CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: GhostWalking

[Dunia] Interpol keluar waran tangkap Tokoh Maal Hijrah 2009 ?

[Copy link]
Post time 22-12-2014 12:40 PM | Show all posts
“Kami juga kesal akan sikap kerajaan Malaysia yang masih berdiam-diri dalam hal ini sedangkan Syeikh Yusuf bukanlah tokoh yang asing di Malaysia ini,” kata Mahfuz. Malah, katanya, kerajaan Malaysia pernah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2009.

P/s:-Mahfus macam biasa..otak letak kat lutut....ingat bila diberikan tokoh maal hijrah...kita boleh campur tangan dlm urusan undang2 negara lain...PAS lainlah.....Ketum meliwat pun salah UMNO..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukn sheikh yusuf qaradawi sj..ada 50 org lg  tokoh ilmuan islam yg dikuar surat merah oleh interpol atas permintaan kerajaan mesir
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:30 PM | Show all posts
time bebudak 132 org mati kene tembak dek taliban.. xde pon mane2 pertubuhan islam nak menggelupur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 03:36 PM | Show all posts

[url=][/url][url=]
[/url]




        SHAH ALAM - Beberapa badan bukan kerajaan Islam di negara ini mendesak Kerajaan Malaysia bersuara mempertahankan ulama terkemuka dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi yang kini berdepan waran tangkap dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) berdasarkan permintaan Kerajaan Mesir.

        Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, ini peluang kepada Malaysia menyuarakan pendirian mewakili suara dunia yang menolak penindasan terhadap Islam.

“Sebagai negara Islam, Malaysia perlu bersatu bersama kerajaan lain, contohnya Turki yang dilihat tegas mengutuk penindasan terhadap Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

        Dalam Notis Merah dikeluarkan Interpol, 4 Disember lalu, al-Qaradawi, 88, yang juga Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa dikatakan berdepan tuduhan 'merestui, menghasut dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan untuk melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri' di negara asalnya, Mesir.

        Notis Merah bermaksud individu itu perlu dicari dan ditahan untuk dikenakan tindakan undang-undang.

        Abdullah Zaik berkata, Mesir menyalahgunakan saluran undang-undang selepas cubaan memburukkan imej gerakan Ikhwanul Muslimin yang mempunyai kaitan dengan al-Qaradawi gagal.

“Di Mesir, wujud gerakan melabelkan Ikhwanul Muslimin sebagai gerakan militan. Tetapi mereka (kerajaan Mesir) gagal berbuat demikian apabila hasil tinjauan mendapati hanya 20 peratus rakyat negara berkenaan melihat gerakan tersebut sebagai sebuah gerakan militan,” katanya.

        Beliau menyifatkan tindakan Mesir dan Interpol sebagai jenayah antarabangsa yang membunuh demokrasi Islam.

Malaysia, al-Qaradawi ada hubungan baik

        Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, Notis Merah Interpol terhadap ulama terkemuka dunia itu merupakan penghinaan kepada Islam.

        Menurutnya, al-Qaradawi merupakan ulama yang mempraktikkan kesederhanaan seperti yang dituntut Islam dalam menyebarkan dakwah kepada seluruh umat Islam dunia.

“Saya begitu kesal dengan tindakan Interpol menyenaraikan al-Qaradawi sebagai individu dikehendaki tanpa melakukan siasatan terperinci terlebih dahulu.

“Mereka (Interpol) dilihat mengikut telunjuk kerajaan Mesir yang menggunakan undang-undang sebagai alat mengekang pengaruh ulama," katanya.

        Beliau turut mengutuk tindakan Mesir menabur fitnah mendakwa al-Qaradawi sebagai ekstremis dan menggalakkan pembunuhan berlaku secara berleluasa.

“Jelas sekali tindakan ini sengaja dibuat bagi mengaburi kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka (kerajaan Mesir) membunuh orang Islam tanpa perikemanusiaan,” katanya.

        Zaharuddin berkata, Kerajaan Malaysia perlu memberi respons terhadap nasib yang menimpa al-Qaradawi kerana hubungan baik yang sedia terjalin.

“Beliau (al-Qaradawi) merupakan individu yang banyak menerima pengiktirafan daripada negara kita, jadi kita perlu bangkit mempertahankan beliau,” katanya.

        Tambahnya, tindakan Mesir dan Interpol seolah-olah memburukkan lagi perspektif masyarakat bukan Islam dunia apabila ulama terkemuka dikaitkan dengan aktiviti keganasan, pembunuhan dan militan.

Al-Qaradawi simbol suara demokrasi, perlu dibela

        Timbalan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Azril Hanafi berkata, tindakan Interpol menyenaraikan al-Qaradawi sebagai individu yang dikehendaki merupakan sebahagian daripada perang antarabangsa terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin.

“Al-Qaradawi sentiasa menyatakan sokongan peribadi terhadap gerakan berkenaan terutama di Mesir.

“Pendirian Interpol ini juga dilihat lebih teruk daripada pendirian Mesir yang telah membuang beliau (al-Qaradawi) dari negara itu dan mengharamkannya pulang ke tanah air,” katanya.

        Azril turut meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan Mesir dan Interpol dan membela al-Qaradawi.

“Perpaduan dan kesepakatan negara-negara Islam sekali lagi teruji dengan rancangan menjauhkan golongan ulama daripada masyarakat umum,” katanya.

        Pengerusi Yayasan Rights, Yusmadi Yusoff pula berkata, Malaysia perlu segera mengusulkan bantahan terhadap kerajaan Mesir supaya menarik balik waran tangkap ke atas al-Qaradawi yang dikeluarkan Interpol bagi pihak negara itu.

        Katanya, bantahan itu penting kerana al-Qaradawi adalah suara tegas yang lantang menolak pendekatan pelampau agama pada ketika dunia kekurangan tokoh untuk berdepan dengan cabaran ekstremisme agama seperi militan IS.

“Maka mempertahankan Dr Yusuf al-Qaradawi daripada dizalimi oleh regim zalim Mesir adalah sama seperti kita melakukan tanggungjawab kita untuk mempertahkan suara sederhana warga dunia menentang regim tidak demokratik.

“Al-Qaradawi merupakan simbol suara demokrasi ulung yang berusaha keras membentuk dunia yang demokratik terutama di Timur Tengah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

        Khamis lalu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia turut mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Interpol menarik balik notis tersebut dan menolak sebarang tekanan terhadap agensi tersebut demi menyelamatkan reputasi, intergriti dan sifat berkecualinya

Sinar Harian

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.480506 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list