CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4036|Reply: 52

[Tempatan] PAS tak mampu berdikari-uoul setuju atau tidak?

 Close [Copy link]
Post time 21-12-2014 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MUKADIMAH : kemelut politik antara pakatan pembangkang terutama dalam polemik hukum hudud melibatkan Pas bersama sekutu yang kini seteru, iaitu DAP dan PKR semakin memuncak dan kelam daripada sebarang usaha perdamaian. Lebih mengejutkan pemimpin utama mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian DAP dan PKR yang membenarkan kalimah Allah digunakan orang bukan Islam di Pulau Pinang. Akibatnya ramai dalam kalangan pemimpin Pas melemparkan isyarat bahawa kerjasama antara mereka ini bakal berakhir jika tiada semangat menghormati pendirian pihak lain dilakukan. Malah anak Mursyidul Am parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa Pas kini menjadi mangsa buli DAP dan PKR serta meminta mereka di dalam parti itu mengambil iktibar krisis politik pakatan di Selangor dan Pulau Pinang. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan pula menyatakan, penolakan hukum hudud oleh DAP menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal. Untuk itu wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA ), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) PROF. ULUNG DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN untuk mendapatkan ulasan lanjut. Jelas beliau yang juga Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, "turun-naik, tenggelam-timbulnya soal hudud bergantung kepada lemah-kuatnya kelompok ulama dalam pimpinan Pas. Kalau Mat Sabu berjaya mencapai angan-angannya menjadi Presiden Pas menggantikan Ustaz Hadi, soal hudud akan tenggelam dan Pas terus dalam Pakatan."

MINGGUAN: Bagaimana Datuk melihat masa depan kerjasama pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan PKR. Berapa lama lagi mereka boleh bertahan?

SHAMSUL: Kerjasama Pas-DAP-PKR tidak terikat dan terdaftar rasmi dalam satu kesatuan rasmi seperti BN (Barisan Nasional). Hubungan antara parti-parti ini adalah sebenarnya sebuah ‘pakatan’ yang sangat longgar ikatannya.

Malah pada awal tertubuhnya PR (Pakatan Rakyat) ada yang menganggap ia sebagai sebuah ‘komplot’, iaitu sekumpulan parti yang berkonspirasi hendak menjatuhkan dan ambil alih BN sebagai kerajaan pusat Persekutuan Malaysia. Maka PR boleh dilihat sebagai sebuah pakatan dan komplot. Anwar Ibrahim adalah pengikat kuat PR. Tanpa beliau PR tidak wujud. Selagi beliau hidup, dengan segala kekuatan jaringan beliau di seluruh dunia dan dana yang dikatakan bertimbun, PR akan terus wujud.

Anwar bercita-cita besar, mempunyai ribuan penyokong taksub dari Pas, DAP dan apatah lagi PKR, yang menyifatkan beliau seperti Nelson Mandela.Selagi beliau bernafas, selagi itulah cita-cita beliau hendak jadi Perdana Menteri akan terus membakar emosinya dan selagi itulah kerjasama Pas-DAP-PKR akan terus berdenyut yang dihayati dan dihidupkan oleh penyokong-penyokong beliau.

Paling penting kerjasama Pas-DAP-PKR bukan lagi suatu kerjasama politik antara tiga parti ini. Kerjasama ini telah menjadi platform ‘kepembangkangan’ (oppositionism) di Malaysia. Maksudnya, siapa saja pengundi yang tidak setuju dengan kerajaan BN, sama ada beliau seorang ahli parti BN atau tidak, atau tanpa parti, mereka akan berpihak kepada PR.

Sebab ini jugalah yang membolehkan PR terus hidup, biarpun suhu kerjasama Pas-DAP-PKR turun naik macam cuaca di Amerika Syarikat, ikut musim, dan selagi Anwar Ibrahim bernafas, seperti terbukti sebelum ini, sama ada beliau di luar atau dalam penjara.

Pada pandangan Datuk, jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini apakah Pas perlu keluar atau bagaimana?

SHAMSUL: Ada pihak dalam Pas melihat jalan penyelesaiannya ialah keluar daripada PR, ada yang mahu terus dalam PR. Mengapa Pas dalam dilema ini? Apakah pilihan Pas sebenar? Walaupun demikian, mencabarnya keadaan adalah menjadi kerugian politik besar pada Pas sekiranya keluar daripada PR. Kecuali kalau ia keluar untuk bersama BN.

Dalam kata lain, Pas secara bersendirian tidak boleh mencapai kejayaan yang besar seperti dalam PRU-12 pada 2008 dan PRU-13 pada 2013. Pas akan terus jadi “jaguh kampung di Kelate atau Teganu” kalau tidak masuk PR. Kerana itulah, walaupun ternyata Pas telah terus menerus ‘dibuli’ secara terbuka dan halus, oleh Anwar Ibrahim, PKR atau DAP, sama ada di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, Pas tidak akan keluar daripada PR.

Apatah lagi sokongan di kubu terkuatnya, iaitu di Kelantan sendiri telah nampak menurun, seperti terjelma dalam keputusan PRK Pengkalan Kubor pada 25 September 2014 lalu. Apabila kita teliti keputusan PRU-12 dan PRU-13, Pas menang banyak kerusi Parlimen dan ADUN oleh itu nampak kuat sekarang bukan kerana sokongan pengundi Melayu Islam semata-mata.

Kebanyakan pengundi bukan Melayu pada PRU sebelum ini mengundi Pas walaupun mereka tahu parti itu memperjuangkan hudud. Bagaimana Datuk melihat perkara ini?

SHAMSUL: Pengundi bukan Melayu juga ialah para pengundi yang telah membawa kemenangan kepadanya, terutama di kawasan Parlimen dan DUN yang dikategorikan sebagai mixed seat, di kawasan pilihan raya yang bilangan pengundi Melayu dan bukan Melayu hampir sama.

Pengundi Melayu dan bukan Melayu ini ialah pengundi yang tidak lagi percaya pada BN. Mereka tidak ambil kira sama ada Pas mahukan hudud atau tidak. Mereka mahukan PR sebagai kerajaan. Dalam gelombang perubahan selera pengundi ini, Pas mengambil kesempatan melalui PR untuk turut sama naik.

Selagi Nik Aziz hidup, dan dengan kebencian serta dendam kesumat beliau terhadap UMNO, selagi itu Pas akan kekal dalam PR. Maka apa yang beliau putuskan akan menjadi keputusan Pas. Dia akan memutuskan supaya Pas kekal dalam PR. Itu sebabnya soal hudud ini difokus oleh Pas kepada negeri Kelantan. Namun DAP dan PKR, dan juga Pas, sama-sama tahu bahawa sebarang perubahan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri mesti didahului atau menerima sokongan di Parlimen.

Dari satu segi, Pas seolah-olah ingin mengabui mata orang ramai dengan menganggap soal pelaksanaan hudud semata-mata soal Kelantan. Pengundi Malaysia tidak rabun dan tidak bodoh. Pengundi Malaysia ‘celik politik’ (politically literate).

Soal prinsip dan isu hudud menjadi permasalahan utama, seolah-olah ada pihak cuba mengajar atau menentukan hala tuju atau dasar parti rakan sekutu mereka. Bagaimana Datuk melihat hal ini?

SHAMSUL: Kita jangan lupa, Pas sanggup masuk PR dulu bermakna Pas sanggup mengorbankan prinsipnya, atau menjadikannya sebagai perkiraan kedua. Cuma dari waktu ke waktu pemimpin daripada kelompok ulama mengingatkan penyokong Pas bahawa raison d’etre atau alasan kewujudan mereka adalah untuk melaksanakan hudud.

Tetapi dalam Pas, semenjak ditubuhkan pada 1951, ada juga kelompok pimpinan yang bersetuju dengan prinsip untuk memperjuangkan penubuhan ‘Negara Islam’ tetapi dalam kerangka nasionalisme Melayu. Maknanya, Pas ialah parti orang Melayu Muslim di Tanah Melayu ketika itu, bukan sebuah Parti Islam di Timur Tengah.

Pimpinan Pas semenjak 1951 bertukar ganti antara ‘kelompok ulama’ dan ‘kelompok nasionalis.’ Persaingan dalaman antara kedua-dua kelompok ini sangat sengit dan kadang-kadang menyebabkan perpecahan dan mewujudkan parti serpihan seperti Parti Hizbul Muslim (HAMIM, 24/03/1983).

Namun Pas dalam sejarah kewujudannya tidak mampu berdikari dan terpaksa berpaut dengan parti-parti lain untuk terus bernyawa. Mula-mula semua bakal pimpinan Pas wujud dalam UMNO, semenjak 1946. Mereka keluar daripada UMNO dan tubuh parti sendiri pada 1951. Daripada 1974-78 Pas masuk Barisan Nasional; 1989-1996 masuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU); 1999-2004 Barisan Alternatif (BA); dan 2008-sekarang masuk Pakatan Rakyat (PR).

Hanya dengan bergabung dengan Parti Semangat 46, parti serpihan UMNO pascakonflik 1987 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, Pas berjaya menguasai kembali Kelantan dalam PRU-8 pada 1990, yang sebelumnya dikuasai BN.

Dalam soal pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Negeri Kelantan, bagaimana Datuk melihat kesungguhan mereka serta penerimaan rakyat berbilang kaum di negeri itu. Apakah ia hanya politik atau sudah sampai masa untuk dilaksanakan?

SHAMSUL: Secara keseluruhan sejarah Pas, prinsip memperjuangkan ‘Negara Islam’ wujud dari awal. Tetapi percubaan untuk memperkenal dan melaksana hukum hudud hanya setelah Pas menang pilihan raya 1990 di Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar ketika itu Nik Abdul Aziz Nik Mat (1990-2013).

Turun-naik, tenggelam-timbulnya soal hudud bergantung kepada lemah-kuatnya kelompok ulama dalam pimpinan Pas. Kalau Mat Sabu berjaya mencapai angan-angannya menjadi Presiden Pas menggantikan Ustaz Hadi, soal hudud akan tenggelam dan Pas terus dalam PR.

Andai kata Pas enggan keluar pembangkang atau bermain tarik tali, sejauh mana permasalahan atau hipokrasi antara mereka ini mampu bertahan?

SHAMSUL: Pas tidak akan keluar daripada PR kerana - (1) selagi Anwar Ibrahim masih hidup, (2) selagi pimpinan mahukan Pas kekal diterima dan berjaya di luar Kelantan dalam Parlimen dan DUN, (3) selagi Pas tak boleh hidup sendiri-sendiri biarpun kadang-kadang kena buli, kerana sokongan di kubunya di Kelantan sendiri sudah menurun, (4) selagi ada pengundi Melayu Islam yang tidak berpuas hati dengan UMNO dan BN, khususnya golongan muda, (5) selagi Pas boleh menambah baik struktur tadbir parti di seluruh negara, seperti UMNO.

Jelas antara pembangkang tidak ada sifat hormat, penyatuan serta kerjasama sesama mereka seperti mana BN. Bagaimana masyarakat boleh melihat mereka sebagai pakatan politik yang lebih baik daripada BN jika banyak soal pokok, mereka tidak boleh bekerjasama?

SHAMSUL: Rakyat merasakan mereka sebenar-benarnya ada pilihan selain daripada BN semenjak PRU-12 pada 2008.Tetapi gerakan mencari pilihan ini bermula dengan ‘Angkatan Perpaduan Ummah’ (1989-1996) dan diikuti dengan ‘Barisan Alternatif’ (1999-2004) dan kemudiannya dengan Pakatan Rakyat (2008-sekarang).

Intensiti atau kekuatan gerakan ini bermula setelah Anwar Ibrahim ditendang keluar daripada UMNO pada 1998 dan setelah beliau membentuk Gerakan Reformasi yang menjadi platfom pada peringkat kebangsaan kepada ‘gerakan mencari alternatif’ kepimpinan politik di Malaysia.

Rakyat Malaysia telah lama didedahkan kepada gerakan ini. Semenjak 2008 ia mula menjadi kenyataan kerana sokongan daripada sebahagian rakyat terhadapnya.

Parti-parti dalam PR akan terus berbalah dari waktu ke waktu, tetapi pengundi yang menentukan masa depan politik mereka. Polarisasi pengundi ini dan jurang antara yang menyokong BN dan PR tidak mudah untuk diimbangi oleh kedua-dua pihak, kerana ada unsur etnik yang kuat yang mempengaruhinya.

Harapan Datuk dalam soal ini serta masa depan politik negara yang semakin berhadapan cabaran lebih besar seperti kemelut ekonomi, perubahan budaya, persepsi tentang Malaysia dalam kalangan negara Barat serta kebangkitan negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan lain lain?

SHAMSUL: Kita tidak boleh melihat Malaysia semata-mata dari sudut masalahnya, atau perkara-perkara yang tidak disukai, atau grievances, rakyatnya. Ini adalah perspektif yang tidak adil, malah tidak rasional lagi tidak matang.

Dalam Dialog Perpaduan anjuran Majlis Konsultatif Perpaduan Nasional (MKPN) yang diadakan di 18 bandar utama Malaysia, peserta ditanyakan tiga soalan:

(1) Apakah yang anda suka tentang Malaysia?

(2) Apakah yang anda tidak suka tentang Malaysia?

(3) Apakah cadangan anda untuk menyelesai apa yang anda tidak suka?

Semua menjawab dan menyatakan apa yang mereka suka tentang Malaysia. Tidak ada yang kata tak suka. Setiap peserta ada menyatakan apa yang mereka tak suka mengenai Malaysia, ramai yang memberi cadangan memperbaikinya dan ada juga yang tak bagi apa-apa cadangan.

Analisis, kupasan, pemberitaan tentang Malaysia, sama ada dalam atau luar negeri, tidak pernah menyoal “apakah yang anda suka tentang Malaysia” dan mengupasnya. Kalau pun ada, hanya komen positif dan itu pun jarang-jarang sekali. Malaysia tidak harus berpatah hati dan kecewa dengan komen-komen negatif daripada sesiapa sahaja.

Yang paling penting adalah untuk komen-komen ini dijawab dengan satu persatu yang disokong oleh data dan penemuan penyelidikan. Ini belum dilakukan dengan memuaskan oleh pihak berwajib dan kerajaan hari ini.

Pada satu pihak, seolah-olah kerajaan terlalu sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak ada waktu nak menjawab segala tuduhan, tohmahan, kritikan atau soalan.

Pada satu pihak lain, mereka yang menentang dan membangkang kerajaan atau mengkritik Malaysia, seolah-olah tak ada kerja lain, dan mempunyai banyak masa lapang hanya untuk mengkritik Malaysia.

Malaysia perlu ada jurucakap rasmi atau satu pasukan jurucakap rasmi, untuk menjelas dan menjawab segala tuduhan, tohmahan dan soalan daripada dalam dan luar negeri. Kenyataan-kenyataan rasmi ini disalurkan dalam media massa serta-merta.

Bilakah agaknya ini akan dilaksanakan? Seeloknya sebelum PRU-14 pada 2018, sebelum ia menjadi beban yang tak tertanggung
http://m.utusan.com.my/polopoly_ ... s/box_100/image.jpg Last edited by Modngengade on 21-12-2014 09:25 AM

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 41 Users voted
68.29% (28)
31.71% (13)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh jap... Aku tak paham poll ni nak undi apa ni sbnarnya? Nak undi stuju ke tak PAS keluar pakatan ke nak undi stuju ke tak PAS takleh berdikari?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas parti ajaran sesat..mana ada orang sokong pas melainkan orang kelantan..

Next pru..dekat kelantan pun tenggelamlah pas ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis posted on 21-12-2014 09:27 AM
Pas parti ajaran sesat..mana ada orang sokong pas melainkan orang kelantan..

Next pru..dekat kela ...

Tak mungkin dikk...di klate sana...semangat cintakan pas dan benci kerajaan pusat dah ditanam sedari tadika lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade posted on 21-12-2014 09:30 AM
Tak mungkin dikk...di klate sana...semangat cintakan pas dan benci kerajaan pusat dah ditanam seda ...

Orang kelantan sendiri 50-50 jer..sebab tu 2004 pas menang 1 kerusi je..

Cuma 2008 n 2013..ramai kelate urban yang merantau di bandar bandar besar..terpengaruh dengan sentimen masyarakat bandar bersama pr..mereka ni yang banyak mempengaruhi..

In case pas terus macam sekarang. Xcuba perbaiki hubungan dalam pr..confirm next pru pas akan lingkup di kelantan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:26 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 21-12-2014 09:27 AM
Pas parti ajaran sesat..mana ada orang sokong pas melainkan orang kelantan..

Next pru..dekat kela ...

wpun pas byk cela... nak tuduh parti sesat tu ambo tak stuju.... klau nak ckp ade yg spesis berangan syurga milik mutlak depa tu mmg ade....
mcm dlm umno yg perangai pelahap tak ingat.... yg btul nak berjuang tak naik2.... bkn nak bab kematian ke apa... kat kg aku hrp org pas la jugak... stok2 ala mak datin... datuk2 nak ke tlg mandi mayat.... tlg kapan... solat jenazah.... itu hakikat....

mmg ade yg musuh ngan umno gile2... tp ade je bleh duduk semeja.... mana2 penyokong dlm parti klau taksub trus jd bodoh....

dlm kes pas skrg mmg depa takleh survive sorg2.... dlm masa sama dap n pkr takyah la eksen sgt....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2014 10:30 AM | Show all posts
namirulmukminin posted on 21-12-2014 09:13 AM
Eh jap... Aku tak paham poll ni nak undi apa ni sbnarnya? Nak undi stuju ke tak PAS keluar pakatan k ...

TT tak boleh nak jawab soklan kau nee..sebab dia tak pernah baca keseluruhan pun apa yang dia kopipeskan, setiapkali......Setiaphari......half hour lepas kopipes...tengok takda sambutan........terus edit tred dgn tambah poll...

janji dapat kopipes....orgasmik katanya.......

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:47 AM | Show all posts
Pas pkr dap elok bersatu..bn takut dorg bersatu.undi lebih 50% pn hasil gabungan pakatan..kalu xde pokcik mokcik pprt rempit bodoh  kekampungan mmg da kalah da bn parti perkauman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 11:02 AM | Show all posts
Sokong Pas
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju....
Pas akan selamanya jadi kuda tunggangan.. 60% of the population is malays... sepatutnya kalau bersatu anytime melayu majority.... ini pas bangang terpaksa melutut mengharapkan undi cina sebab punyalah takmo bersatu dengan melayu lain..... dan sebab bangang ini penyakit yang tak mungkin sembuh.... pas akan berkubur kerana kebangangan mereka teda ubatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:27 AM | Show all posts
parti mana yg dapat berdikari, UMNO pun tak pernah bersendirian

tetapi PAS dpt buktikan mereka dapat bertahan di Kelantan selama 20 tahun, PBS pun lingkup ditengah jalan

di Sarawak pun last2 masuk BN

masalah PAS bukannya apa, masalah tak ada parti kawan yang jujur

DAP dan PKR sahaja pun belum tentu dapat melawan UMNO

akar umbi PAS kuat itulah kekuatan PAS sebenar

DAP hanya mengharapkan sokongan rasis dikalangan bukan Melayu.... Melayu yg liberal, sekular berapa ramai sangat

PKR hanya mendapat manfaat drpd penyokong DAP dan PAS sahaja, x lebih drpd itu

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:11 PM | Show all posts
Modngengade posted on 21-12-2014 09:30 AM
Tak mungkin dikk...di klate sana...semangat cintakan pas dan benci kerajaan pusat dah ditanam seda ...

silap dik... org kelantan sebelum ni undi PAS sebab nik aziz jer... percayalah kali nih kelantan pasti tumbang punya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:12 PM | Show all posts
bg sy, DAP dan PKR hanya menumpang PAS ..

DAP dah terang2 akan membantah segala apa yg PAS cadangkan ..

PAS lebih baik standalone dalam menyatukan org melayu ..

workout kembali dengan UMNO mungkin ..

demi perpaduan umat MELAYU ISLAM .. kena bersatu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:22 PM | Show all posts
mana pegi bro @selipargombak

rindu nak baca hujah2 dia lama x nmpak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
stinger_attack posted on 21-12-2014 10:30 AM
TT tak boleh nak jawab soklan kau nee..sebab dia tak pernah baca keseluruhan pun apa yang dia kopi ...

Sudah terang lagi bersuluh kebodohan kau...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:08 PM | Show all posts
Kalau kita berpegang pada fakta depan mata kita sekarang....saya setuju PAS tak boleh bersendirian spt mereka keluar dari perut UMNO dulu dgn menubuhkan parti PAS.

Kalau PAS sebuah parti yg ada prinsip, ada maruah diri..mereka dah keluar sekarang dari Pakatan Rakyat..lagi2 Pakatan Rakyat bukan sebuah pakatan yg halal, tapi haram..tidak pernah diluluskan penubuhannya spt BN..sebab tu macai2 jadi pening bila kita tanya kenapa diPenang, Selangor tak buat spt diKelantan?..contohnya Hudud...macai2 akan gelaba cakap Penang milik DAP, Selangor milik PKR, Kelantan milik PAS...bila kita tanya lagi...kalau lah ditakdirkan PR perintah Malaysia..DAP melalui MP melayu islamnya jadi PM....adakah Malaysia milik DAP?...dan sebaliknya PKR atau PAS..adakah macai2 akan cakap Malaysia milik PKR atau milik PAS..pada hal kalau BN...tentulah milik BN.

Seingat saya..DAP dan PAS pernah duduk satu parti dibawah BA...bukan PAS yg keluar dari BA...tapi DAP..krn DAP kalah teruk termasuk Kit Kena Siang dan Karpal Singh kalah..disebabkan hudud PAS..

Dlm isu ini pun....PAS melalui pemimpin2nya cakap..tidak akan keluar dari PR..DAP patut keluar...so...PAS memang tak berani bersendirian walaupun diinjak2 oleh DAP dan PKR...hilang maruah PAS pun tak pa..atas nama talaluf siyasi kununnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 01:20 PM | Show all posts
maaf la kalau ckp...bg aku PAS not ready yet utk ambik tampuk kerajaan pusat.
jika pas boleh kaji balik issue mesir kejatuhan mursi...benda tuh boleh diambil ikhtibar...
kekuatan sesebuah pemerintahan pabila dia boleh menguasai ekonomi dgn kuat...

issue negara kita sekarang yg TM duk kata pun sebenarnya berpunca dari ekonomi yg makin menurun.

maka jika pas boleh kaji balik kenapa terengganu dan kedah jatuh balik selepas satu penggal tanpa menyalahkan sesiapa...maka depa boleh faham punca dia dimana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 01:25 PM | Show all posts
lompatikam posted on 22-12-2014 01:20 PM
maaf la kalau ckp...bg aku PAS not ready yet utk ambik tampuk kerajaan pusat.
jika pas boleh kaji b ...

yer morsi jatuh kerana gagal menaikkan ekonomi mesir....rakyat kecewa...
dunia dan akhirat haruslah seiringan

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:13 PM | Show all posts
PAS tak akan ready selagi abaikan hala dan tuju perjuangan yang suci.  Allah yang tak akan benarkan PAS jadi ready.
demi Islam.
bukan demi menang pilihanraya.
berakhlak mulia.
bukan berkiblatkan populariti.
yang betul tetap betul.  yang salah tetap salah.
bukan 'betul'kan yang salah dan 'salah'kan yang betul.
menjaga kehendak Allah.
bukan jadi anjing tunggangan DAP.

dulu PAS kata rakyat malaysia makin pandai untuk menilai kesalahan UMNO.
jadi jangan fikir rakyat malaysia makin bodoh tak nampak kesalahan PAS.
rakyat malaysia tunggu next GE je nak benamkan PAS kalau masih tak sedar diri.
kembali ke pangkal jalan.
kembali ke agama.
fikirlah, selama ni usaha sering gagal, kenapa?  kerana tiada keberkatan-Nya?  kenapa begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:25 PM | Show all posts
Gemukkkkkkk posted on 22-12-2014 02:13 PM
PAS tak akan ready selagi abaikan hala dan tuju perjuangan yang suci.  Allah yang tak akan benarkan  ...

krn prinsip PAS bukan krn Allah swt..tapi krn kepentingan peribadi pemimpin2 PAS sehingga sanggup mempolitikkan agama demi kuasa, pangkat dan harta duniawi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.085351 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list