CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8924|Reply: 41

kalau kat negara malaysia pulak, pantai mana yang korang rasa seram?

[Copy link]
Post time 22-12-2014 01:13 PM | Show all posts |Read mode
SERAM!! 4 Pantai Yang Paling Menyeramkan Di Dunia..
Pantai adalah salah satu lokasi yang paling popular untuk keluarga beriadah selain daripada sungai dan berbagai lagi taman tema air. Namun tidak semua pantai boleh menimbulkan kegembiraan kepada tetamunya kerana ada pantai yang mempunyai suasana yang menyeramkan.

Pantai-pantai ini dikatakan paling berhantu, walaupun keindahan pantai-pantai ini tidak kurang menakjubkan berbanding pantai-pantai yang lain. Namun suasana seram dan banyak kejadian aneh di pantai inilah yang membuatkan orang ramai takut untuk mengunjunginya. Lihat 4 pantai yang paling menyeramkan.


1. Pantai Kaupoa, Hawaii..



Pantai ini dahulunya sebuah lokasi yang popular kepada para pengunjung namun ianya sekarang menjadi tidak terurus dan dikhabarkan berhantu. Pantai ini seringkali terjadi kejadian-kejadian aneh dimana para pengunjung sering terdengar suara-suara kanak-kanak yang menyeramkan.


2. Pantai Dumas, India



Pantai Dumas ini merupakan pantai yang menyeramkan dan terletak 21 KM dari Kota Surat, Gujarat India. Pantai ini menjadi salah satu tempat kremasi mayat sehingga menimbulkan banyak kejadian aneh dan menyeramkan di pantai ini. Ramai pengunjung yang mendengar bisikan-bisikan menyeramkan ketika berjalan di pantai ini.


3. Pantai Changi, Singapura.



Pantai Changi ini merupakan salah satu lokasi popular keluarga tempatan beriadah di Singapura. Disebalik suasana yang menyamankan pantai ini pernah menjadi sejarah yang menyeramkan. Pantai Changi pernah menjadi lokasi pembunuhan askar Jepun semasa perang dunia kedua iaitu semasa Sook Ching Massacre. Ribuan orang Cina yang anti askar Jepun dibunuh dan diseksa oleh askar Jepun. Pantai ini pernah dikatakan lokasi yang paling menyeramkan di asia. Sehingga sekarang ramai pengunjung mengatakan terdengar suara-suara jeritan yang misteri.


4. Pantai Moss, California



Pantai Moss terletak di California USA dikatakan antara lokasi yang menyeramkan dengan banyaknya berlaku kejadian aneh dan penampakan lembaga wanita. Ada pengunjung yang menyatakan seringkali diceritakan penampakan wanita berpakaian biru di lokasi tersebut. Menurut cerita tempatan, semasa tahun 1930-an, seorang surirumah yang cantik yang suka berpakaian warna biru menjalinkan hubungan sulit dengan pemain piano dan sering berjumpa secra rahsia di pantai. Apabila suaminya mendapat tahu, dia telah dibunuh di pantai dan rohnya berkeliaran dan menjadi tidak tenteram.

sumber:www.ejeninfo.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:24 PM | Show all posts
malaysia kat pantai morib kot....ramai sgt pendatang haram lemas kat area tu tahun 90an
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:52 PM | Show all posts
btui tu @Dark_Vampire , bukan tu saja, kat Morib kan tempat kaum tu buang abu mayat lepas di bakaq ..mama penah tengok ritual depa....mmg menyesai sebab lepas tu demam 2 hari!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:57 PM | Show all posts
Bukan pantai Morib tu ramai orang dok pi berkelah lepak-lepak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:12 PM | Show all posts
mamaezah posted on 22-12-2014 02:52 PM
btui tu @Dark_Vampire , bukan tu saja, kat Morib kan tempat kaum tu buang abu mayat lepas di bakaq . ...

ish! ye ke?
nampaknya takkan gi sana dah pasni
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:15 PM | Show all posts
Paling seram kat Malaysia Pantai Dalam.
Ada loji najis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 03:36 PM | Show all posts
mamaezah posted on 22-12-2014 02:52 PM
btui tu @Dark_Vampire , bukan tu saja, kat Morib kan tempat kaum tu buang abu mayat lepas di bakaq . ...

morib tu mmg x sesuai mandi2...kotor dh air die...juz berkelah boleh lah.....tahun 90 pernah skali air die jernih gile smp boleh
nmpak pasir ..tup2 after 1 week ade pendatang haram lemas .... kat area tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:38 PM | Show all posts
Tempat buang abu mayat jauh dari pantai morib. Dia ada tempat khas.

Cuma kadang-kadang, abu yang dibawa tu ada yang terlepas ke tempat orang mandi2. Saya pun pernah terjumpa kain sari area mandi2 tu. Seriau jugaklah.

Yang tempat pendatang lemas tu pun bukan area mandi2 gak. Selalunya diaorg carik port yang banyak pokok bakau. Itu yang saya dengarlah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 05:21 PM | Show all posts
sy mmg ada personal experience dgn pantai changi nih...  kami beramai ramai gi sana - dulu kat spore boleh naik lori - ikut pakcik menjala ikan kat pesisir pantai tu... kami kuar pas isya' - yg lelaki seme ikut pakcik gi menjala - yg pompuan dan 2/3 saudara lelaki lepak je tepi pantai - termasuk la suami sy & cousin sy sbb bini memasing tgh preggy.  Dah dkt midnite tu mak soh kami balik dulu - tp xlama pas kami sampai umah, diaorg pun sampai gak umah.  Dah sambung borak sket sket, memasing seme terbaring la mana yg sempat kat hall tu - kami yg preggy nih 2 couple tido kat dlm bilik.  baru je nak terlayang lelap tetiba dgr nenek saudara sy menjerit jerit.  bingkas bangun seme, tup tup dah berjangkit lak kat makcik yg dok sblah nenek nih.  kami yg lain seme ke tepi - sy menyorok belakang mak - yg guys seme cuba tenangkan nenek & makcik nih.. makcik sy (tuanrumah) terus bagi segala quran yassin baca reramai.
masa tengah kelam kelibut tu, saya yg menyorok belakang mak saya terpandang kat balkoni depan tu... mmg jelas nampak makhluk besar yg penuh dgn lumut hijau menyangkong kat situ dgn mata merah tengok kami semua.  pas seme dah reda, dah dkat subuh - terus memasing ambil wuduk solat jemaah terus.  tapi lepas tu, seme yg nak mandi semenya berteman sbb mmg terasa ada yg menenggek kat dalam bilik air tuh.  selang a few months, makcik sy (tuanrumah) tak tahan sebab masih ada jer gangguan kat umah tuh - langsung jual je umah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 05:24 PM | Show all posts
pengalaman sy kat morib - bukan la kat pantai tuh tapi kat resthouse kat pantai morib tu.  kami check in dah lewat sbb pi makan dinner luar dulu bagai.  so ms check in tu xde masalah apa pun.  then tetengah malam bleh dengar riuh rendah kat luar - bilik sebelah menyebelah - cam ada party la.  kami pun xambil kesah sebab ingatkan ada group besar nak celebrate new year kat situ.  
then sok pagi, pas breakfast tu tanya la kat receptionist tu - wahh smlm penuh eh?  ada group celebrate new year ke apa?  riuh rendah betul... dak receptionist tu dgn muka terpucat jap... errrr mlm td auntie anak beranak je stay sini.. kami pun balik pas kul 11 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:03 PM | Show all posts
Pantai Dalam kdg menyeramkan juga di waktu malam hehehehe kut2 ada langsiur merayap ke kaki dadah ke... kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:42 PM | Show all posts
k_a_a posted on 22-12-2014 09:03 PM
Pantai Dalam kdg menyeramkan juga di waktu malam hehehehe kut2 ada langsiur merayap ke kaki dadah ke ...

emmm pantai dalam....kat situlah mama kena kaw kaw dgn makcik tuan rumah yg mama menyewa....siap gigit lebam kaki mama! cer tengok benang mama tajuk perkenalan di stesen bas...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:47 PM | Show all posts
mamaezah posted on 23-12-2014 01:42 PM
emmm pantai dalam....kat situlah mama kena kaw kaw dgn makcik tuan rumah yg mama menyewa....siap g ...

Ingat baca benang mama dulu.. amat menarik :-)
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:54 PM | Show all posts
eh tak tahu pun pasal changi tu... ada gak lepak2 situ...idok le sampai maghrib
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:55 PM | Show all posts
cantik betul pantai changi tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 08:51 PM | Show all posts
pantai changi tu pernah pergi tpi tktaulak sejarah nye camtu skali....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pantai lembah bidong,setiu trg

cantik view tp kt situ pernah ade kejadian bunuh diri dlm telaga...view dpt tgk pulau redang dan perhentian
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:17 AM | Show all posts
adnil posted on 22-12-2014 05:21 PM
sy mmg ada personal experience dgn pantai changi nih...  kami beramai ramai gi sana - dulu kat spore ...

rumah makcik ko tu kat pantai changi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:18 AM | Show all posts
azrain98 posted on 23-12-2014 08:51 PM
pantai changi tu pernah pergi tpi tktaulak sejarah nye camtu skali....

aku tak pnh gi pantai tu, baru hari ni tau sejarahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:51 PM | Show all posts
iznanaziz posted on 24-12-2014 11:17 AM
rumah makcik ko tu kat pantai changi ke?

xlah.. area tu xde perumahan sgt sbb dkt dgn airport... umah makcik aku kat bedok, tapi benda tu ikut balik naik lori sekali...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.456105 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list