CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WanitaBiasa

kata ustaz2 umah tangga aku disihir

[Copy link]
 Author| Post time 23-12-2014 06:03 AM | Show all posts
Maaf pada yg x suka dgn kisah yg sy paparkan. Sy sekadar bkongsi.. x nak ada diantara kita yg punya nasib sama mcm sy.
sy akan sambung cite ag. tq pada yg sudi baca. Sblum sy sambung cerita seterusnye sy copy paste 1 ag ape yg sy pernah tulis dulu. Maaf.. sy x pandai nak atur cite maaf klu agak tunggang langgang. Ape yg sy tulis adalah yg tluah dari hati. Bukan dari idea.



                 -UNTUKMU SUAMI-

Suami.....
Hanya disini yang dapat aku luahkan apa yang
terbuku jauh disudut hati kecilku ini. Aku dah
buntu dalam mencari keserasian diantara kita.
Walaupun kita hidup sebumbung Namun, Keadaan
telah membuatkan aku dan kau tidak lagi bertentang
mata. Apatah lagi untuk kita saling berbicara.
Namun... Hati kecilku masih tetap lagi berbicara
untuk kesekian kalinya. Cuma bezanya tanpa kau
disisiku lagi. Kerana aku yakin jika aku masih bkata2
dan terus meluah padamu pasti ianya akan mengundang
persengketaan diantara kita. Lantas membuatkan
kau jemu dengan segala Luahanku yang acap kali
isu yang sama.

Aku tahu... Setiap apa saja kata2 aku memang tak
akan memberi apa2 makna padamu. Malah hanya
akan membebankan kotak fikiranmu. Dulu aku tak faham,
Tapi sekarang aku cuba faham dan akan memahinya.

Dan.... Kau tak perlu lagi tahu ape yang hati kecilku
suarakan.

Suami.....
Sebelum itu, Aku memohon maaf padamu...
Ampunkan segala dosa2ku terhadapmu. Maafkan aku sekali
lagi. Semenjak kehadiran DIA dalam rumah kita, Keadaan
telah banyak mengubah hidupku... Mengubah hatiku....
Serta corak kehidupan kita sekeluarga. Dan yang paling
aku rasai ia telah merubah perhubungan antara kau dan aku!!!
Mengubah perasaan aku terhadap kau!!!
Berat untukku luah, Berat lagi untukku tempuhi.

Ya..... Cukup biarlah yang ini kau mesti harus tahu...

Suami.....
Saban malam dimana pasangan suami isteri lain sedang
mesra dan lena bersama, Dimana disaat kau sedang lena
dibilik yang berasingan dari aku. Disaat itu... Aku yang
sentiasa dibilik kita. Yang sentiasa menanti dan terus
mengharap kehadiranmu seperti malam2 yang lalu.
Aku selalu merenung disetiap sudut bilik kita. Renunganku
terhenti disisi katil. Kulihat.... Kau tiada. Namun,
Alhamdulillah... Anak2 masih disisiku yang sentiasa
menemani malam2ku. Renunganku tak habis disitu,
Malah ianya turut membuatkan aku memikir dan mencari2
dimana salah dan silapnya aku terhadap dirimu. Hingga
tanpa aku sedari air mataku mengalir lagi... Mengenangkan
kehancuran demi kehancuran dari ape yang telah kita bina
bersama selama 6 tahun. Bertambah sebaknya hati ini
bila pandangan aku terhenti ke wajah anak2 yang sedang
lena... kerana aku dihantui perasaan bersalah kerana aku
tidak mampu memberikan sepenuh kebahagian pada mereka.
Disetiap malam... Sungguh pun mata ini dah tak sanggup
untuk menemani jiwa lagi. Namun, Hati ni tetap memaksa
akal untuk berfikir lagi agar aku menemui dimana
segala salah silap serta kelemahanku. Kadang kala hingga
aku terlena dalam 1001 persoalan. Bila aku terjaga semula...
Aku akan berusaha bertahan supaya jangan terlena lagi.
Semenjak berbagai peristiwa pelik berlaku diantara kita,
Didalam rumah kita, Aku sentiasa dihantui rasa takut.
Aku takut untuk tidur, takut sebab yang pelik2 tu mengganggu
masa aku tidur nanti. Kenapa? Kenapa dengan aku? Aku
sendiri masih belum menemui jawapannya.
Mujur juga aku masih punyai anak... Dari itu aku masih
boleh berjaga dan terus berfikir tentang kedaifan aku terhadap
seorang suami.

Aku tahu.... Kau memang tak tahu akan setiap malam2ku.

Suami.....
Aku harus cuba lebih mendekatkan diri denganNYA.
Aku tahu... Dan aku redha, Ini adalah dugaan untukku.
Segala2nya telah tertulis, Bukan salah DIA bukan juga
salah dirimu!
Aku pasti... Allah menyayangiku. Aku diduga agar
aku lebih dekat dan taat padanya. Sepatutnya aku
harus kuat, Aku harus belajar dalam mengharungi
hari2ku seorang diri. Kerana aku seakan merasakan
dan percaya... Besok, Lusa, Minggu depan, dan hari2
yang mendatang nanti aku akan menghaharungi
malam2ku dengan sendiri lagi. Aku tak salahkan
kau mungkin bagimu itu adalah yang  sepatutnya
kau lakukan pada aku, Demi ketenangan kau.
Lakukanlah.... Jika itu lebih membahagiakan dirimu.
Aku yakin, Dirimu lebih tenang tanpa adanya aku
disisimu. Kerana aku nampak ketenangan itu waktu
malam berganti subuh, Bila sesekali aku cuba
membuka pintu bilikmu.... Dari sudut pintu bilik
Jelasku lihat ketenangan wajahmu dengan penuh
lena. Leka melihat ketenangan diwajahmu
membuatkan aku terasa tempias kebahagian itu.
Hingga tak sedar aku telah tersandar ditirai
pintu hampir 2jam.

Aku tahu....Kau memang x kesah denagn rintihanku.

Suami.....
Malam berikutnya aku masih lagi begitu. Aku masih lagi
menangis... Dan terus menangis lagi. Terlalu sebak
hati ini menahan kepiluan yang tak pernah sudah2.
Ya Allah....
Kenapa begitu sukarnya untuk suamiku cuba memahami
apa yang sedang aku alami? Dengan KebesaranMU
Ya Allah.... Sungguh ajaib perasaan yang telah kau
turunkan buatku. 1 hambaMU ini, Didalam 1 hatinya,
Didalam 1 masa... Kau telah turunkan bermacam2
perasaan untukku. Perasaan cinta, Perasaan tenang,
Perasaan benci, Perasaan mengharap, Perasaan sayang,
Perasaan bosan, Perasaan gembira, Perasaan marah,
Perasaan keliru, Perasaan bahagia, Perasaan jemu,
Perasaan buntu, Perasaan putus asa, Perasaan takut,
Perasaan sedih, Perasaan kecewa, perasaan benci...
Bercampur2 perasaan yang sentiasa datang silih berganti
dalam masa yang singkat terhadap suamiku. Aku sendiri
tidak pasti segala aku terhadap kamu. Apakah perasaan
itu dari hati naluriku sendiri atau sebaliknya. Yang kadang
Kala membuatkan aku semakin tidak kenal siapa suamiku,
Dan siapa diri aku. Tidak tinggal juga aku turut merasa
1 perasaan yang sangat istimewa, iatu perasaan bersyukut.
Aku bertuah Kerana aku terlebih awal telah dipilih oleh
yang Maha Esa agar aku sentiasa ingat padaNYA.
Aku bersyukur dengan segala petunjuk dariMU Ya Allah.
Aku leka dalam mengingatiMU diMasa laluku. Kini aku
mempunyai 1 perasaan lagi... Aku terasa lebih dekat padaMU.
Semoga aku diberi ketabahan.

Suamiku......
Aku percaya! Allah sedang menguji kita, mengujiku...
Kerana.... Aku percaya dengan kata naluriku.
Kerana.... Aku percaya takdir untuk diriku.
Kerana.... Aku percaya dengan ketulusan hatiku.
Kerana.... Aku percaya aku ikhlas dengan apa yang
aku bina sendiri.
Kerana.... Aku percaya dengan apa yang aku sendiri
telah rancang sepanjang bersamamu.
Kerana.... Aku percaya aku sayangkan suamiku.
Kerana.... Aku percaya Kebahagiaan aku, peneman
hari2ku, Seluruh hidupku Telah aku persembahkan
hanya untuk suami dan anak... Untuk keluarga kita!!
Kerana.... Aku percaya Allah memahami disetiap
kesungguhanku, Hidupku.
Keutamaan aku adalah keluarga kita. Kerana Allah
Maha mengetahui segala apa dan siapa yang kita
paling sayang. Kerana dia maha melihat segala apa yang
terjadi dilangit dan bumi. 95% kehidupanku, Kesayanganku
adalah keluarga kita... Rumah kita... Kerana aku
ikhlas berkongsi hidup serta kasih sayang bersamamu.
Sebab itulah aku diduga dengan cara begini. Agar aku lebih
berusaha untuk sentiasa berhubung dengan yang Maha Esa.
Memohon Rahmat dariNYA.....

Suami......
Aku juga percaya, Aku diberi dugaan ini agar
1 hari nanti akan ada insan yang sedar dan nampak
begitu uniknya perasaan kasih dan sayang aku terhadap insan2
yang istimewa dalam hidupku. Akan nampak begitu
uniknya  tenaga aku didalam rumah hijau ini.
Aku cuba buat apa saja yang kau rasa gembira dan bahagia.
Sungguh pun sekadar hanya setakat apa yang aku mampu.
Itu bukan janjiku... Tapi itu adalah aku didalam hidupmu.

Suami....
Luluh hati ini bila Kau berubah begitu mendadak dengan tiba2.
Terlalu beban perasaan yang aku tanggung bila Dengan
tiba2... satu2nya insan yang paling aku harapkan dimuka
bumi ini, Satu2nya insan tempat aku berteduh kasih,
Satu2nya insan tempat aku bersandar dibahunya apabila aku
kesedihan, Satu2nya insan yang harus memeluk aku bila
Aku dalam ketakutan..... Sudah tidak mempercayaiku lagi.
Sakitnya hati ini bila sering kali aku dimarah, Aku dimaki,
Aku dibenci tanpa sebab dan alasan yang kukuh.
Hingga kau tegar menuduh aku tidur dengan seseorang
didalam bilik kita! Hancur luluh hati ini waktu mendengar
kata2mu peritmu yang sukar untuk membuatkan jiwa aku
kembali pulih.

Aku tahu... ini memang kau tak ambil tahu.

Suami....
Hari sudah pun mula cerah, Malam yang menemaniku
telah pun meningalkan aku. Besok malam kan menjelma lagi
menemaniku. mata, hati dan jiwaku hampir lemah.
Penat hati ini demi kasih sayangku sendiri. Inilah
masanya untuk aku melelapkan mata tanpa ada
perasaan takut..... Harapanku, Agar aku tidak dimarah
lagi bila kau terjaga dari tidurmu nanti. Izinkan aku
melelapkan mata seketika. Semoga dirimu tenang bila terjaga nanti.
Assalammualaikum W.H.T

        ~MENITI SURATAN~
                [ Isterimu ]
              5/April/2012
                  06:52Am








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 10:19 AM | Show all posts
ok
teruskan

tapi kan
tu  cite dulu2 jeeee
cite sekarang camana


dulu aku pun anak teruna tarng tang tang gak tauuuuu
hang pun anak dara comel gak kannnnnnnnnn

tinggalkan riwayat dulu2
meniti hari ini dan mendatang.........................

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:27 PM | Show all posts
Kuatnyer dugaan...

cuma satu la nak tanya... SOLAT jaga tak?  Cukup tak?  TT or Suami.. mcm ada kurang jer kt situ.. kt rumah tu mcm xde jer alunan2 ayat Al-Quran... klu xde tu, mmg senang la 'benda' yg x baik masuk.. Harap TT perbaikinyer ye... dekatkn diri ngan Allah.. biar la suami nak kata berlakon ke.. berlagak ker.. tunjuk alim ker... ok..x pandai nak nasihat pjg lebar.. cuma tu la.. SOLAT jaga ye.. InsyaAllah.. selamat semuanyer.. Allah jaga kita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 20-12-2014 01:53 PM
Kesiannya.. Hebatnya dugaan mu.. Nak ckp sabar pun x sanggup..ckp senang tp yg menanggung saja yg ta ...

Sebih tengok anak2... kesian pada dorg. Setiap kali kami boerang anak2 menggigil ketakutan kat bucu bilik.time tu anak lelaki sy sentiasa pegang minyak angin. Dia nak sapukan pada sy klu2 sy menangis. Mybe konon bagi dia sume sakit akan baik klu sapu minyak angin tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi posted on 23-12-2014 10:19 AM
ok
teruskan


Saya sokong cadangan saudara..
Tt..bnyk dpt feedback dari pembaca yg prihatin..moga dpt membantu tt merancang tindakan..semoga dikuatkan semangat!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:37 PM | Show all posts
ni cerita dulu kan...bukan yang tengah berlaku sekarang kan?
tetiba i confius plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 04:46 PM | Show all posts
Ya Allah...besarnya dugaan.....bertabahlah....semoga dipermudahkan...

Amalkanlah pasang ayat2 suci alquran dlm rumah...especially ayat2 ruqyah dan surah albaqarah seta surah yasin...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 04:58 PM | Show all posts
kesian bace kisah tt ni.. terseksa jiwa raga... kesian gak kat mata aku, tkde perenggan... pusing2 bijik mata membace...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 04:59 PM | Show all posts
TT jgn marah ye... gurau senda di ptg hari...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 05:07 PM | Show all posts
tabah, kuatkn iman dan sabar dgn dugaan nie...
paling penting & Utama jaga solat, bykkan membaca al quran dan salu alunkan zikir2 ayat ruqyah di rumah..
in sha Allah kita hanya berusaha yg menentukan Allah...
rajin2kan bt solat taubat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 22-12-2014 10:47 AM
Kisah yg agak berat, melibatkan gangguan jin, malah dah melibatkan gangguan saraf......



Sy dah x tahu nak kata ape...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 posted on 22-12-2014 02:12 PM
Betul ke cerita ni, macam over je..takkan takde sedara mara boleh rujuk. Apa kata untuk permulaan, k ...

Darul syifa aku da g. Hingga ke johor aku da g. Tp nasib masih x mnyebelahi aku. Ape yg saudara mara bole wat? Senang aku bagitau r... org yg x kena mmg diorang akan oandang remeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_kembong posted on 23-12-2014 04:46 PM
Ya Allah...besarnya dugaan.....bertabahlah....semoga dipermudahkan...

Amalkanlah pasang ayat2 suc ...

Da pnah pasang cd ruqyah kat umah. 3 hari bturut2.. masok hari ke 3 perang besar. Sampai kepala kena pijak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumenye da berakhir pon. Tp ati aku ttp merasakan org yg aniaya aku tu kejam! Aku tahu.. ni kehendak Allah. Aku redha. Aku n suami da bcerai pon. Tggal r anak2 aku yg terkontang kanting. Cukup aku x sangka.... kakak bekas suami yg kami kutip waktu seluruh family dah buang dia yg punya angkara
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 08:54 AM | Show all posts
WanitaBiasa posted on 26-12-2014 04:30 AM
Sumenye da berakhir pon. Tp ati aku ttp merasakan org yg aniaya aku tu kejam! Aku tahu.. ni kehendak ...

Kenapa bekas kakak ipar awak sanggup buat macam tu? Kenapa dia kena buang dengan keluarganya dulu?

Whatever it is, LC doakan TT banyak bersabar banyak2 ye...  Sekarang cuba cari jalan camne nak besarkan anak.. Terus terang LC cakap, lelaki bila dah cerai ni susah sikit nak bertanggungjawab dari segi duit dan masa utk anak... Cubalah dapatkan perintah mahkamah dan make sure pembayaran yang diarahkan melalui pejabat agama.... Mmg u akan dapat duit tu lambat sikit tapi at least kalau dia kantoi tak bayar, u dah ada bukti....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 09:27 AM | Show all posts
Takutnya aku baca kisah tt ni..
Gaduh sampai pecah pintu, baling basikal..
suami tetiba keluar dari dlm almari.. kelibat hitam ahh berpinar kepala aku baca..

Harap tt sambung kisah ni.. nak tau kenapa org tu aniaya tt..
Semoga tt tabah bina hidup baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 10:20 AM | Show all posts
WanitaBiasa posted on 26-12-2014 04:30 AM
Sumenye da berakhir pon. Tp ati aku ttp merasakan org yg aniaya aku tu kejam! Aku tahu.. ni kehendak ...

kan senang kasitau camni
ttg keadaan semasa terkini
senang sikit kasi otak berpinau

napa?
dah cerai tu dah tak dak hope ke!!!!!!
dah abis ikhtiar ke
kitaorang ada lagi maaaa
TUHAN pun ADA gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
lovechaser posted on 26-12-2014 08:54 AM
Kenapa bekas kakak ipar awak sanggup buat macam tu? Kenapa dia kena buang dengan keluarganya dulu? ...

Ape yg bole sy mintak dari.. sedangkan waktu keadaan ni tegang.. waktu kami belum berpisah ag dia da x tentu arah. Bila g keje balik dok intai sy. Sampai skrg dia x bkerja. Xde ape yg bole sy minta...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi posted on 26-12-2014 10:20 AM
kan senang kasitau camni
ttg keadaan semasa terkini
senang sikit kasi otak berpinau

Sy dah cuba pujuk ati sy.. mungkin jodoh sampai situ je.. dah banyak kali iktiar. Esok2 jadi ag. Bekas suami sy pon sampai skrg x mgaku tu kakak dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
manganini posted on 26-12-2014 09:27 AM
Takutnya aku baca kisah tt ni..
Gaduh sampai pecah pintu, baling basikal..
suami tetiba keluar  ...

Brg2 umah byk yg hancur... sy separuh gila. Puncanya kakak dia dibuang family sbb curi duit makcik dia rm7k disaksikan anak makcik tu sendiri. Mybe dia fikir anak makcik tu budak ag x tU pape. Bila fmly dpt tahu fmily buang dia. Jadi.. sy n bekas suami yg ambil duduk dgn kami. Dari awal sy dah nmpak cara dia yg agak merimaskan. Bila anak sy main mainan, dia campak mainan anak sy n suruh main kat umah mak sy kat sblah. Bila anak sy nak tgok tv dia marah. Sy sediakan dia 1 bilik.. tp bilik tu dia tutupkan je. Dia bole angkat tilam tido dpn pintu bilik sy. Ok lah.. dpendekkan cite. Sy bgado dgn dia dsebabkan sy mintak dia pulangkan duit kakak sy yg dia curi. Sy ckp baik2.. sy ckp akak pulangkan duit yg akak terambil tu. Pastu kita lupakan. Wat mcm xde pape.. demi Allah, waktu tu sy ikhlas anggap dia mcm darah daging sy. Klu dia curi sikit2 x pe.. x sampai sebulan dia da curi duit adek sy, duit mak sy 2x, abg sy dtg tido 1 mlm kat umah sy pon dia curi duit abg sy. Mak sy bawa dia balik kampung.. duit nenek sy dia curi. Nenek sy sendiri nampak. Kakak sy bawa dia masok ditmpat keje kakak sy. Duit kakak sy yg dlm atm pon dia ambil. Sampai kakak sy bhenti keje dsebabkan kena pukul kat bustop waktu nak g keje gara2 mulut dia. Tp duit2 tu sume dia da byar.... dia bayar sekali dgn dendam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.107061 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list