CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 829|Reply: 3

[Tempatan] Keprihatinan pemuda umno...tahniah dikkk!

[Copy link]
Post time 21-12-2014 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KEMAMAN: Pelbagai bantuan kemanusiaan terus disalurkan kepada mangsa banjir di Kemaman melalui Skuad Prihatin - Banjir Pemuda UMNO Kemaman yang mula diaktifkan sejak hari pertama banjir melanda daerah itu, Ahad lalu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim, berkata anggota skuad itu turut berkesempatan menziarah 30 keluarga terdiri daripada orang miskin dan warga emas yang uzur di kawasan dilanda banjir iaitu Teladas dan Air Putih untuk menyampaikan barangan keperluan dapur.

"Selain itu, kami turut menghantar sekampit beras untuk setiap 150 keluarga mangsa banjir yang kini tinggal di pusat pemindahan sementara di dua kawasan itu yang disertai 30 anggota skuad.

"Bantuan ini disampaikan secara berterusan 24 jam secara bergilir-gilir dalam kalangan 60 anggota skuad meliputi semua kawasan terbabit banjir," katanya, hari ini.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, setakat 9 pagi tadi, sebanyak 1,925 mangsa banjir daripada 519 keluarga masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan di daerah Kemaman.

Banjir di daerah Kemaman turut menyebabkan empat laluan ditutup kepada semua kenderaan, dua laluan ditutup kepada kenderaan ringan manakala tiga laluan yang dinaiki air, masih boleh dilalui setakat ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 10:29 AM | Show all posts
Dalam kalangan sayap UMNO, Pemuda memang terkehadapan dalam kerja kebajikan.

Yang paling saya musykil adalah Puteri.
Wanita2 muda di sana tak nampak lagi sumbangan yang menarik media. Mungkinkah mereka masih selesa dengan peranan pasukan sorak ketika pilihanraya saja?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
PEPPERMAN posted on 21-12-2014 10:29 AM
Dalam kalangan sayap UMNO, Pemuda memang terkehadapan dalam kerja kebajikan.

Yang paling saya mus ...

Pemuda bagus sbb KJ... Wanita apa ada? Tadah tangan syukur je la... Puteri lagi hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:05 AM | Show all posts
"Selain itu, kami turut menghantar sekampit beras untuk setiap 150 keluarga mangsa banjir yang kini tinggal di pusat pemindahan sementara di dua kawasan itu yang disertai 30 anggota skuad.

Aiieee...tompek pusat tu ..adoh dapoh..nak masak nasi ke....hebat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.063937 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list