CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_tonggek

[All About Gegarvaganza] vol II

[Copy link]
Post time 29-12-2014 12:09 PM | Show all posts
go ifa raziah!!!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 12:09 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 29-12-2014 11:56 AM
mohon la iols x lupa

@azie.dz ingatkan aku final nnti

baik lah cayang
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:12 PM | Show all posts
Syd replied at 29-12-2014 12:08 PM
betul betul

ko tak tuh? adehh

kalau minggu tu separuh akhir..kompom shima dah gi final
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:13 PM | Show all posts
Syd replied at 29-12-2014 12:09 PM
tu hari ada gak tersesat kat sana

pastu neh sesat lagi


nahh..aummm


SAMBAL UDANG PETAI


MASAK LEMAK DAGING SALAI


MASAK LEMAK GULAI TELUR ITEK


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:14 PM | Show all posts
azie.dz replied at 29-12-2014 12:09 PM
yup yg tu best...lelain dia keras..seiyes ai kesian tgk dia

kan..sian dia...mungkin jugak shima bersenam terlalu hardcore..sampai urat2 krem..sebab masa minggu pertama iolls tengok siyes gumuk..tapi makin lama makin susut sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:16 PM | Show all posts

lapar..
tapi kesian kat orang mangsa banjir..

dorang lapar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2014 12:18 PM | Show all posts
Syd replied at 29-12-2014 12:16 PM
lapar..
tapi kesian kat orang mangsa banjir..

harap bantuan yg dikirim sampai kepada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:22 PM | Show all posts
kakprik replied at 29-12-2014 12:14 PM
kan..sian dia...mungkin jugak shima bersenam terlalu hardcore..sampai urat2 krem..sebab masa mingg ...

i still rasa kesian tgk dia...dia mcm org yg tak ada perasaan...i rasa juri2 pon kesian kot..tp tak tunjuk sgt..menghormati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 12:24 PM | Show all posts
Qu putih....barula putih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:28 PM | Show all posts
susunan mmg dah ikut barisan yang masuk final...6 belah kanan semua masuk final..dan 6 kiri semua tersingkir
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:46 PM | Show all posts
Rahmat ada PhD ke? First time dgr....
dlm bidang apa you?
dia dah bercerai ek dgn Ainina?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:49 PM | Show all posts
kakprik replied at 29-12-2014 12:03 PM
wala maharajalawak tu..yg sado tu..kemain ifa usap2..picit2..dan raba2 lengan dia..

iyewwwww motep sheols wat gitu

iols geli plak menbayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 12:50 PM | Show all posts

nanti wsp iols taw

sbb iols ni byk makan semut
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:16 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 29-12-2014 12:49 PM
iyewwwww motep sheols wat gitu

iols geli plak menbayangkan

sedapppp katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:17 PM | Show all posts
azie.dz replied at 29-12-2014 12:22 PM
i still rasa kesian tgk dia...dia mcm org yg tak ada perasaan...i rasa juri2 pon kesian kot..tp ta ...

moga2 lepas ni shima banyak job...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:19 PM | Show all posts
zulka replied at 29-12-2014 12:24 PM
Qu putih....barula putih...

TAK MENAHAN aku tengok dengan mahkotanya
dengan cincin penuh jari
sabo je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 01:20 PM | Show all posts
kakprik replied at 29-12-2014 01:17 PM
moga2 lepas ni shima banyak job...

sebagai seorang yg professional Mak Dara
dia kena la say something, walaupun tersingkir
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:23 PM | Show all posts
kakprik replied at 29-12-2014 12:14 PM
kan..sian dia...mungkin jugak shima bersenam terlalu hardcore..sampai urat2 krem..sebab masa mingg ...

yelah Mak Dara, masa awal tu, bukan ke dia pakai baju gaun yg sampai lutut tu
rasa tak padan je ngan dah kertu, pakai lagu tu, masa tu nampak le gemuk
nasib di akhir2 ni, dia pakai baju labuh

tak menahan haleeda, nyanyi sampai kangkang2 kaki....
sabo je la
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:29 PM | Show all posts
Ketahian apa niii...fazley nyi MEWANGI mcm hamjadd..nightmare weyy
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:29 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 29-12-2014 12:46 PM
Rahmat ada PhD ke? First time dgr....
dlm bidang apa you?
dia dah bercerai ek dgn Ainina?


1.  Selepas Mega mengalami zaman suram sekitar 1996, Rahmat beralih arah mencari rezeki dengan membuat pelbagai kerja dengan menjadi promoter, kaunselor, berniaga dan berceramah.

Menyedari kekosongan dalam diri, Rahmat akhirnya mengambil keputusan kembali menimba ilmu dengan mengambil kursus perubatan alternatif bersama Dr Ibrahim Ahmad (Aura Seri). Kini selepas sekian lama berhempas-pulas, dia kini berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengurusan perniagaan daripada University Of New Age yang berpusat di ibu kota Kuala Lumpur.Sewaktu pertemuan dengan Rap di Balai Berita baru-baru ini, Rahmat berkata, kekecewaan terhadap industri muzik tanah air dan kepelbagaian kerja yang dilakukannya sebelum ini antara sebab dia kembali menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi dan memperoleh PhD pertengahan September lalu.(ni dalam tahun 2007)


2. Yer, dah cerai

31/07/2014
Sudah terbuka hatiOleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS
Pakaian Women of Jannah (03-77224800)

DUA puteri melengkapkan kehidupan Ainan sebagai ibu tunggal.




PEJAM celik, sudah empat tahun Ainina Ahmad B hidup sebagai ibu tunggal kepada dua orang anak, Nur Ariana Rahmat, 12, dan Nur Ara Elisha, 5.
Sewaktu Hits bertanya kepada bekas isteri penyanyi Rahmat Tohak tentang sambutan Aidilfitri baru-baru ini, katanya, dia tidak pernah berhadapan dengan masalah kerana anak-anak sentiasa beraya dengannya.
"Memang sekarang ini anak-anak bersama saya. Saya bukan jenis yang memaksa. Setiap kali menjelang raya, saya pasti tanya anak sulung, dia nak beraya di mana?
"Nur Ariana sendiri cakap yang dia hendak beraya dengan saya. Kalau dia nak beraya dengan papa dia pun saya tak kisah. Lagipun sejak dulu, bila raya keempat atau kelima baru kami berkesempatan beraya dengan Rahmat. Jadi anak-anak sudah terbiasa dengan keadaan itu," ceritanya.
Dalam pada itu, kata Ainina, biarpun Rahmat di Johor Bahru, penyanyi kumpulan Mega itu tidak pernah mengabaikan keperluan anak-anak. Rahmat akan turun ke Kuala Lumpur dan membawa sendiri anak-anak membeli baju raya sejak mereka bercerai.
Tambah Ainina, selain membeli pakaian raya untuk anak-anak, Rahmat juga sering membawa mereka keluar jika dia berada di ibu kota dan untuk bulan Ramadan lalu, beberapa kali juga Rahmat berpeluang berbuka dengan anak-anak.
"Tiap kali dia turun ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, Rahmat pasti cuba menyelitkan waktu untuk bersama anak-anak. Saya sendiri cakap pada Ariana, kalau dia nak tengok wayang, ajak papa sebab saya tidak minat.
"Waktu keluar dengan papa dia, Ariana akan minta apa yang dia hendak dan selalunya Rahmat tidak pernah menghampakan permintaan anaknya. Saya jarang turut serta dengan mereka, melainkan kalau ada keperluan," tambahnya.
Memandangkan hubungan baik yang terjalin antara anak-anaknya dengan bekas suami, Ainina bersyukur kerana anak sulungnya memahami situasi mereka.
"Saya bersyukur sangat kerana anak sulung faham keadaan dalam keluarga. Kalau budak berusia 12 tahun boleh faham situasi yang berlaku, saya harap orang dewasa pun tidak ada masalah.
"Memang antara saya dan Rahmat sudah tidak ada apa-apa ikatan tetapi kami masih berhubungan sebagai kawan atas urusan anak-anak. Saya harap tidak ada pihak yang salah sangka dengan hubungan ini," katanya ikhlas.
Memandangkan anak-anak beraya dengannya, seperti biasa Ainina yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik itu akan beraya dengan keluarga di Ijok, Kuala Selangor dan Melaka.
SEDIA melalui kehidupan bermadu sekali lagi jika itu ditakdirkan untuknya.

Sedia bermadu lagi
Dalam perbualan bersama Ainina, Hits sempat bertanya, sejak hidup sebagai ibu tunggal tidak adakah orang yang cuba untuk mendekatinya.
Sambil tersenyum, Ainina berkata, hatinya sudah terbuka untuk menerima orang baharu dan memang ada yang cuba untuk mengetuk pintu hatinya. Namun sehingga kini belum ada yang berjaya.
"Bohonglah kalau saya kata tidak ada yang cuba mendekati, memang ada. Orang biasa sahaja bukan daripada kalangan artis. Saya bersedia menerima sesiapa sahaja tetapi dengan syarat, orang itu boleh mengambil hati anak-anak saya.
"Entahlah mungkin belum ada yang serasi dengan saya dan anak-anak lagi. Kalau ada memang saya tidak menolak. Saya percaya kepada ketentuan Allah. Kalau Allah telah takdirkan saya bakal bermadu sekali lagi, saya terima. Mesti ada yang kata kenapa saya masih nak terima, sedangkan saya pernah melalui situasi itu. Tidak serik?.
"Memanglah kalau boleh saya tidak mahu suami orang tetapi kalau itu sudah takdirnya, siapa saya untuk menolak. Apa yang penting isteri pertama tahu dan boleh terima poligami. Biar dia tahu kehadiran kita bukan untuk merampas tapi berkongsi kasih atas kehendak takdir. Lagipun saya bukan jenis yang tamak," katanya.
Sibuk niaga
Pasti ramai yang tertanya, dari mana Ainina mendapat sumber pendapatan untuk menyara kehidupannya anak-beranak, sedangkan sekarang ini dia kurang berlakon. Jangan berprasangka buruk terhadap pelakon yang popular sekitar 90-an ini.
Jelas Ainina, selain berlakon dia juga menumpukan perhatian pada bisnes jubah yang dimulai sejak tahun lepas.
"Memang orang jarang tengok saya di kaca TV. Bukan tidak ada tawaran berlakon, memang ada tapi beberapa bulan lalu saya ada masalah dengan pembantu rumah. Jadi bila datang tawaran saya terpaksa menolak kerana tidak ada orang menjaga anak.
"Sekarang ini saya sudah ada pembantu rumah yang baharu, jadi anak-anak terjaga. Sebagai ibu tunggal, semua perkara saya kena buat sendiri, itu yang penat. Tapi saya gembira kerana mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sempurna, sebab dapat melihat anak-anak membesar di depan mata," katanya.
Menurutnya, selepas raya nanti dia mungkin akan kembali aktif berlakon kerana lakonan adalah darah dagingnya. Selain berlakon, Ainina juga akan lebih serius memberi tumpuan pada bisnes jubah.
"Sekarang ini saya dan rakan menjadi pembekal abaya jenama Hurul Ain kepada peniaga-peniaga. Untuk akan datang, saya bercadang untuk menjual abaya dengan jenama sendiri. Semua itu dalam proses, semoga dipermudahkan Allah.
"Selain bisnes abaya, saya juga menjual produk Skincerity dan saya adalah antara orang terawal yang menggunakan produk dari Amerika Syarikat itu. Saya punya ramai pembekal-pembekal dan setakat ini semuanya berjalan lancar," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.440341 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list