CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1008|Reply: 14

[Tempatan] Melayu mengemis pada Cina raih sokongan

[Copy link]
Post time 21-12-2014 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Orang Melayu kini terpaksa mengemis kepada orang bukan Melayu untuk raih sokongan bagi memenangi pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini berpunca daripada perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu yang terbahagi kepada tiga puak.

“Orang Melayu kini tinggal 60 peratus dan dengan jumlah ini sepatutnya menang setiap kali pilihan raya kerana kita mempunyai majoriti. Tetapi kita berpecah sesama sendiri dan terbahagi kepada tiga puak yang jumlah setiap satu kurang 50 peratus.

“Dengan jumlah ini, kita tak mungkin mendirikan kerajaan dengan majoriti mutlak. Sebaliknya untuk dapat majoriti memerintah negara, kita terpaksa menjadi pengemis minta pertolongan kaum lain khususnya Cina,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA’14) di sini, semalam.

Katanya lagi, baik Umno, Pas dan PKR masing-masing mengemis di kaki orang Cina DAP supaya mendapat sokongan.

“Bila kita jadi pengemis, kita tidak lagi jadi orang yang berkuasa. Namun, inilah keadaan yang berlaku sekarang,” katanya.

Beliau turut menegur sikap orang Melayu yang lebih utamakan kata-kata pemimpin atau puak sendiri berbanding ajaran Islam dan al-Quran.

“Kalau puak kita bertindak bercanggah dengan ajaran Islam sekalipun, kita lebih utamakan puak kita, pemimpin kita. Dengan itu, berlakulah perpecahan kerana pemimpin ada hasrat tertentu bagi dirinya.

“Dikumpulkan orang kita di kelilingnya dan mereka ini akan patuh kepada pemimpin walaupun bertentangan dengan agama. Sebab itu, hari ini perpecahan berlaku dalam kalangan orang Islam,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tertunggu-tunggu apa najib nk buat utk menang PRU14 ni nanti....

Yg pasti najib kena kerja triple kuat dari PRU13....

tu pun blm gerenti blh menang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 21-12-2014 09:57 AM
Aku tertunggu-tunggu apa najib nk buat utk menang PRU14 ni nanti....

Yg pasti najib kena kerja tr ...

Tapi kepercayaan kpd pakatan pun semakin merudum...byk sgt skandal dan isu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade posted on 21-12-2014 10:11 AM
Tapi kepercayaan kpd pakatan pun semakin merudum...byk sgt skandal dan isu


Jgn caya dgn pengundi cina ni...

Masa PRU13 dulu,
Kat ampang org BN dah senyum sampai ketelinga dah bila tgok setiap kali turun kempen menderu dorang dtg dgn kain rentang bagai tunjuk sokongan pd dacing....BN situ jamu mkn sedap-sedap dari duit poket sendiri....bila kuar keputusan...terduduk tgok..tu yg kuar statement pengubdi cina tak ikhlas, kacang lupakn kulit....blabla.bla....


Takkn tanak belajar dari pengalamn....tapi memang nampak tak belajar punnnn



Last edited by jazaa on 21-12-2014 10:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:47 AM | Show all posts
melayu 50 % jer...11 % lagi bumiputera yang lain...suka tak suka, semua parti perlu sokongan bangsa lain...melayu bandar paling ramai yang mengundi pr...umno kena kaji kenape melayu bandar beralih pada parti lain...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:06 AM | Show all posts
nanacinta posted on 21-12-2014 10:47 AM
melayu 50 % jer...11 % lagi bumiputera yang lain...suka tak suka, semua parti perlu sokongan bangsa  ...

Mamak yg gila lupa dia menang Pilihan Raya 1999 sebab org cina sokong pada dia daripada Anwar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2014 11:10 AM | Show all posts
cyberjaye posted on 21-12-2014 11:06 AM
Mamak yg gila  lupa dia menang Pilihan Raya 1999 sebab org cina sokong pada dia daripa ...

janganlah cakap macam tu...walaupun ade benda yang saya tak setuju dengan dia....tapi perlu ingat, jasa dia lagi besar....kalau tengok negara2 maju macam korea dan taiwan, mereka bermula dengan strongman macam dr mahathir...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
nanacinta posted on 21-12-2014 11:10 AM
janganlah cakap macam tu...walaupun ade benda yang saya tak setuju dengan dia....tapi perlu ingat, ...

Awak terlupa Singapork. Depa punya strongman LKY tu pun maha hebat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 11:37 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 21-12-2014 11:31 AM
Awak terlupa Singapork. Depa punya strongman LKY tu pun maha hebat.

yer betul...sekarang pun dengar cerita, ramai anak muda singapore anti LKY dan PAP kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:37 AM | Show all posts
Bersatu utk sokong umno ngan parti rasis lain?puiii la..ape jela pencapaian bn??cer tgk selangor time bn perintah berkurun ngan skang pr memerintah..jauh beza..cr si bangang ngan si bijak memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
nanacinta posted on 21-12-2014 11:10 AM
janganlah cakap macam tu...walaupun ade benda yang saya tak setuju dengan dia....tapi perlu ingat, ...

Aku sokong komen kau ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:58 AM | Show all posts
Melayu kena pertahankan previlege (special rights) melayu, rakyat malaysia sama2 pertahankan rights masing2...skrg ni bukan melayu ingt mereka pun ada special rights atau mereka x iktiraf special rights melayu...tu jd kaduk naik junjung



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
nanacinta posted on 21-12-2014 11:37 AM
yer betul...sekarang pun dengar cerita, ramai anak muda singapore anti LKY dan PAP kan...

LKY dan Tun Che Det sama jer... Berwawasan tapi kuku besi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kan masa prsidangn umno dulu dah ada prwakilan bahas...masa mengundi cari melayu...dh menang cari kapitan cina
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Beliau turut menegur sikap orang Melayu yang lebih utamakan kata-kata pemimpin atau puak sendiri berbanding ajaran Islam dan al-Quran.

statement ni dari madey? Mamak mudah lupa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.416549 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list