CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10975|Reply: 62

Noniswara pun da berhijab...Sedia berkahwin lagi

[Copy link]
Post time 22-12-2014 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Kerinduan Noniswara

Lama tidak aktif berlakon, dramatis Noniswara Baharuddin (Nonis), 44, mahu kembali mewarnai persada seni lakonan. Nonis yang hampir setahun tidak muncul di kaca televisyen mengakui dia rindu untuk kembali aktif. Malah selama menyepi dia tidak hanya menguruskan perceraian dengan bekas suami, Datuk Rosman Ridzwan tetapi turut mengambil peluang menghabiskan masa bersama anak-anak. "Lama sangat rasanya tidak berlakon. Sepanjang tahun ini saya menolak banyak tawaran berlakon demi memberi fokus menguruskan rumah tangga.

"Selain masalah (perceraian) itu, saya perlu mengambil banyak masa untuk berehat dan memberi sepenuh perhatian terhadap anak-anak Naveer Mihshon, 20, dan Nur Erysha Emyra, 15 yang sedang membesar. "Saya akui rindu hendak berlakon semula. Tempoh setahun itu terasa sangat lama dan Alhamdulillah sekarang saya mula berlakon menerusi drama bersiri Hati Perempuan yang akan disiarkan di TV3 nanti. "Kiranya ini projek untuk tahun 2015. Tahun 2014 memang saya tidak berlakon namun banyak drama lama saya yang ditayangkan semula di televisyen," katanya. Antara drama lakonan Nonis ialah Bukan Ku Pinta, Senyum Terakhir dan Cinta Sarakit. Sebelum terbabit dalam bidang lakonan Nonis asalnya seorang penyanyi.

Melihat penampilan barunya yang kini cantik bertudung, wanita berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mengakui mula bertudung sebulan sebelum Ramadan yang lalu. "Niat bertudung asalnya sudah lama apatah lagi melihat anak perempuan saya bertudung menguatkan lagi keinginan untuk sama-sama berhijab sepertinya. "Alhamdulillah hati saya terbuka untuk melakukannya sebulan sebelum Ramadan yang lalu dan saya bertudung sepenuhnya," katanya.

Mengulas mengenai status dirinya yang bercerai buat kali kedua, Nonis berkata, dia tidak serik untuk berkahwin lagi namun berharap biarlah bakal suaminya itu seorang yang kuat berpegang pada agama dan dapat membimbing dirinya menjadi isteri solehah. "Ini adalah perceraian kedua saya, sebagai seorang wanita tidak ada sesiapa pun yang mahukan perkahwinan berakhir dengan perceraian. Mungkin ini adalah hikmah membuatkan saya menjadi seorang yang lebih cerewet dalam soal mencari pasangan hidup.

"Memegang status janda banyak dugaannya, mungkin juga saya akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang. Jujur saya katakan, seboleh-bolehnya saya menolak perhubungan itu dan berharap tidak hidup bermadu. Namun kuasa Allah SWT siapalah kita untuk menolaknya jika ditakdirkan terjadinya begitu. "Apa pun selagi boleh saya elakkan dan biarlah bertemu dengan lelaki bujang yang betul-betul ikhlas menerima saya dan anak-anak serta mampu membimbing saya ke jalan Allah. "Tidak saya nafikan macam-macam lelaki yang datang kepada saya. Ada yang berumur 20-an, 30-an beriya-iya mahu melamar saya sebagai isteri. "Kalau boleh saya mahu pasangan yang lebih berusia daripada saya atau mungkin juga lebih kurang sebaya saya. Bukan tidak yakin dengan lelaki muda tetapi rasa diri tidak sesuai dipadankan dengan mereka," kata anak kepada pelukis terkenal Baharuddin M.Y ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 10:27 AM | Show all posts
cantik sheol ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:27 AM | Show all posts
suami saya kata muka saya macam hantu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:29 AM | Show all posts
cantik la tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:32 AM | Show all posts
cantik la pulak..

time tak bertudung tu, rasa macam biasa je..

lawa lak sekarang nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:33 AM | Show all posts
kenela berlakon.. nak menyara diri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 10:35 AM | Show all posts
maxim posted on 22-12-2014 10:27 AM
suami saya kata muka saya macam hantu

siapa kawan dia tu?

Oh sedihnya dengan apa yang menimpa Noniswara ini. Baru sahaja bercerai dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan baru-baru ini, Noniswara memberitahu yang bekas suaminya itu dirampas oleh kawan baiknya yang merupakan rakan artis juga. Kejam sungguh dunia ini.

Menerusi MediaHiburan, Noniswara berkata:-
Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga. Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki. Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami.

Apa nak jadi dengan si rakan artis ini? Suami orang jugak yang dingoratnya. Dah la suami orang, suami member baik sendiri pulak tue. Memang tak ada hati perut langsung. Agaknya rakan artis tersebut rambang mata tengok kekayaan si suami kot. Kata Noniswara lagi.
Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai ‘hantu’. Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia
Kalau dah tahap nampak muka macam hantu, kemungkinan kena buatan orang tue mungkin ada. Masih ada lagi rupanya manusia yang percaya dengan perkara-perkara syirik sebegini. Mungkin anda akan bahagia sekarang ini, namun lambat-laun, perbuatan keji itu akan terbongkar jua. Insaflah wahai si perampas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:35 AM | Show all posts
akak harap yuols berenti cocok botox ye dik
nak insap, insap betul2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 10:35 AM | Show all posts
Cantik bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:37 AM | Show all posts
kucen_miang posted on 22-12-2014 10:35 AM
siapa kawan dia tu?

Oh sedihnya dengan apa yang menimpa Noniswara ini. Baru sahaja bercerai den ...

maznah zulkifli
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:37 AM | Show all posts
bimbang di kaitkan dgn suami org ???
podacit !! klu ko tak menggatal menggedik tak kan org nak bercakap

pompuan kelantan yg janda2 ni selalu miang terlebih ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:39 AM | Show all posts
maxim posted on 22-12-2014 10:37 AM
maznah zulkifli

so maznah tu kawen tak dgn laki dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 10:52 AM | Show all posts
maxim posted on 22-12-2014 10:27 AM
suami saya kata muka saya macam hantu

epic!


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:12 AM | Show all posts
lawa bertudung..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:23 AM | Show all posts
Cantik. Nampak manis skali~
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:26 AM | Show all posts
cantiknya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 11:26 AM | Show all posts
Alhamdulillah cantek lagi bila bertudung ... tapi mata lebih terpana kat dagu .. runcingnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga istiqamah kak ya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:35 AM | Show all posts
hmm.. dah byk sgt adjust muka akak nonis ni... rentikan lah ye sebelum terlambat. Dagu dan hidung tu dah lain sgt dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:42 AM | Show all posts
muka plastik..berminyak2..kenapa tk kekalkan kecantikan semulajadi mesti lagi cun dia ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074873 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list