PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan syarikat tempatan yang mempunyai teknologi berkhatan secara moden agar mengeksport teknologi itu berikutan permintaan yang tinggi di luar negara.
Beliau berkata, amalan itu bukan sahaja diwajibkan kepada umat Islam, malah diamalkan oleh penganut agama lain seperti Yahudi.