|
KOTA KINABALU – Kaki dirantai dan diberi makan ubi kayu selama empat bulan selain terpaksa berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Itu antara pengalaman pahit pemilik pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, ketika menjadi tawanan kumpulan penculik di selatan Filipina selama hampir enam bulan bermula 16 Jun lalu.
Bagaimanapun, mimpi ngeri lelaki dari Ipoh, Perak itu berakhir 10 Disember lalu apabila dia diselamatkan oleh pasukan keselamatan negara.
“Tiada perkataan yang ingin saya ucapkan selain terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pasukan keselamatan kerana membawa saya pulang,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/1221/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg
|
|