CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 0

Usahawan Maju Dengan Digital

[Copy link]
Post time 21-12-2014 11:07 AM | Show all posts |Read mode
APAKAH DIGITAL MALAYSIA (DM)?Digital Malaysia merupakan program kebangsaan yang berteraskan kepada tiga teras utama yang akan memacu Negara ke arah menjadi sebuah ekonomi digital yang maju menjelang 2020. Ianya akan mencetuskan ekosistem digital yang akan mempromosikan penggunaan ICT secara menyeluruh di dalam semua aspek ekonomi bagi menghubungkan masyarakat global dan membolehkan mereka berinteraksi di dalam masa sebenar dan seterusnya meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (GNI), produktiviti dan memperbaiki taraf kehidupan. Hasilnya adalah ekonomi digital maju yang menghubungkan dan memberi kuasa kepada kerajaan, perniagaan dan rakyat.
DM disokong oleh tiga (3) teras strategik yang telah dikenal pasti sebagai kunci perubahan yang kritikal:
  • Menumpukan Bekalan kepada Permintaan
    Pada masa ini sektor awam Malaysia membelanjakan hampir 54% pelaburan ICT untuk pembangunan prasarana berasaskan maklumat. Inisiatif seperti projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi telah berjaya memastikan bekalan prasarana ICT yang diperlukan untuk mempersiapkan negara kepada perubahan ini sudah tersedia. Untuk menggunakan sepenuhnya inisiatif yang sedia ada, Digital Malaysia akan memfokus ke atas mewujudkan lebih banyak aktiviti bertumpu kepada permintaan yang akan memaksimumkan penggunaan maklumat dan prasarana sedia ada bagi meningkatkan ROI sebelum tempoh luputnya. Digital Malaysia juga menyasarkan untuk membangunkan industri terutama sumber-sumber pertumbuhan baru yang akan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi.
  • Berpusatkan Penggunaan kepada Pengeluaran
    Rakyat Malaysia tidak asing kepada internet. Kita menggunakan maklumat dan menggunakan internet secara meluas bagi rangkaian sosial, berita dan penyelidikan tetapi rakyat Malaysia masih belum menggunakan internet sepenuhnya untuk menjana perolehan. Digital Malaysia berhasrat untuk mewujudkan platform dan program bagi memupuk dan membangunkan netizens untuk menjadi pengeluar-pengguna atau prosumers. Ia juga merancang untuk mewujudkan peluang bagi penjanaan pendapatan baru menerusi model-model perniagaan digital baru.
  • Tambahan-Ilmu Pengetahuan-Tambahan Rendah kepada Tambahan-Ilmu Pengetahuan-Tambahan Tinggi
    Pada masa ini syarikat-syarikat Malaysia memiliki penggunaan ICT perniagaan yang rendah, aktiviti ilmu pengetahuan-rendah dan output. Sumbangan PKS Malaysia kepada KDNK kekal di paras rendah 32% . Digital Malaysia akan mempromosikan model-model perniagaan digital inovatif yang akan memacu usaha mewujudkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi. Menerusi projek seumpamanya, ia juga disasarkan untuk meningkatkan produktiviti kakitangan menerusi pengautomasian dan alat-alat digital inovatif.

    Inisiatif dan manfaat untuk usahawan digital lebih detail boleh baca disini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061051 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list