar namanya bagi memberi penghormatan kepada Yang Dipertuan Agong yang pernah menerajui negara sebelum ini. Langkah ini disambut baik keseluruhan rakyat Malaysia dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah memulakan projek menukar papan tanda jalan yang terlibat dengan penjenamaan baharu itu. Namun, jangan tak tahu rupa-rupanya negara kita ini juga kaya dengan pelbagai tempat yang pelik dan unik. Kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar dan memang sudah lama wujud sejak beberapa dekad lalu. Jom semak senarai nama unik ini bagi menambahkan lagi pengetahuan am anda!

1. Kampung Bogel, Terengganu



Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.




2. Desa Temu Jodoh, Johor


Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor. Perkampung ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer (km) dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.





3. Kampung Imam Lapar, Terengganu



Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar, tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya.




4. Kampung Baru Jumpa, Sabah


Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.




5. Kampung Atas Tol, Terengganu


Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air. Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama-kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘Atas Tu atau ‘Atas Itu’ disebut dengan Atas Tol 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.




6. Jalan Microwave, Sabah


Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350 km yang sunyi di antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh melihat papan tanda jalan raya pastinya akan mengundang hilai tawa sepanjang melalui laluan tersebut.




7. Mambang Di Awan, Perak


Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.




sumber:myinfoterkini.blogspot.com


8. Kampung Seronok, Pulau Pinang


Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri bebarapa majlis keramaian pada setiap tahun. D.W Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung. via Mynewshub.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 02:38 PM | Show all posts
Kampung Dada Kering......... kat pahang
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 03:03 PM | Show all posts
kAMPUNG TANAH BERCANGKUL.
KAMPUNG MAMBANG BERULANG...Kat pahang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 03:10 PM | Show all posts
Macam-macam.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 05:18 PM | Show all posts
Batang melaka di melaka,
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 05:20 PM | Show all posts
Kampung seluar terbakar di kedah,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2014 05:22 PM | Show all posts
Batang tiga melaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 06:11 PM | Show all posts
parit ponorogo kt muar kira x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 06:35 PM | Show all posts
kampung imam lapar
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 08:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:21 PM | Show all posts
ajuDK posted on 19-12-2014 05:22 PM
Batang tiga melaka

Pehal byk sangat perkataan batang kat melaka?

nonok betoi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:25 PM | Show all posts
Kat sebelah kampung Imam Lapar ada nama kampung Nasi Dingin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:12 PM | Show all posts
jalan dato siamang gagap, seremban.
camna siamang boleh jd dato? maaf hanya bertanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:24 PM | Show all posts
Kg. Baru Jumpa ...........Kampung Ketek
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:35 PM | Show all posts
Harharharhar
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:28 AM | Show all posts
Serious lawak Last edited by berrygurl on 21-12-2014 11:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 06:51 PM | Show all posts
kg lahar tembun, tasek gelugor - penang  

kg master, tasek gelugor, penang
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 06:53 PM | Show all posts
permatang tiga ringgit, kepala batas - penang
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:00 PM | Show all posts
kg seniyek - kupang, baling kedah

kg pak bong - kupang, baling kedah.

kg asam jawa

kg bok bak * diriwayatkan kg ni dapat nama daripada tahi lembu yang jatuh bunyi 'bedebok, bedebak'.. short name - jd kg bok bak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:02 PM | Show all posts
kg tok lipan, baling kedah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078018 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list