CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4630|Reply: 14

[CARI 2014 K Drama Awards] Tahukah anda calon-calon yang bakal menduduki top 5?

[Copy link]
Post time 22-12-2014 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda calon-calon yang bakal menduduki top 5CARI 2014 K Drama Awards?
by dauswq
Editor: ichi


Tidak lama lagi tahun 2014 akan melabuhkan tirainya. CARI 2014 K Drama Awards pula akan menyusul selepas itu. Bagi peminat k drama dan pengikut anugerah tahunan, semestinya calon-calon yang bakal menghiasi top 5 bagi kategori-kategori tertentu sedikit sebanyak agak mendebarkan kerana pemilihan calon-calon ini adalah hasil daripada garapan review-review yang ditulis oleh forumer bermula pada awal tahun 2014. Lebih kurang 50 review telah dihantar setakat ini dan penganjur masih lagi menerima penghantaran review sehingga 1/1/2015 ini.


My Love From Stars antara bakal calon “Drama of Year” yang dijangka penulis pada tahun ini. Kim Soo Hyun , Jun Ji Hyun dan Shin Sung Rok masing-masing diramalkan oleh penulis dalam kategori Best Actor, Best Actress dan Best Supporting Actor.

Berdasarkan pemerhatian semasa, izinkan penulis meramalkan calon-calon yang bakal menduduki top 5. Kategori “Drama of The Year” sememangnya ditunggu-tunggu apakah drama yang akan mengisi slot top 5 pada tahun ini. My Loves from The Star, satu-satunya drama weekdays yang mencapai rating 20% ke atas pada tahun ini seolah-olah bakal terkunci dalam top 5. Keviralan drama ini dapat dilihat daripada lima thread yang dibuka forumer CARI menunjukkan drama ini sangat menjadi tarikan dan ikutan. Namun, apakah review-review ditulis mereka dapat memberikan jaminan kepada drama ini untuk tercalon pada award tahun ini? “My Loves from The Star” baru sahaja memenangi “Best Drama” dalam 2014 Korean Drama Awards mengisahkan hubungan cinta yang terjalin antara alien dengan manusia.

Selain itu, “Secret Love Affair” juga tidak kurang juga bakal memberi saingan sengit. Drama ini tidak begitu popular di forum CARI tetapi tercalon dalam beberapa anugerah penting seperti 50th Paeksang Arts Awards dan 2014 Korean Drama Awards. “Secret Love Affair” menggariskan tema kecurangan yang digambarkan melalui muzikal.

Tiga lagi drama yang bakal menduduki top 5 adalah Bad Guys, It’s Okay That’s Love dan  Misaeng. Ketiga-tiga drama ni sememangnya mempunyai tarikan tersendiri. Bad Guys dikritik sebagai drama yang menjulang nilai-nilai positif daripada pemilihan penjahat-penjahat yang telah dihukum penjara untuk diterapkan ke dalam pasukan polis rahsia. Dibantu dengan teknik pengarahan yang mantap dan sinemotografi yang mengujakan, drama ini ditunggu-tunggu untuk merebut calon top 5. It’s Okay That’s Love pula berkemungkinan besar dicalonkan kerana penulisnya pernah memenangi Daesang dan Best Screenplay beberapa kali sebelum ini. Idea  It’s It’s Okay That’s Love dikatakan agak “fresh” berbanding beberapa drama ditulis sebelum ini kerana mengetengahkan stigma sosial masyarakat   terhadap golongan berpenyakit mental. Tidak lupa juga Misaeng yang mengisahkan tentang dilemma dialami ‘intern’ kerana cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana bekerja dalam sebuah syarikat koporat. Misaeng juga antara drama mencapai rating tertinggi pada tahun ini walapun hanya ditayangkan dalam cenel kabel.  


Kang Sora, pelakon wanita muda yang versatil masa kini diramalkan oleh penulis merebut dua kategori penting masing-masing menerusi Best Actress (“Misaeng”) dan Best Supporting Actress (“Doctor Stranger”).

Penulis tinggalkan kategori “Best Screenplay” dan “Best Director” untuk penilaian anda dan fokus pula kepada calon-calon acting. Kategori “Best Actor” tahun ini agak kompetitif berbanding tahun lepas. Umum disedari bahawa Kim Soo Hyun (“My Loves from The Star”) dan  Jo In Sung (“It’s Okay That’s Love”) bakal menduduki calon top 5. Kim Soo Hyun dan Jo In Sung masing-masing memenangi Daesang pada  3rd APAN Drama Awards dan 2014 Korean Drama Awards. Mereka  ini memang diperakui kehebatan lakonan masing-masing dalam kedua-dua drama tersebut. Shin Ha Kyung menerusi drama Mr.Baek juga bakal memberikan saingan sengit hasil daripada lakonan komedi stand-up dan bersahaja. Tidak lupa juga Yoo Ah In (“Secret Love Affair)” yang tercalon beberapa award penting dan Kim Sang Joong (“Bad Guys”) yang hebat menerusi garapan sebagai ketua pasukan polis rahsia. Lain-lain calon yang dipertimbangkan adalah Joo Sang Wook (“Cunning Single Lady”)  dan Cho Seung Woo (“God Gift 14 Days”).  Kategori “Best Actress” pula dijangka bakal terkunci dengan salah satu calonnya ialah pemenang Daesang My Love From Stars, Jun Ji Jyun. Go Ah Ra (“You Are All Surrounded”) , Choi So Young (“My Spring Days”), Kang So Ra (“Misaeng”) dan Shim Eum Kyung (“Naeil Cantabile”) bakal mencuri empat lagi spot. Kim Hee Ae (“Secret Love Affair”), pelakon veteran, juga kemungkinan akan terselit kerana beliau baru sahaja memenangi “Best Actress” dalam 3rd APAN Drama Awards. Lain-lain calon seperti Lee Bo Young (“God Gift 14 Days”) dan Gong Hyo Jin (“It’s Okay That’s Love”) pun tidak kurang hebatnya bakal mencetuskan kejutan.


Jo In Sung (“It’s Okay That’s Love”) diramalkan akan terkunci dalam calon top 5 berdasarkan lakonan beliau sebagai pesakit mental yang dikritik positif sehingga beliau menjulang anugerah Daesang baru-baru ini.

Untuk kategori supporting pula, “Best Supporting Actor” bakal didominasi oleh pelakon Shin Sung Rok samada menerusi drama “My Love From Stars” mahupun “Liar Game”. Lee Pil Mo (“Emergency Couple”), Cha Seung Won (“You Are All Surrounded”) , dan Daniel Choi (“Big Man”) berkemungkinan besar akan mengisi slot tersebut. Tidak lupa juga Lee Kwang Soo (“It’s Okay That’s Love”) yang baru memenangi Best Supporting Actor dalam 2014 Korean Drama Awards dan Lee Ji Hoon (“Secret Door”) yang hebat menerusi lakonan putera raja. Calon “Best Supporting Actress” kali ini kemungkinan bakal dikuasai pelakon-pelakon muda. Park Ha Sun menerusi “Temptation” kemungkinan akan terselit dalm calon top 5. Selain itu, Kang So Ra (“Doctor Stranger”),  Min Do Hee (“Naeil Cantabile”) , Kim Yoo Bin (“God Gift 14 Days”) dan Kim Hye Un (“Secret Love Affair”) antara calon-calon yang disebut-sebut bakal duduki top 5 kategori “Best Supporting Actress”.  Kang So Ra (“Doctor Stranger”) baru sahaja meraih Best Supporting Actress dalam 2014 Korean Drama Awards manakala Kim Hye Un (“Secret Love Affair”) memenangi anugerah sama dalam  3rd APAN Drama Awards. Kang So Ra akan mencatatkan sejarah dalam penganjuran CARI K drama Awards sekiranya tercalon untuk kedua-dua Best Actress (“Misaeng”) dan Best Supporting Actress (“Doctor Stranger”) kerana menjadi satu-satunya pelakon yang berjaya berbuat demikian.

Selesai penulis mengemukakan calon ramalan, anda pula bagaimana? Apakah calon-calon anda ramalkan bakal duduki top 5? Apapun, penilaian calon top 5 di atas ditentukan oleh anda sebagai forumer CARI  menerusi review-review yang ditulis. Jangan lupa untuk menghantar review sebelum 1/1/2015 kecuali Misaeng, Valid Love, Modern Farmer dan Mr. Baek iaitu sehingga 5/1/2015. Cara untuk menghantar telah dijelaskan dalam kotak berwarna biru dalam setiap thread drama. Review yang banyak menjamin peluang yang lebih besar untuk CARI 2014 K Drama Awards. Anda yang tentukan calon berhak menduduki top 5 tersebut samaada pencalonan sama seperti di atas atau sebaliknya! Pencalonan kategori popular juga masih dibuka lagi empat hari sehingga 25/12/2014.

(Disclaimer: Penulis belum menonton drama Doctor Stranger, Misaeng, It’s Okay That’s Love tetapi diramalkan berdasarkan kupasan-kupasan positif oleh peminat k drama dan anugerah-anugerah penting k drama dimenangi sebelum ni. Ramalan penulis tiada kaitan dengan results top 5 CARI 2014 K Drama Awards kerana results diuruskan auditor-auditor yang mengira markah berdasarkan review-review yang anda hantar.)


Link Pencalonan Kategori Popular (TUTUP 25/12/2014, 4 HARI LAGI): http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=841473&extra=page%3D1






@isabel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2014 02:35 PM | Show all posts
Calon ramalan penulis:
Drama of The Year
My Loves from The Star
Secret Love Affair
Bad Guys
It’s Okay That’s Love
Misaeng

Next Contenders/Top-tier:
Emergency Couple
Mr. Baek
You Are All Surrounded
My Spring Days of Life

Best Actor

Kim Soo Hyun (“My Loves from The Star”)
Jo In Sung (“It’s Okay That’s Love”)
Yoo Ah In (“Secret Love Affair")
Shin Ha Kyun ("Mr.Baek")
Kim Sang Joong (“Bad Guys”)


Next Contenders/Top-tier:
Joo Sang Wook (“Cunning Single Lady”)
Cho Seung Woo (“God Gift 14 Days”)
Kam Woo Sung ("My Spring Days of Life")
Lee Seung Gi ("You Are All Surrounded")
Moon Jo Won (“Naeil Cantabile”)

Best Actress

Jun Ji Jyun/Giana Jun (“My Loves from The Star”)
Go Ah Ra (“You Are All Surrounded”)
Choi So Young (“My Spring Days”)
Kang So Ra (“Misaeng”)
Shim Eum Kyung (“Naeil Cantabile”)


Next Contenders/Top-tier:
Kim Hee Ae (“Secret Love Affair”)
Lee Bo Young (“God Gift 14 Days”)
Gong Hyo Jin (“It’s Okay That’s Love”)


Best Supporting Actor
Shin Sung Rok (“My Love From Stars”)
Lee Pil Mo (“Emergency Couple”)
Cha Seung Won (“You Are All Surrounded”)
Daniel Choi (“Big Man”)
Lee Kwang Soo (“It’s Okay That’s Love”)

Next Contenders/Top-tier:
Shin Sung Rok (“Liar Game”)
Lee Ji Hoon (“Secret Door”)

Best Supporting Actress
Park Ha Sun (“Temptation”)
Kang So Ra (“Doctor Stranger”)
Min Do Hee (“Naeil Cantabile”)
Kim Yoo Bin (“God Gift 14 Days”)
Kim Hye Un (“Secret Love Affair”)


Next Contenders/Top-tier:
Cha Hwa Yun (“It’s Okay That’s Love”)
Yoo In Na (“My Loves from The Star”)



Last edited by dauswq on 22-12-2014 02:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 04:10 PM | Show all posts
Dauswq....pertanyaan...kalu nk calonkan...pegi ke link di atas dan calonkan aje kan....

hrp2 aku ada masa nk buat pencalonan....

c
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 04:23 PM | Show all posts
melia_star posted on 22-12-2014 04:10 PM
Dauswq....pertanyaan...kalu nk calonkan...pegi ke link di atas dan calonkan aje kan....

hrp2 aku  ...

yup link tersebut utk pencalonan kategori popular..cthnya, mcm couple of the year, popular actor dsbnya
just copy paste cth saya tepek kt muka depan thread tu, kemudian edit letak calon pilihan sendiri..

utk kategori terbaik pula,
melia hanya perlu hantar review.. cari kotak warna biru (lihat poster kt ats ni), klik cara ke-2 utk lebih mudah, kemudian isi review mcm isi borang survey...5 minit jek dh siap..
utk drama di bawah, kita belum ade cukup review utk pencalonan kategori terbaik, jd digalakkan utk menghantar review:

misaeng
bad guys
full sun
marriage not dating
mermaid love
dll




Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 04:45 PM | Show all posts
i x byk tgk drama korea this year....adalah bbrp drama tyg kt HyppTV...kt astro mmg x tgk langsung....so, i akan review yg the best la pd i yer...

gitu ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 04:46 PM | Show all posts
melia_star posted on 22-12-2014 04:45 PM
i x byk tgk drama korea this year....adalah bbrp drama tyg kt HyppTV...kt astro mmg x tgk langsung.. ...

boleh silakan
yg mana uols mampu buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 09:23 PM | Show all posts
kalau tak nk calon, nak vote jea boleh??

tak kenal la korea2 nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cowey posted on 22-12-2014 09:23 PM
kalau tak nk calon, nak vote jea boleh??

tak kenal la korea2 nie..

Boleh jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 09:29 PM | Show all posts
dauswq posted on 22-12-2014 09:27 PM
Boleh jek...

then vote kat link ats tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cowey posted on 22-12-2014 09:29 PM
then vote kat link ats tu??

Nnt, slps calon 5 dh ade..vote di situ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 08:55 PM | Show all posts
tahun ni tak sempat nk tgk drama korea huhu...moon chae won pun takde drama baru...tunguu movie dia jer... cam promising gak critanyer hihi...drama yang aku smpt tgk smpai habis and aku sgt layan tahun ni fated to love you je hihihi...tak calon ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 08:58 PM | Show all posts
julihan posted on 23-12-2014 08:55 PM
tahun ni tak sempat nk tgk drama korea huhu...moon chae won pun takde drama baru...tunguu movie dia  ...

drama fated to love you tu leh calonkan kategori popular kt sini -->http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=841473&extra=page%3D1
kalau rajin leh buat review sekali , cari kotak biru di thread drama tu, pastu submit review...

kt ats ni, just my prediction jek


filem MCW terbaru tu ade kt bod wayang
jemput2 lah memeriahkan --> http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=820353
tayangannya 15/1/2015 ni
Last edited by dauswq on 23-12-2014 09:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 12:21 PM | Show all posts
Pinocchio tak de ek.. huaaa best giler cite tu..
tapi masih on going kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 12:25 PM | Show all posts
MssHarry89 posted on 24-12-2014 12:21 PM
Pinocchio tak de ek.. huaaa best giler cite tu..
tapi masih on going kan..

pinochio akn dinilai thn depan sbb tayangan tamat slps 1 Jan 2015...


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 12:31 PM | Show all posts
hurmmm takpe tunggu taun depan la pulak thihihi

Kenchana Saranghae pun best jugakk.. sedihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069915 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list