CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5356|Reply: 18

Maksud Riak Yang Orang Selalu Salah Faham

[Copy link]
Post time 22-12-2014 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Maksud Riak Yang Orang Selalu Salah Faham




Riak ikan di air. Benda yang biasalah kita dengar hari-hari . Apa maksud riak ni sebenarnya? Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk-nunjuk di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:

“Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk- nunjuk. Riak!”

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu manusia lain.

Riak adalah sifat yang berlawanan dengan ikhlas. Bila ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka riak bermaksud sebaliknya iaitu melakukan sesuatu bukan kerana-Nya.

Contoh perbuatan riak ialah:

1. Solat dengan begitu kusyuk sekali supaya orang yang melihat akan berasa “Wow, kusyuknya dia ni solat, mesti alim ni”
2. Bersedekah dengan banyak supaya orang kata “Wow, pemurahnya dia!”
3. Mengaji dengan suara merdu dan tajwid yang betul supaya orang kata “Wow, hebatnya dia mengaji!”

Amat sukar nak ikhlas kan?

Namun, terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya…

1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk-nunjuk.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.

Perbuatan di atas tu, boleh jadi tidak riak, bila kita ikhlas. Ikhlas adalah bila…

1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ALLAH MARAH bila kita merasa ujub bila derma lebih dari orang lain.
2. Kita sering solat sunat (shuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab ALLAH KATA wajib muliakan tetamu, solat dhuha tu sunat je.
3. Kita cerita je lah dengan niat semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan yang mendengarnya. Baik ke buruk semua pembalasan dari Allah.

Riak ni sangat tersembunyi. Sebab ia kan satu spesis dengan ikhlas, cuma berlainan arah. Ikhlas adalah perbuatan yang sulit (waduh, kok cakap Indon) untuk dilihat dengan mata kasar, sukar untuk dikesan. Begitu juga dengan riak. Kerana ia melibatkan hati. Kita mana boleh nak tahu hati sesiapa, sedangkan Nabi pun tak tahu. Dalam hati sendiri pun sukar nak dikesan “Aku ni ikhlas ke riak?”

Riak juga boleh jadi bila kita melakukan ibadat kerana sesuatu, contohnya kerana nak lulus periksa, maka solatlah kita awal waktu, siap solat sunat, solat hajat, puasa bagai. Sekali periksa tak berapa nak lulus, terus bungkus semua tu. Siap marah2 Tuhan lagi “Aku semayang hajat semua pun Kau tak beri lulus? Ini tidak adil! Malas semayang!”.  Ataupun,periksa dah lulus, so buat apa nak lakukan semua tu lagi kan? Salah ni dik, amal ibadah kita kena ikhlas, bukan sebab nakkan sesuatu. Memangla kita kena ada extra effort kalau mahu something, tapi dia kena ada follow up. Kalau tak dapat, usaha lagi, atau bertaubat, mungkin kafarah dosa. Kalau dapat, bersyukur dan buat la jugak semoga nanti dapat lagi banyak.

Bagi orang kebanyakan seperti saya, riak ni kadangkala disalah faham dengan ujub. Maksud ujub ialah merasakan dirinya lebih dari orang lain. Lebih alim, lebih kaya, lebih pandai, lebih segala-mala la. Dia adik beradik dengan riak, tapi ujub tak semestinya riak, dan riak tak semestinya ujub. Tapi biasanya kalau dah ujub tu mestilah ada riak jugak. Kalau rasa diri alim, mesti la nak tunjuk kealiman kan. Orang mesti pandang aku… paling kuat ibadat, paling pandai mengaji, paling berilmu….

Satu lagi sifat yang ada kaitan dengan riak ialah sum’ah. Sum’ah ialah memperkatakan tentang amal baiknya. Berbeza dengan riak yang meperlihatkan, sum’ah ialah memperdengarkan.

Takbur pula ialah membesar-besarkan diri. Dia jelah yang hebat. Dia jelah yang best. Dia jelah yang ada blog. Eh?

Apa-apa pun semua sifat2 di atas mestilah diperangi, terutama sifat riak, kerana ia adalah sesuatu yang serious. Di akhirat kelak, Allah tidak sudi memandang ibadah mereka yang ada riak, sebaliknya disuruh minta pahala daripada orang-orang yang diriakkan tu. Alangkah ruginya kan? Susah payah solat, sekali Allah tak sudi terima T_T disebabkan kita solat tu sebab nak suruh orang tengok kita macam bagooos.

Susah nak buat kan? Ye lah bukannya kita nampak Allah, dan Dia tu takde nak bercakap2 dengan kita secara direct. Kalau manusia ni, kejap je dapat pujian “Wah baiknya budak ni!”, “Dia ni alim ni” dan kita pun tersenyum2 puas.

Riak adalah sejenis penyakit. Jadi adalah ubatnya.  Apakah ubat riak?

Melakukan sesuatu amal kebaikan kerana suruhan Allah. Bukan kerana pahala, atau pembalasan, atau nak periksa, atau pujian orang atau apa2. Dah Tuhan suruh tu buat aje lah.
Selalu muhasabah diri.. adakah aku ikhlas? Atau nak tunjuk kat orang je?
Selalu berdoa semoga Allah tetapkan iman dan jauhi dari sifat2 riak.
Banyakkan ibadah sunat yang jauh dari pandangan orang.
Sentiasa bertaubat, beristighfar dan menangisi dosa2.
Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan takut kepada azab seksa-Nya.
Hmm.. berhati-hati lah bila kita nak cakap “Aku bukan nak riak” atau “Aku takut riak” adakah kita cakap tu atas dasar riak (sebab nak orang nampak kita baik), atau memang benar-benar ikhlas kerana Allah Taala?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 05:38 PM | Show all posts
Tq for sharing, ustaz pestol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 05:52 PM | Show all posts
ultra78 posted on 22-12-2014 05:38 PM
Tq for sharing, ustaz pestol

sshkan nak lari dari RIAK. sbb kita ini manusia yang lemah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
post gambo kat laman sosial pun leh dtgkn riak
cth post gambo sendiri yg lawa/ensem termasuk ank/bini/suami yg lawa

post gambo harta mende korang
pendek cite apa saja lah yg blh dtgkn kekaguman org
yg buat org puji memuji.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 06:16 PM | Show all posts
Suchi posted on 22-12-2014 06:05 PM
post gambo kat laman sosial pun leh dtgkn riak
cth post gambo sendiri yg lawa/ensem termasuk ank/bi ...

ya ke mcm tu riak
bkn ke kita saja nk share2 dgn kekwn rapat
yg penting niat kot..
kalau bukan niat kita nk menunjuk
just nk sharing
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 06:17 PM | Show all posts
sharing is caring



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni semua masuk kat CI...

Tahniah mod  CI  @perang_sivil @nixar @muntz

Ni menunjukkan bod lain dah suam-suam kuku. Sbb tu sapa yg bukak thread nak letak kat CI..


   Last edited by jazaa on 22-12-2014 06:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
arap lava dpt iktibar dri cite di ataslol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni artikel agama. kongsi kat bod agamalah. -_-
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:17 AM | Show all posts
hakak rasa nak katup fb hakak...tp nanti xtahu pasal kwn2 pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih. Aku dapat ilmu baru hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia tak blh lari dari melakukan kesilapan..ustazah saya pesan, jika perasaan itu hadir cepat2la istighfar..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:08 AM | Show all posts
nak kena cari buku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:17 AM | Show all posts
Suchi posted on 22-12-2014 06:05 PM
post gambo kat laman sosial pun leh dtgkn riak
cth post gambo sendiri yg lawa/ensem termasuk ank/bi ...

kalo post gambar sendiri yg cantik sebab nak promot diri yg single lagi

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:41 PM | Show all posts
susahnya nak lari dari rasa tu.. banyak sangat kelemahan dalam diri. especially bila rasa taknak org tau sebab takot riak tu pun sebenarnya adalah riak.. huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:43 PM | Show all posts
riak tuh bile rase diri bakal masuk syurga.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 12:46 PM | Show all posts
pestol posted on 22-12-2014 05:52 PM
sshkan nak lari dari RIAK. sbb kita ini manusia yang lemah

kalu gambar avatar tayang vulu tiak...kira riak tak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Riak ni diri sendiri jer yg tahu..org mn boleh tahu hati org lain..
So hati2 sblum nk judge org...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 04:07 PM | Show all posts
salam

  • riak .. bangga diri
  • takbur .. cakap besar
  • samaah .. suka d'puji
  • ujub .. hairan pada diri

kotoran dalaman ini berpunca dari kotoran luaran ..
yang mana
  • perbuatan tidak jujur
  • pekerjaan tidak ikhlas

  • hasad dengki
  • iri hati
  • loba
  • tamak


ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ
orang-orang yang berbuat riya’
وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ
dan enggan [menolong dengan] barang berguna

wassalam


p/s ..
riak adalah candu bagi orang yang ada ilmu ..
ikut resmi padi .. selamat .. insyAllah ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.084780 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list