CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1646|Reply: 6

[Tempatan] Saya tak akan letak jawatan-vel

[Copy link]
Post time 21-12-2014 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak akan tunduk kepada desakan memintanya meletak jawatan sebaliknya beliau menegaskan, khidmatnya masih diperlukan untuk memperkasakan parti itu.

Beliau berkata, hubungannya dengan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam juga baik dan turut menafikan dakwaan parti itu telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu pro-Palanivel serta pro-Subramaniam.

Walau bagaimanapun, Palani- vel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, terdapat ‘kumpulan kecil’ melibatkan beberapa pengerusi MIC negeri yang cuba merosakkan parti itu serta menjadi punca kepada kekecohan di Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat, di sini Khamis lalu.

“Merekalah yang meminta saya meletak jawatan. Bagaimana saya boleh melakukannya, ini adalah kumpulan kecil yang bukan daripada kedudukan itu (pemimpin tertinggi parti) tetapi mereka daripada kumpulan bawahan yang tidak mendapat sokongan penuh.

“Bahagian saya masih menyokong saya sepenuhnya. Itu adalah sekumpulan pengerusi dan beberapa individu lain yang saya tidak kenal, namun keseluruhannya kami lebih kuat,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Krisis dalaman MIC dilihat semakin meruncing apabila berlaku kekecohan ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berikutan kehadiran dua kumpulan ahlinya yang dipercayai pro-Palanivel dan pro-Subramaniam mengadakan demonstrasi mempertahankan pemimpin masing-masing.

Mesyuarat CEC yang tidak disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu turut dicemari insiden pergaduhan dalam kalangan penyokong parti selain tindakan tiga ahli MIC iaitu bekas Ketua Pemuda, Datuk T. Mohan; anak bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu iaitu Datuk Seri S. Vel Pari dan bekas calon CEC, Datuk N. Muneandy yang menyerbu pejabat Palanivel bagi mendesak mereka dibenarkan menghadiri mesyuarat tersebut.

Mengulas lanjut, Palanivel berkata, kumpulan yang cuba memecahbelahkan parti itu sebenar-nya mengamalkan ideologi Hooligan atau samseng dan terdiri daripada individu-individu yang kalah dalam pemilihan parti tahun lalu, namun enggan menyatakannya secara spesifik.

Palanivel bagaimanapun mengakui perlu menangani individu-individu seperti Mohan, Vel Pari dan Muneandy berikutan tindakan mereka yang boleh merugikan parti.

“Kumpulan ini membawa orang ramai ke dalam mesyuarat. Mohan, Muneandy dan Vel Pari masuk ke dalam dan saya melihat sesak di dalam bilik mesyuarat, ini tidak baik, kita sepatutnya mempunyai kawalan terhadap parti ini,” katanya.

Sementara itu, Palanivel berkata, beliau bersedia sekiranya pemilihan CEC diadakan semula berikutan keputusan ROS pada 5 Disember lalu, namun menegaskan, jawatankuasa yang ada sekarang masih sah sehinggalah tempoh rayuan 90 hari berakhir.

“Ada beberapa perkara yang akan saya bincangkan bersama peguam mengenai keputusan ROS itu, jika mereka mahukan pemilihan semula maka akan dijalankan, jika tidak, itu perkara lain kerana CEC sangat menyokong.

“Tetapi mahu kata CEC menyalahi undang-undang tidak boleh. Macam mana boleh melanggar undang-undang kerana semua jawatan telah dimenangi dalam pemilihan, ROS juga memberi tempoh 90 hari,” katanya.

http://m.utusan.com.my/polopoly_ ... scape_490/image.jpg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
lantak ko lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini maciam Sami Vell kasik dalam sana masuk balik. MIC saya punya parti,org lain x boleh lama2 pigang
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 09:42 AM | Show all posts
pengaruh filem tamil la kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 21-12-2014 09:42 AM
pengaruh filem tamil la kot...

Padiyappa dik....selayaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 09:47 AM | Show all posts
sesuai sgt la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2014 04:32 PM | Show all posts
meke suruh kamu letak jawatang sebagai ...Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 1.089835 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list