View: 2218|Reply: 1
|
[Tempatan]
Jaafar Mohd Yusof, Ketua Polis Negeri Sembilan baharu
[Copy link]
|
|
SEREMBAN: Datuk Jaafar Mohd Yusof, 57, hari ini mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Datuk Osman Salleh yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak.
Beliau sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/ Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, dinaikkan pangkat kepada Deputi Komisioner (DCP).
Osman, 58, yang berkhidmat selama tujuh tahun di Negeri Sembilan, berpindah ke Perak dengan memangku pangkat Senior DCP.
Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene.
Jaafar yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 16 November 1975, berikrar untuk berusaha sebaik mungkin melaksanakan tugas diamanahkan oleh pucuk pimpinan PDRM. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah dan selamat maju jaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|