CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14852|Reply: 39

Cara Untuk Minta Kawan Bayar Hutang

[Copy link]
Post time 25-12-2014 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Hai, lama tak jumpa. Sempena cuti satu hari ni, saya nak kongsi pasal tips untuk minta kawan bayar hutang:

Dah hujung tahun ni, mesti kamu nak guna banyak duit kan? Bagi yang telah bergelar ibu bapa, tentu memerlukan belanja yang besar untuk persekolahan anak-anak. Ada kawan berhutang, tapi liat nak bayar hutang. Nak ingatkan mereka untuk bayar, kita pula naik segan.

Kami kongsikan di sini pelbagai cara yang boleh kamu gunakan untuk minta kawan bayar hutang. Gerenti diorang bayar baliklah lepas ni:

1) Minta secara terus-terang melalui akaun sosial

Mungkin sebelum ini, kamu pernah berterus-terang secara lisan meminta kawan kamu membayar hutangnya, tapi dia tetap buat tak tahu saja.Kali ini, apa kata kamu gunakan akaun sosial yang kamu ada untuk berbuat demikian. Kamonlah, semua orang buat begini sekarang. Asal tak puas hati je,settle di status Facebook. Mengapa pula kamu tak boleh? Lagipun, dia yang liat nak bayar hutang.



2) Secara berkias atau berseloroh

Tetapi jika kamu masih punya hati perut, kamu boleh gunakan cara berkias ketika minta kawan kamu bayar hutangnya. Contohnya, kamu boleh berpantun:



Atau menambahkan perkataan LOL atau hehehe mahupun huhuhu ketika meminta dia membayar balik hutangnya.




3) Melalui selfie

Kalau kamu masih tak sampai hati minta kawan kamu bayar hutangnya secara berterus-terang atau guna cara berkias, kamu juga boleh gunakan cara yang kreatif iaitu ambil gambar selfie kamu dengan muka sedih dan buatlah caption menyayat hati seperti berikut:



4) Invite kawan kamu main game Poker di Facebook

Kamu invite kawan kamu main game judi ini di Facebook,sehinggalah beliau naik darah dan melenting. Bila dia melenting, tentulah dia akan kemaskini status Facebooknya lebih kurang berikut:


Jadi kamu bolehlah membuat maklumbalas dengan mengatakan tujuan kamu supaya dia menang semasa main game Poker itu dan duit itu nanti bolehlah dia bayar hutang kamu.


5) Iklankan di suratkhabar atau di laman web
Ini cara paling kejam dan hanya boleh kamu lakukan jika kesemua cara di atas gagal. Jika kawan kamu tetap enggan membayar hutang kamu,kamu iklankan saja mukanya dan masalah liat bayar hutangnya itu di akhbar utama seperti Harian Metro, Berita Harian dan Sinar Harian.




Kalau kamu kekurangan bajet, boleh juga iklankan dilaman-laman popular seperti Satrika atau minta Penmerah viralkan masalah kamu.



Sekian, sekadar hiburan. Ditulis oleh, yours truly - Satrika.MY


Last edited by Geng_Satrika on 25-12-2014 12:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 11:37 AM | Show all posts
muhahaha, camni confirm deorng bayar
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 12:37 PM | Show all posts
Nampak macam kejam je post di laman sosial tapi dah itu cara yang terakhir.
Terpaksa putus kawan sebab hutang
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 01:22 PM | Show all posts
RM30 hutang, satu dunia boleh tau tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:49 PM | Show all posts
Cara no 1 tu paling best.
Takde selindung2.
Esok tak bayar kita up status lagi.Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 04:59 PM | Show all posts
kijamnya kengkorang nimm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2014 06:03 PM | Show all posts
Bayangkan kalau hutang RM3,000 macamana tindakannya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 10:33 AM | Show all posts
senang tak yah bagi hutang...aku tgh tggu sorang mamat kwn aku ni janji lepas 2 bulan nk byr, dari bulan 2 smp skang byk alasan.. jumlah rm150
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 11:19 AM | Show all posts
hahaha good idea tp bikin gado
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 01:27 PM | Show all posts
sephia_rez posted on 26-12-2014 10:33 AM
senang tak yah bagi hutang...aku tgh tggu sorang mamat kwn aku ni janji lepas 2 bulan nk byr, dari b ...

banyak tu, boleh dah isi minyak tiga minggu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 01:50 PM | Show all posts
Geng_Satrika posted on 26-12-2014 01:27 PM
banyak tu, boleh dah isi minyak tiga minggu

itu la... btw, nice site u have
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 01:59 PM | Show all posts
hahaha walaupun mungkin berjaya cara nih,
kijam pulak rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:30 PM | Show all posts
hahahahaha...

true..last2 i ckp kt org yg berhutang kat i tu.. "xpelah u. nti kat padang masyar u cari jelah i"

mls nk pjg cte. hutang dkt 6 tahun x byr. aku ni mcm pengemis mintak blk duit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 05:02 PM | Show all posts
bawangputih05 posted on 26-12-2014 03:30 PM
hahahahaha...

true..last2 i ckp kt org yg berhutang kat i tu.. "xpelah u. nti kat padang masyar u ...

A very very very good trick tak terfikir pulak bole cakap camtu, mesti menusuk jiwa punyalah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:07 PM | Show all posts
Geng_Satrika posted on 26-12-2014 09:02 AM
A very very very good trick  tak terfikir pulak bole cakap camtu, mesti menusuk jiwa punyalah ...

mmg..terus senyap org tu. before this i pkai ayat ni "u mmg tak nak bayar hutang i langsung eh?"

dpt la kutip separuh dr jumlah sebenar..haha..separuh lg tu yg kne padang masyar trus tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 11:38 PM | Show all posts
check in nak tutip tacang..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 11:45 PM | Show all posts
check in nak tutip tacang..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2014 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti putus kawan kalau buat camni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 11:53 AM | Show all posts
tak sampai hati...walaupun teringin nak buat macam ni..
ok kalau nak buat maybe boleh edit kat fb tu kot..
edit supaya dia je boleh nampak post kite.
ahaha boleh ker?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:09 PM | Show all posts
kahkahkah
nasib la kan
pinjam reti..nak bayar tak reti kan

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067191 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list