CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: isaura.

KISAH 'MACAM-MACAM ADA'

[Copy link]
 Author| Post time 29-12-2014 03:29 PM | Show all posts
Edited by isaura. at 29-12-2014 04:12 PM



TUAN KAU DAH SALAH ORANG, SO SILA KELUAR!

Ingat tak kisah yang akak pergi tengok rumah lama, dan kemudiannya ada yang mengikut balik ke rumah baru dan ajak 'ehem-ehem'?  Selepas incident itu perut akak on and off buncit
Mungkin kebetulan.  Perut akak selalu kembung....kadang-kadang macam orang perempuan mengandung 5 bulan, lepas mood buncit ni macam angin pus-pus ikut suka suki dia je.  Kadang-kadang buncitnya macam perempuan sarat mengandung 7-8 bulan!  Macam akak kata, ikut suka suki je...rasa nak kempis, perut kempis...rasa nak buncit, perut buncit sampai sendat-sendat baju dan shirt.

So ini dilemma akak hadapi berbulan-bulan.  Puas jumpa doctor, sampai akak check liver dan segala-galanya.  Risau juga kalau kita kena penyakit.  Bukan pergi kat 1 tempat je, sampai jumpa pakar.  Jawapan yang diberikan akak ni tak ada apa-apa.  Kembung angin je kot kata doktor.  Ibu akak pulak dah bising-bising so kerja akak asyik pergi jumpa doktor je.  Stress tau sebab bila perut macam orang mengandung ni, tegang merening je rasa especially time nak solat sangatlah tak best bila sujud perut cecah lantai.

So perkara ini berlaku on and off dan akak ni pun puaslah makan ubat buang angin dan apa sahaja yang doktor supply untuk buang angin dalam badan (sebab check dari sudut lain doktor tak jumpa).

Satu hari tu akak outstation dengan suami.  So bercadang nak tumpang bermalam rumah anak saudara.  Anak saudara dah tunggu dah dibandar.  So, akak drive kereta bawa isterinya dan anak termasuk anak-anak akak sekali.  Suami akak naik 1 kereta dengan anak buah.  Maka akak pun drive...pecut la jugak sebab konon nak tunjuk kat anak buah dan suami  yang orang perempuan pun terror bawak kereta.

Kawasan rumah anak buah akak ni masih baru lagi (sebenarnya akak dah pergi banyak kali so memang dah tahu jalan nak ke rumahnya).  Akak dah pecut jauh tinggalkan kereta anak buah.  So kitorang ni yang dalam kereta kecoh lah bergossip bagai - riuh rendahlah dalam kereta.  Bila nak hampir ke rumah anak buah ni kami melewati padang kecil dan tiba-tiba mata akak terpandang 1 kepala kusut masai dan ada benda berjurai-jurai sedang menyeberang jalan dan terus ke pokok kecil.  Jarak kami dengan benda tu lebih kurang macam 15 langkah dari kereta (so agak dekat jugak kan?).

Bini anak buah akak ni tak perasan sebab dia sedang asyik berbual sambil pandang akak.  Akak ter'break' mengejut la jugak sekejap.  Lepas tu akak dengan selamba cakap jom baca ayat Qursi.  Serta merta semua terdiam.  Lepas tu ramai-ramai la baca ayat qursi.  No more gelak sakan dah.  Semua muka dah pucat lesi.  Walaupun mereka tak nampak, tapi rasanya mereka tahu akak dah ternampak sesuatu.

Sampai kawasan rumah (masa tu sekitar hampir 1 pagi) kami tak berani keluar dari kereta.  Sanggup tunggu anak buah dan suami sampai dulu - tulah, eksen sangat nak pecut laju-laju kan, padan muka kami sendiri).

Malam tu, akak tak cerita dengan sesiapa pun tetapi telinga akak berdesing sehingga sakit - ada bunyi macam tebuan tetapi  nyaring sangat.  Malam tu juga akak kena tindih.

Esoknya, waktu tengahari tiba-tiba akak rasa baju akak sendat sehingga akak rasa sesak nafas.  Bila tukar shirt, wife anak buah tegur 'kenapa perut macam orang mengandung ni?' .  Akak pun explain la pasal angin.  Dia kata ni bukan angin ni, ni dah macam orang mengandung sarat!.  Bila dia dah tegur macam tu akak pun rasa sangatlah tak best sebab petangnya akak ada meeting..dah tak dapat nak bergaya kalau dah semua baju sendat.

bersambung....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 04:24 PM | Show all posts
salam sis, best cerita ni... walaupun penakut tapi ku gigihkan juga membacanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 04:28 PM | Show all posts
Edited by isaura. at 29-12-2014 04:34 PM

sambungan..

Disebabkan perut akak dah macam orang sarat mengandung dan baju pun dah tak muat (nasib baik muat shirt anak buah lelaki akak), maka akak tak join la meeting.  

So berlepak-lepaklah akak dengan isteri anak buah ni...sambil baring-baring dan berborak-borak tiba-tiba anak buah akak bertanya "Mak Is rasa ada tak dulu mak Is kecilkan hati mana-mana lelaki?". Eh ke situ pulak topik perbualannya. Jadi akak cakap lah tak ada sebab memang akak rasa tak ada pun.  Boyfriend akak pun bukan ramai almaklum kita bukannya cantik sangat pun.

Then dia cakap 'saya nak cerita ni, tapi tak jadilah!'
Kalau korang dengar ayat macam ni, tak ke mengelupur rasanya?  Dah nak cerita, pastu tak jadi pulak! Memang saja je bini anak buah akak ni tau

So akak pun pujuklah...pujuk punya pujuk (sehingga akak sanggup angkat sumpah tak akan tanya anak buah akak sendiri), barulah si bininya berani nak bercerita.

Menurutnya, ustaz yang merawat kami (memang anak buah pun kenal), ada bercerita dengan anak buah yang sihir dihantar ni bukan seorang yang menghantar tetapi beberapa orang yang berbeza atas tujuan yang berbeza.  Salah satunya memang dikhaskan untuk akak!  Tak ke suspens akak mendengarnya?

Sambungnya lagi, menurut ustaz, ada seorang yang nak sesangat dengan akak ni.  Jadi sudah tidak puas hati sebab akak berkahwin dengan suami.  Padanya jika dia tak dapat, seorang pun tak boleh dapat.  

Bila akak dengar cerita ni, akak punya gelak sampai terhencut-hencut perut buncit akak tu - sampai sekarang akak susah nak percaya.  Banyaklah yang kami sembangkan pasal ini tapi akak memang tak rasa pun ada orang yang sanggup buat macam ni sebabnya akak tak ramai boyfriend.  Kalau ia putus pun, bukan akak yang putuskan percintaan - exboyfriend akak yang putuskan percintaan (yelah, akak ni tak lawa dan tak menepati citarasa) so tak mungkin la pulak diorang nak mendajal akak sampai macam ni kan?

Menurut bini anak buah lagi dari apa yang didengarnya dari mulut ustaz itu sendiri ialah yang menghantar ni dah buat dari awal perkahwinan akak.  Macam-macam dia buat supaya kami ni sentiasa bergaduh.  Pernah buat suami akak ni benci dengan akak tapi sebab jodoh kami kuat maka Allah tak izinkan.

Jadi, menurutnya kali ini dia ubah tektik pula.  Cuma masalahnya sihir tu ditujukan pada suami tetapi sebab akakl yang langgar, jadi akak yang kena.  So bini anak buah cakap...akak ni kena busung, tapi sebenarnya ditujukan pada suami.

Serious, akak tak percaya....jadi dalam gelak akak cakap 'Ok, kalau betullah orang tu sayang gila cinta kaseh sangat kat Mak Is, tuan kau dah tersalah orang kan? So sila la keluar dari badan aku ni.  Kata sayang, kalau dah sayang takkanlah nak bagi aku busung macam ni!" - akak cakap ni dalam gelak tau.

Akak tak la terfikir nak ambil stopwatch untuk check berapa lama perut akak kempis sebab akak cakap tu pun main-main dan memang akak tak percaya ada orang nak akak sampai buat macam ni tetapi sebelum senja hari itu,  perut akak kempis balik ....sehinggalah sekarang.  

Mungkin kebetulan kot...Wallahualam.

p/s kadang-kadang buncit jugak bila dah makan tak ingat
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:29 PM | Show all posts
isaura. replied at 29-12-2014 03:09 PM
bab penjaga-penjaga ni yang akak takut sebenarnya.....sebab kita ni ilmu takde, setakat alif ...

betol tu sis..

teroskan bercerita.. adik suka baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 04:36 PM | Show all posts
ayuminnur replied at 29-12-2014 04:24 PM
salam sis, best cerita ni... walaupun penakut tapi ku gigihkan juga membacanya...




tq, cerita ini sememangnya yang berlaku dan ada banyak lagi....memang kalau ikutkan nak buat duit, akak rasa je nak bukukan (boleh gak buat duit dari pengalaman sendiri kan?) tetapi sebab akak sangatlah 'pandai' mengarang...maka ku kensel sahaja niat tu.

cerita di forum aje lah....kasik release semua yang terpendam....gitewwww
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:53 PM | Show all posts
tapi kan..dlm cerita akak ni, mentioned org tu pakai baju belang2
pencuri kan ke pakai baju belang2, nak2 pencuri baru kuar dari penjara
hehehehe
knp esoknya tak cek almari tu? ada tak benda2 lain yg ilang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2014 04:56 PM | Show all posts
Edited by isaura. at 29-12-2014 05:19 PM

PENGALAMAN DI SEBUAH RESORT
Beberapa tahun lepas, kami sekeluarga nak pergi bercuti ke satu resort kegemaran.

Memang semenjak berkahwin sehinggalah anak-anak meningkat usia pun kami sangat suka bercuti di resort tersebut.

Walau bagaimanapun, percutian kali ini akak buat booking melalui agent online supaya dapatlah murah sikit (selalu memang deal direct dengan hotel).

Waktu sampai ke bilik, pintu biliknya memang buruk sangat!  Akak pun rasa pelik kenapa bilik yang kami dapat buruk sangat.  Anak akak yang sulung dah berbunyi pasal pintu bilik buruk.  Suami akak buat tak tahu je, buka pintu.  Selepas bagi salam kami pun masuk.  First sekali akak akan buat bila masuk bilik hotel ialah melihat toiletnya - memang dah jadi kebiasaan.

Bila akak masuk ke bilik airnya, bulu roma akak berdiri-diri tapi akak buat donno je (dalam hati time tu taknaklah fikir bukan-bukan sebab bukan first time datang hotel tu - hampir setiap tahun selama 14 tahun kami bercuti di sana).  Lepas tu anak sulung akak masuk, dan dia keluar dan bising-bising minta ayahnya tukar bilik.  Katanya something not right, bilik ni tak bagus.  Dia tak puas hati sesangat pasal bilik tu.

Kami buat tak tahu pasal complaint anak akak tu...yelah, dia sorang je bising.  Adik-adiknya ok je.  So lepas letak barang-barang kami terus keluar ke bandar sebab nak cuci-cuci mata dan makan-makan, shopping sikit.

Sekitar jam 8pm, kami dah balik ke hotel dan bermulalah....

Malam itu, akak semput.  Ni bukan semput sikit-sikit - asthma attack!  Anak-anak dah tidur, suami pula tengok tv di living room.  Akak dah mencungap-cungap dalam bilik.  Tiba-tiba je kena asthma attack, so akak pun panggillah suami...minta suami tolong do something.  Suami pula call pihak hotel untuk dapatkan khidmat doktor tetapi mereka tak dapat nak penuhi permintaan.  Suami akak dah mula naik angin - nak bawak akak macam tu sahaja, anak-anak semua dah tidur (yelah, tengah malam sangat dah).  

So sebab tak puas hati, suami akak kata dia nak turun bawah...nak cuba dapatkan nombor telefon 24-hour clinic or hospital (time tu tengah panic, mana nak teringat ada yellow pages / phone operator).  Akak berat hati nak bagi suami turun bawah.  Puaslah merayu-rayu jangan keluar bilik.

Sebab?  Pertama akak semput teruk sangat!  Kedua, sebab akak rasa takut satu macam.  So akak taknak berjaga berseorangan.

Suami degil, yelah tengok bini dah menangis-nangis mencungap-cungap dia pun risau dan rimas agaknya jadi dia pergi juga.  Tinggallah akak terkebil-kebil bersandar di dinding sambil melihat sekitar bilik.  Anak-anak semua dengan akak tapi seorangpun tak terbangun - semua letih sangat.

Sebab akak terlalu takut.....akak paksa anak bongsu akak bangun (teruk kan akak ni time tu).  Bila dia bukak mata, akak nampak mata dia merah terbeliak.  Dah akak terkejut pulak (cuba bayangkan orang tengah menangis dan sesak nafas tiba-tiba terkejut macamana rupa).  Sebenarnya anak akak tu terkejut sebab akak bangunkan dia pun tak ada peri kemanusiaan - main kejut je (sebab akak takut sangat).  Lepas tu datang rasa kesian pulak, akak suruh dia tidur semula.

Akak call hubby, dia kata dia tengah nak cari orang kat counter sebab katanya kat area receptionist banyak lampu tutup...macam tak ada orang.  Bila akak dengar macam tu lagilah akak takut sebabnya it is a 5 star resort.  That was not the first time kami ke sana.  Hampir tiap-tiap tahun!  Takkanlah lobby bergelap kot!

bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 05:00 PM | Show all posts
isaura. replied at 25-12-2014 02:19 PM
HANTU RAYA DIIKAT DI LOTENG BUNGALOW

Ni jugak kisah waktu akak usia lebih kurang time nampak hant ...

lps kejadian tu, akak tak tanya pulak dgn ayah akak? pasal king kong tu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 05:08 PM | Show all posts
isaura. replied at 25-12-2014 02:43 PM
KISAH ADIK KENA LAMBUNG-LAMBUNG  OLEH TANGAN-TANGAN HALIMUNAN

Ni kisah akak masa kecik jugak.  Ad ...

msa adik akak kena lambung tu kan...dia nangis tak? atau dia suka2, senyum, gelak2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:16 PM | Show all posts
Edited by isaura. at 29-12-2014 05:23 PM

sambungan...

Akak memang dah mengeletar tahap gaban dah sebab memang ketakutan sangat-sangat.  Nak explain kenapa pun tak tahu tetapi bila kita dah takut campur dengan sesak nafas memang sangat parahlah keadaan akak time tu.

Air mata dah berjujuran dah.  Akak rasa macam berjam suami akak tak naik-naik.  Berkali-kali akak telefon suami dan menangis-nangis suruh naik waktu tu jugak.  Tetapi suami degil sebab dia kata dia nak dapatkan help.

Lastly, akak bangunkan anak sulung akak.  Sama macam adik dia, buka mata je terbeliak mata dia (akak terkejut dia pun terkejut).  Diorang semua sebenarnya keletihan, pastu akak pulak bila bangunkan tak ada lemah gemalai, main tepuk-tepuk paksa bangun (tak baik kan).  Anak akak pun temankanlah akak - tapi dalam duduk pun dia boleh tertidur jugak

Akhirnya suami akak balik dalam keadaan bengang sebab katanya dahlah counter kat bawah gelap pastu macam tak ada orang.  Finally dia terjumpalah seorang staff hotel dan minta tolong arrangekan in-house doctor tapi mereka tak ada. Instead, staff tu suruh suami akak pergi sendiri cari clinic / hospital.

Suami akak pujuk supaya akak sabar sebab tinggal lagi 2-3 jam dah nak subuh (waktu tu akak memang bengang sangat dengan suami akak sebab akak memang sesak nafas sangat-sangat).

Akak cakap dengan suami, akak tak sedap badan dan rasa takut sangat.  So suami temankanlah akak sehingga dia tertidur. Dalam kesemputan luarbiasa tu somehow akak boleh terlelap la jugak sekejap.  Masa akak tertidur tu akak seolah bermimpi atau dalam separa sedar.

Akak nampak ada 4 orang lelaki berpakaian seperti ahli silat sedang mengangkat seketul batu besar dan cuba tutup dinding berlubang di dalam bilik tempat kami tidur.  Bayangkan mereka sedang buat kerja dalam keadaan kami sekeluarga di position tidur masing-masing.

Selepas itu akak terbangun, dan akak bangunkan suami.  Akak tak cerita pada suami tapi semput akak semakin menjadi-jadi.  Rasa macam dah nak mati dah time tu.  Suami akak pulak macam tak boleh fikir logik.  Sikit-sikit asyik suruh akak bersabar je sebab nak tunggu masuk waktu azan subuh.

Sebaik lepas azan subuh, kami sekeluarga pack barang dan akak cakap dengan suami....taknak tidur di hotel ni lagi dah sampai bila-bila.  Suami anggukkan sahaja.  Kami check out terus tanpa banyak cakap (sedangkan kami ada 2 malam lagi).  Malas nak bising-bising or mintak refund sebab akak memang dah sesak nafas sangat.

SEbaik sahaja kami keluar dari pintu gerbang resort, tiba-tiba akak boleh bernafas macam biasa.   Akak terkejut, 1 family terkejut.  So anak kecil akak ajakbalik hotel.  Akak taknak dah!

Suami akak tetap risau, dan kami melilaulah mencari clinic 24-jam untuk dapatkan rawatan (memang takde fikir hospital dah time tu, nak cari paling dekat je).  Doctor check, lungs clear tak ada apa-apa masalah.  Akak pun rasa normal je.

Bila dah settle dengan doktor, suami akak cakap dengan anak-anak percutian kali ini kena cancel. Kami kena balik KL cepat.

Rupa-rupanya malam tu diwaktu akak dalam ketakutan, sebenarnya suami akak pun suspens jugak.  Sebab katanya, waktu dia nak keluar bilik...bulu roma berdiri tegak dan dia terasa seolah-olah ada perempuan rambut panjang menunggu di tepi tangga.  Dia buat donno je, terus naik lift (actually bilik kami di hujung ada tangga dan lift pula di hujung bahagian lain).

He said, sepanjang perjalanan nak ke lift dia rasa diekori tetapi dia taknak pandang belakang.  Dia teruskan sampai ke bawah.   Bila sampai kat lobby dia terkejut sebab hanya satu dua lampu je buka so dalam erti kata lain memang gelap la jugak di lobby which selama kami setiap tahun ke sana tidak pernah pula berlaku macam tu.

Suami akak terpaksa berjalan sedikit untuk cari kalau-kalau ada staff.  Akhirnya after macam-macam doa dia baca terjumpalah dengan seorang staff.  Itupun staff tu sangatlah tak helpful.  Suami akak sampai dah tinggi suara pada staff tu.  Jawapan yang diberikan oleh staff itu ialah hotel tak ada service in-house doctor so dia minta suami keluar cari clinic sendiri.

SEbab dah tak dapat buat apa, suami akak serbasalah.  Dia nak keluar dari hotel dia tak sampai hati nak tinggalkan akak dan anak-anak, akhirnya dia memilih untuk naik semula ke bilik.  Masa nak buka pintu bilik, ekor matanya still nampak benda tu ada tercongok di tangga.

On the way back to KL, akak rasa lega...in fact semua rasa relief.

Itulah kenangan terakhir kami diresort tersebut.  Mungkin agaknya kami diberikan bilik yang angker kot.....

p/s semenjak dari itu setiap kali check in akak memang akan cakap awal-awal dengan pihak hotel tolong jangan beri kami bilik angker and memang akak elak booking melalui agent online.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:25 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 29-12-2014 05:00 PM
lps kejadian tu, akak tak tanya pulak dgn ayah akak? pasal king kong tu?




masa tu akak kecil lagi so memang tak ada nak bertanya pasal kingkong tu....cuma akak bagitahu ayah je ada kingkong kena ikat.

bila dah tua-tua ni akak ada terfikir mungkin benda tu penunggu yang dah terperangkap kat situ atau mungkin ada yang membela (tapi takkan nak menuduh kan...tak baik, sedara sebelah ipar untie akak)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:26 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 29-12-2014 05:08 PM
msa adik akak kena lambung tu kan...dia nangis tak? atau dia suka2, senyum, gelak2?




yang ni akak tak berapa pasti sangat dah.....tetapi yang pasti mak akak dah meraung-raung, dan bapak akak dah start baca doa (ayah akak macam marah) so i guess mesti adik akak menangis kot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:29 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 29-12-2014 04:53 PM
tapi kan..dlm cerita akak ni, mentioned org tu pakai baju belang2
pencuri kan ke pakai baju belang2 ...




tu la....cuma akak lupa nak bagitahu.....rupanya tak macam orang.....rupanya menyeringai....

mungkin gak masa tu orang jahat kot...yang pecah rumah...

sebab akak kecik so akak ingatlah hantu stokin.

akak ada bagitahu ibu akak, tapi ibu akak tak ambil perhatian sangat

tapi yang pastinya esok keadaan macam biasa sahaja - tak ada kecoh pasal barang hilang.  Yang kecoh hanyalah mulut akak bercerita pasal hantu stokin
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 05:30 PM | Show all posts
jazaa replied at 25-12-2014 03:43 PM
Banglo bkt tuanku tu memang anker....

Quarters kat bangsar tu dulu aku pum pernah gi rumah seda ...

banglo tu masih ada lagi tak?
kekadang aku nak gi selayang lalu kat situ, ada je umah kaler2 putih tu tepi jalan
dah semak samun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:30 PM | Show all posts
UniQiUni replied at 25-12-2014 07:54 PM
best2... rajin betul akak update,,saya suka




rajin update sebab banyak sangat free time dan nak mengelak tidur petang (almaklum cuaca sejuk memanjang katil sudah melambai-lambai manja)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:31 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 29-12-2014 05:30 PM
banglo tu masih ada lagi tak?
kekadang aku nak gi selayang lalu kat situ, ada je umah kaler2 puti ...




tak sure dah...rasanya tak ada sebab kat sana banyak bungalow dah dipecahkan....pembangunan baru kan area tu.

dan family ipar sebelah untie akak pun kami dah tak berapa rapat semenjak untie akak bercerai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2014 05:34 PM | Show all posts


forum masih tak okay kan..sebab ada yang akak sempat baca post lepas tu hilang.....

4 cerita yang akak story 2 darinya incident yang baru berlaku....sebenarnya akak dah nak naik angin dengan gangguan ni.....

kita tunggu admin betulkan dulu forum ...hopefully cerita tu keluar la yea...panjang tau akak menaip (sayang tak save dalam notepad kalau tak boleh copy paste je)
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 29-12-2014 05:30 PM
banglo tu masih ada lagi tak?
kekadang aku nak gi selayang lalu kat situ, ada je umah kaler2 puti ...

Tak pasti ina...

Rasanya ada lg...dulu akk selalu jln tu sbb kerja kat damansara...pastu kekdg gi kementerian pertanian memng lalu situ.....






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 06:04 PM | Show all posts
jazaa replied at 29-12-2014 05:43 PM
Tak pasti ina...

Rasanya ada lg...dulu akk selalu jln tu sbb kerja kat damansara...pastu kekdg  ...




rasanya yang bahagian dalam masih ada lagi tapi kalau yang tepi-tepi highway tu banyak dah takde ...kerr akak yang tak perasan.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Best juga cite akk tt..kipidap agaknya akk tt ni orang perak kut sebab 'saknika' tu bahasa perak yang membawa maksud segala macam atau segala benda..

Betulkah tekaan hamba ini wahai akk tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070222 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list