CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1808|Reply: 8

[Tempatan] Hantar wang RM5 bilion sebulan

[Copy link]
Post time 22-12-2014 12:42 PM | Show all posts |Read mode

TERDAPAT lebih 2.1 juta pekerja asing berdaftar di Malaysia  yang menghantar wang ke kampung halaman masing-masing setiap bulan.




Advertisement






KUALA LUMPUR – Lebih RM5 bilion wang negara mengalir keluar setiap bulan  berikutan tindakan pekerja asing yang bekerja di Malaysia menghantar wang  pendapatan mereka ke negara masing masing.

Jumlah itu berdasarkan anggaran setiap seorang daripada kira-kira 6.7 juta  pekerja asing di Malaysia menghantar pulang sebanyak RM746 daripada gaji bulanan  mereka kepada ahli keluarga di negara asal.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata,  wang sebanyak itu jika dibelanjakan di Malaysia boleh merancakkan lagi  pembangunan ekonomi negara.

“Terdapat seramai 2.1 juta pekerja asing berdaftar di Malaysia manakala  anggaran pekerja asing tidak berdaftar ialah 6.7 juta orang.

“Jika wang RM5 bilion ini terus berada dalam sistem ekonomi negara tentulah  lebih baik kerana ia dapat digunakan untuk manfaat rakyat Malaysia secara tidak  langsung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3MbBkjrlQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 12:45 PM | Show all posts
tok menteri pun kalo bercuti dalam negara selalu lagi baik..wang tak mengalir keluar

dan banyak tanah di dalam negara bleh di komersilkan untuk tujuan macam tuh

dan ramai warga tempatan bleh keje

ni kalo cuti jek londong paris meben seol tokyo

kendian ada ati nak ajar oang suh spend duit dalam negeri

beli la kete tempatan, toksah pakai kete mewah overc tu, beli la barang tempatan , bercuti lah dalam negara

baru bleh membebel bab cam ni tok menteri..other wise FAK YOU
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 12:50 PM | Show all posts
Dah mesia suka import pekerja asing nih, hadap sajalah. Tak lama lg ada puluh ribu lg bangla nak masuk swk, lg best korang melopong tengok wang negara mengalir keluar
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:12 PM | Show all posts
memang ler... kang suruh budak2 muda keje kontrak xnak...baik jd bohsia... jd mat rempit.. peragot.. perogol.. isap dadah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:21 PM | Show all posts
Ingatkan sapa lah yg kaya sgt hantar duit smpai rm5 bilion.


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat?....
Nak dengki duit penat lelah depa pulak ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 02:02 PM | Show all posts
noor2 posted on 22-12-2014 01:27 PM
Awat?....
Nak dengki duit penat lelah depa pulak ke?

yes...munturi da terdesak...mesia tarak duit...dengki dengan orang yang penat bekerja..harapkan mat2 pet malaysia, penuh di pusat serenti dan penjara sajaa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:24 PM | Show all posts
Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib ...ini crita dari zamang Madey.....asik crita bondo yang lamo....bukang duit hantar pulang ajo ..barang subsidi rakyat pooong meke enjoy.....apo tindakan susulan....Datuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 03:32 PM | Show all posts
Sebab rakyat sendiri tak mahu kerja tu nak buat macam mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053817 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list