CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

[Isu larikan buku cek]-Imej Suci Vee Imran Tercalar, kena lucut jwtn kekdahnya

[Copy link]
Post time 24-12-2014 01:33 PM | Show all posts
tentera_laut posted on 23-12-2014 09:46 AM
ni u berforum die sure tau..

even gemuk pun hensem.. heheh

hahaha.. mmg iols nak soh dia baca ponn. nasib la ekau gemoks.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 02:56 PM | Show all posts
vee ni bengong la...

kalau betul nak dedahkan sesuatu apa kehal ny alarikan buku cek.. ta kpepasal kena tuduh pecah amanah..

lepas tu senyap membisu... nasib kau lahhh

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 02:58 PM | Show all posts
vee punye statement dari BH rian online kat bahah ni..
entah apa2 ntah vee ni.. mcm org tak reti buat kerja... hmmmmm


Saya belum ada akses keluar wang - Vanidah Imran
Oleh Zaidi Mohamad


zaidim@bh.com.my


VANIDA Imran (kiri) dan Zed Zaidi. - Foto Nashairi Mohd Nawi
KUALA LUMPUR: Bendahari Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Vanidah Imran bangkit mempertahankan dirinya berikutan laporan polis dibuat oleh persatuan berkenaan, hari ini.

Ia rentetan daripada tindakan Seniman membuat laporan polis mendakwa kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab kepada beliau.

Menurut Zed Zaidi selaku presiden badan berkenaan, kehilangan buku cek yang didakwa beliau itu menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta menyalurkan sumbangan kebajikan.


Dakwa Zed lagi, Vanidah yang menggalas tanggungjawab itu sejak September dikatakan tidak memberi kerjasama.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Taman Melawati, di sini, hari ini.

Ikuti penjelasan Vanidah kepada BH Online.

"Apa yang saya lakukan ini sebagai melindungi diri saya dan persatuan. Saya tidak mahu kejadian lalu berulang kembali yang membabitkan soal kewangan. Sehingga hari ini saya tiada akses untuk melakukan pengeluaran wang.

"Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.

"Mana mungkin saya boleh mengeluarkan wang sesuka hati pada situasi ini, ia ternyata akan membahayakan diri saya. Ini soal amanah dan tanggungjawab. Ia bukan perkara mainan," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 03:38 PM | Show all posts
macam-macam, dah tu guana nak maju
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:23 AM | Show all posts
Edited by Syd at 16-4-2015 08:24 AM




Larikan Buku Cek, Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Dalam Seniman
Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 5:33 AM


Vanidah Imran

KEMELUT Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terlerai apabila bendaharinya, Vanidah Imran dilucutkan jawatannya selepas melarikan buku cek.

Presidennya Zed Zaidi berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa yang bersidang pada Mac lalu berjaya mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk menyingkirkan Vanidah daripada memegang jawatan berkenaan.

"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.

"Dan jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak)," katanya kepadamStar Online.

Konflik yang berlaku dalam AJK Seniman bermula apabila Vanidah 'melarikan' buku cek persatuan tersebut dan tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Perbuatan Vanidah itu memaksa Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember 2014.


Zed Zaidi


Keadaan bertambah rumit apabila pada awal Januari lalu, enam AJK baharu iaitu Rashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) mengeluarkan kenyataan media mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek itu.

Kenyataan itu turut menyentuh beberapa isu semasa berkaitan persatuan dan ahli-ahlinya termasuk beberapa hal pentadbiran yang perlu diperkemaskan termasuklah keengganan Zed Zaidi mengadakan mesyuarat selepas disuarakan oleh AJK.

Sementara itu, Zed berkata, suami Vanidah iaitu Rashidi turut menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Zed menegaskan, artis yang memegang jawatan dalam persatuan harus bertanggungjawab dalam segala hal walaupun sibuk dengan kerjaya.

"Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang.

"Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti," tegasnya.

Dalam pada itu Vanidah yang  ketika dihubungi mStar Online enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:25 AM | Show all posts
"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.


nih kalau Vanida jadik bos, mau tak berbayar gaji pekerja2 sheols... sewa tak mo bayar, bawak lari buku cek lagi...bil air, api kena potong
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2015 09:07 AM | Show all posts
Syd replied at 16-4-2015 08:25 AM
"elucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyele ...

makanya....  apakan Vee benar2 bersalah.....??  tercalarrr imejj suchi sheolsss...

mohon vee bagi penjelasan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2015 11:45 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 24-12-2014 11:28 AM
tu ar, mcm tak mungkin jeeee
salah letak kut...

Vee dah kene lucut jawatan chuolss...

meols nak tuntut penjelasan kak vee...imejnya syumulll suchii nya dah tercalar .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 11:56 AM | Show all posts
Apa yg bestnya jd presiden persatuan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 01:02 PM | Show all posts
di twitter ramai dok tweet kecam jed jedi atas kebimboan beliau.

bak kata redza minhat : we dont fire a sweeper bcoz she keeps the broom. unless she isnt sweeping.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 04:12 PM | Show all posts
Syd replied at 16-4-2015 08:25 AM
"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyele ...

artis bijak macam lisa surihani dengan sharifah amani pun back up vee, so mesti ada sebab kan dorang back up vee?

Tapi semua diam seribu bahasa biar je si jed jedi ni meroyan buat polis report bagai. Kenapa tak cakap je hal sebenar? At least buat la audit

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 04:12 PM | Show all posts
MiszNelly replied at 17-4-2015 01:02 PM
di twitter ramai dok tweet kecam jed jedi atas kebimboan beliau.

bak kata redza minhat : we dont  ...

kan.. sape lagi yg lahar jed jedi

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tentera_laut replied at 24-12-2014 06:58 AM
vee punye statement dari BH rian online kat bahah ni..
entah apa2 ntah vee ni.. mcm org tak reti bu ...

(Tanya saja , jgn marah )


Klu vee bukan penama utk mengeluarkan wang and tiada akses mengeluarkan wang..

kenapa dia larikan buku cek ?


Dia mintak zed zaidi kemukan kertas kerja utk pengeluaran wang, saya setuju..

Tapi gaji pekerja or any bill semua tu kan schedule payment, klu dia takde akses dia patut bagi tahu la pengurusan seniman next step apa yg payut dibuat ..

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 07:13 PM | Show all posts
kalau Persatuan ni biasanya kena ada at least 2 signatories kan pada cek kalau nk withdraw

mana2 dua - Pengerusi, Setiausaha, Bendahari

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
If dia takde akses signatory mmg tepat keputusan dia utk tak buat all transaction sbb mmg x boleh pun.dia larikan buku cek mgkin sbb takut org yg ade akses tu suka2 keluarkan duit bila jadi kes ape2 dia pulak yg kena nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata zed zaidi ni pegang je sume jawatan dlm persatuan tu..haa br die tahu mcm mne..mcm gila kuasa je si zed zaidi ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 03:08 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 16-4-2015 11:45 AM
Vee dah kene lucut jawatan chuolss...

meols nak tuntut penjelasan kak vee...imejnya syumulll su ...

tu la pasal
mcm tak caya je vee lagu tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.063286 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list