CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39725|Reply: 246

mertua vs menantu .....Bapa Kecam Majlis Kahwin Yaya Maembong & Wan Raja

[Copy link]
Post time 22-12-2014 02:37 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Bapa kepada Yaya Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong mengecam majlis pernikahan anaknya itu dengan pelakon Wan Raja kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa.

Ismail, 66, berkata, pasangan berkenaan mengadakan perkahwinan dengan cara membazir termasuklah menguruskan majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya sedangkan perbuatan itu adalah bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam.

"Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan," katanya meluahkan perasaan panjang lebar dalam Facebook miliknya pada Isnin.



Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38,  dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember lalu dengan sekali lafaz.
Pasangan berkenaan kemudiannya mengadakan majlis resepsi persandingan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini dua hari kemudian.

Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.

Selain Yaya berkahwin dengan artis, Shikin terlebih dahulu mengikut jejak berkenaan selepas bernikah dengan Chef Riz iaiatu anak kepada Datuk Chef Wan pada 5 Disember 2014.

Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.

Malah lebih mendukacitakan apabila Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan selepas berumah tangga.

Kata ismail, tiga beradik itu ialah Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad.

"Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat," luahnya.
Ismail turut mendedahkan ketika majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Redhuan, dia sekali lagi terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan tersebut.

Malah dia terpaksa menghabibskan masa seharian di rumah kerana menunggu jika ada mana-mana individu yang ingin membawanya meghadiri majlis akad nikah itu.

"Pada hari majlis tersebut saya seharian menunggu di rumah kerana tiada siapa yang datang untuk membawa saya, malah saya sendiri tidak tahu lokasi pernikahan itu. Seorang kawan telah membawa saya pada pukul 5.30 petang, namun saya sekali lagi marah apabila majlis itu tidak diadakan mengikut permintaan saya.

"Saya sudah beritahu bahawa buat secara kecil-kecilan sahaja dan jangan jemput media. Kalau ada yang ingin menaja sekalipun sedekah sahaja pada fakir lebih banyak pahala," ujarnya.

Ismail menambah, dia tidak pernah memberi apa-apa syarat terhadap pilihan anak-anaknya, malah dia hanya meminta majlis dibuat secara sederhana sahaja.

Perkara tersebut turut diingatkan kepada tiga orang anaknya yang masih belum berkahwin agar tidak melakukan tindakan sedemikian.

"Saya sudah berpesan kepada rombongan merisik iaitu tiada hantaran, pilihan anak tidak pernah saya tentang, buat yang wajib sahaja dan kalau perlu bersanding hanya melakukannya secara sederhana sahaja," ujarnya.

Keluarga Wan Raja Terkejut Tindakan Ismail Embong

Semantara itu, pelakon Wan Raja yang dihubungi mStar Online pada Isnin bagi mengulas kejadian berkenaan berkata, keluarganya agak terkejut dengan tindakan Ismail Embong ketika majlis pernikahan dia dan Yaya berlangsung.

Wan Raja berkata, tindakan bapa mertua itu juga dianggap tidak adil kepadanya sebagai orang baharu yang masuk dalam keluarga tersebut.

"Saya mengaku pada majlis akad nikah saya, ada insiden yang kurang menyenangkan dengan cara bapa mertua saya dan saya malu dengan keluarga saya yang datang jauh dari Pulau Pinang untuk meraikan hari bahagia saya dan Yaya.

"Bagi saya tindakan ayah mertua saya itu tidak adil kepada saya kerana meninggikan suara di hadapan orang ramai termasuk tidak membenarkan media membuat liputan sebelum majlis akad nikah berlangsung. Secara jujur kejadian itu menganggu fokus saya untuk upacara akad nikah," ujarnya.

[size=0.75em]Tambah Wan Raja, punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian apabila tiada siapa yang mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.


Jelasnya, kesemua anak-anaknya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

"Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlia akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.

"Saya tahu ia mungkin salah kami juga," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.

Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.

"Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.

"Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun," katanya.

Selain itu dia turut menafikan kenyataan Ismail yang menuduh Yaya menghalau adik-beradiknya keluar dari rumah tersebut.

Katanya, keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.

"Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:41 PM | Show all posts
Takkan la bapak the maembongs ni attention seeker lak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:41 PM | Show all posts
cer tempek gambar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:42 PM | Show all posts
ayork........mana satu yg betol nie
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:42 PM | Show all posts
memikirkan anak2 maembong yg sekolah x sekolah home skooling la apa nama, susah aku nk terima dia sbg bapak yg amek berat anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:44 PM | Show all posts
adik beradik maembong ni bukan betul sgt pun..
bapak dia tu mmg macam tu..aahh malas lah nk kabor
pendek kata bapak diorang tu sebenarnya tak berapa betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik jugak bila si laki yaya ni kata, adik bradik sibuk sgt smpai lupa kt ayah masa ari perkahwinan. Bkn dorg rmai adik badik ke? Cmne leh lupa pada ayah yg satu ni?? Siannya pacik ismail embong ni.. dulu kemain lagi si ema salu sgt la dok upload video peluk2 ayoh n kiss pipi ayoh die tu. Ingatkan bonding sgt le. Tp buat kat ayah die camni pulak.. sian ayah die..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:45 PM | Show all posts
awat masa shikin kawen dulu bpk dia x kisah...hurmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:46 PM | Show all posts
pulaaakkkkk
siap lah kao zizang oiii bakal bapak metua ko jenis cepat sentap
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:46 PM | Show all posts
apakah? uncle y so mad?

tp betol, masa kawen shikin n chef riz tu dalam ig chef wan pon ada mentioned mmg pokcik ni ada minta untuk buat semuanya secara sederhana..

uhuu..

btw, apa fb pokcik?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:48 PM | Show all posts
Ehh rasa haritu masa syikin maembong ada jugak kan majlis berinai? Tp pak mail xkata apa pn. Hmmmm2
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:50 PM | Show all posts
ni sbb dia kecik ati x jemput dia ms akad nikah tu....
so guna wali hakim ke...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:50 PM | Show all posts
kaklehot posted on 22-12-2014 02:45 PM
awat masa shikin kawen dulu bpk dia x kisah...hurmmm

sebab kot time tu takde tajaan..
kan chef wan pun ada kata yg menantu dia tu
minta tak d besarkan majlis. cukup sedara mara je..
chef riz pun nak buat simple..

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:51 PM | Show all posts
yg muskil tu.. sapa plak yg wali kan Yaya Maembong nie masa nikah.. ??
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:54 PM | Show all posts
kotye pun pakcik, x payah lah citer hal keluarga kt media
banyak hati yg perlu dijage
anak tu baru kawen, dgn citer sebegini cemaner nk mengadap mertua die

anak ramai, takkan semua terlupa nk bawak ayah
mase akad nikah pulak tu
haishhh.....pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:55 PM | Show all posts
sedihnya luahan seorang bapa..
walaupun apa yg terjadi..perkara sudah lepas..
jadikan pengajaran...seorang bapa ada hak ke atas anak2nya..
seorang menantu kena pandai cari solution nak jernihkn suasana..

hormati lah dia..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:56 PM | Show all posts
seramai gini tak leh nak amik berat bapak sorang? pandai mengedik aje ke?

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:56 PM | Show all posts
anak2 ramai sorang pun xjemput ayah?? so sad!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes adik aku dl nak nikah gan org trgn... Bapak si perempuan ckp x pyh brg hantaran.. Duit hantaran semua tu buat simple2 je.. Mak aku lak nak berbarang2 hantaran gan duit hantaran.. Mmg mengamuk sakan bapaksi perempuan tu.. Katanya dah memalukan dia coz family dia nikah x perlukan semua ni.. Hanya mas kawin nikah.. Duit tuk makan kenduri dia sponser sepenuhnya.. Patutnya ikut kan je la dah itu permintaan terakhir dr bapak nak lepaskan anak.. Adat org kita x tau n kehendak family kan..mmg sampai Mak saudara bini adik aku siap sound2 bagai semua..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:59 PM | Show all posts
sape yg berckp benar ni?jengjengjeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.077455 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list