View: 3743|Reply: 23
|
[Dunia]
Interpol keluar waran tangkap Tokoh Maal Hijrah 2009 ?
[Copy link]
|
|
Interpol keluar waran tangkap Tokoh Maal Hijrah 2009 Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana Islam terkenal Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.
Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman. Warganegara Mesir dan Qatar itu antaranya dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vendalisme dan kecurian.
Langkah itu dilihat bakal mencetuskan perasaan tidak puas hati besar-besaran di hampir kesemua dunia Islam.
Tokoh Maal Hijrah M'sia Sementara itu, PAS menjadi pihak pertama di Malaysia membantah secara terbuka langkah Interpol terhadap presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu dan mendakwanya sikap pilih bulu dan memihak kepada rejim kudeta Mesir Al-Sisi.
“Atas sifat dendam, kerajaan Mesir inilah yang menuntut Interpol bertindak sedemikian-rupa,” kata ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar (kanan). Tindakan itu, katanya, akan menyemarakkan lagi perasaan Islamophobia di kalangan bukan Islam dan mendakwa terdapat konspirasi Barat untuk memburukkan Islam. “Kami juga kesal akan sikap kerajaan Malaysia yang masih berdiam-diri dalam hal ini sedangkan Syeikh Yusuf bukanlah tokoh yang asing di Malaysia ini,” kata Mahfuz. Malah, katanya, kerajaan Malaysia pernah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2009.
“Wisma Putra sewajarnya bersifat proaktif dalam hal ini untuk membela tokoh hebat yang telah menjadi mangsa teraniaya ini,” kata Mahfuz. “Bukankah kerajaan sendiri sering mendabik-dada mengatakan Malaysia berpengaruh, disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa maka tidaklah rugi untuk kita menyatakan pendirian dalam hal ini?”
http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/12/interpol-keluar-waran-tangkap-tokoh.html
Last edited by GhostWalking on 21-12-2014 09:05 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
dan maka akan merusuh3, tunjuk perasaan etc
mana yang anti dia, musti ckp..padan muka dia
dia laa pengganas bla bla bla |
|
|
|
|
|
|
|
ada 2 kewarganegaraan?... how come? |
|
|
|
|
|
|
|
pi jumpa bang nuar pi. mintak tulun dari dia |
|
|
|
|
|
|
|
Rejim Mesir sendiri pun haram ade hati nak mengharamkan pertubuhan orang lain.
Akhir zaman ini, berpegang kepada Islam seperti memegang bara api.
Berjuang kerana agama amat perit dan tidak pernah mudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Zionis laknatullah belum puashati dengan kecelakaan yang mereka timbulkan. Zionis laknatullah mahu melihat lebih banyak darah dan jiwa makhluk Allah dikorbankan. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...hasil kerja saudi dan uae kot...sesiapa yang baca perkembangan terkini , mungkin boleh teka kerja siapa... |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu, saudi dan uae menarik duta drpd qatar atas alasan qatar menyokong ikhwanul muslimin... |
|
|
|
|
|
|
|
nanacinta posted on 21-12-2014 06:22 PM
hmmm...hasil kerja saudi dan uae kot...sesiapa yang baca perkembangan terkini , mungkin boleh teka k ...
tak mustahil juga..sebab mmg lepas Qatar secara terangan menyokong Mursi, Saudi dan UAE yang pro-U.S secara drastik beri kecaman kpd qatar. Even ada residents qatar bermasalah untuk dapatkan visa umrah. bahkan kuota untuk visa haji dari qatar pun dikurangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 21-12-2014 12:15 PM
ada 2 kewarganegaraan?... how come?
yup. takde masalah. Malaysia je yang tak bagi ada dua kewarganegaraan. Tapi sebenarnya ramai je rakyat malaysia yang punyai citizenship ke-2 tanpa pengetahuan kerajaan Malaysia.
Kalau di Qatar pula sebenarnya amat susah untuk non-local dapat warganegara qatar walaupun dah beranak pinak di qatar berpuluh tahun. Tapi atas sebab2 spesel macam athlete...professionist yang hebat2 mcm Sheikh al qardawi tu buleh le.
|
|
|
|
|
|
|
|
akak berdoa semoga Allah sentiasa memelihara ulama dunia ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
TAKBIRRRRRRRRRRRR
Allah selamatkan & lindungi Ulamak ahli Sunnah waljamaah yg benar dari penzaliman manusia2 yg zalim & sekutunya |
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Tindakan Polis Antarabangsa (INTERPOL) menyenaraikan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai antara individu yang dikehendaki hanya akan mencetuskan Islamophobia dalam kalangan orang bukan Islam.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, tuduhan INTERPOL yang mengaitkan tokoh ulama tersohor itu dengan aktiviti keganasan dan membantu pembunuhan antarabangsa adalah keterlaluan.
"Beliau terkenal sebagai ulama yang membawa mesej keamanan dan sering mengadakan dialog bersama masyarakat bukan Islam.
"Pihak INTERPOL dilihat tidak adil dalam isu ini. Tiada sebarang keuntungan bakal mereka peroleh melainkan hanya akan mencetuskan lagi kegusaran dunia terhadap Islam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menerusi laman web iNTERPOL, Syeikh Yusuf, 88, dikenakan notis merah selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir kerana didakwa menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme serta kecurian.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:09 AM
«»
SYEIKH Dr Yusuf al-Qaradawi
Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
geng bang nuar ni... |
|
|
|
|
|
|
|
takde pulak student2 hauk malas blajar nak memonteng kelas je sebenarnya yang nak guling2 atas jalan rempuh pagar ke?
ke penjubo lagi tinggi darjatnya dari ulamak? lololol |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perlu, gomen boleh ja nak strip anugerah tokoh Maal Hijrah tu kan?
no issue lah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.
p/s:- Jangan Yusuf ni lari minta perlindungan politik macam Alvin dan Ali sudahlah..jantanman lah kan..hadap je tuduhan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nanacinta posted on 21-12-2014 11:27 PM
hari tu, saudi dan uae menarik duta drpd qatar atas alasan qatar menyokong ikhwanul muslimin...
qatak sgt baik sampi jd vassal state of usa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|