CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 3

Pertahankan Najib

[Copy link]
Post time 2-1-2015 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Hishamuddin Rais


Kepimpinan Najib Razak sedang dilihat bangang dan bebal. Najib dilihat lesu malah lebih lembik dari Abdullah Badawi. Abdullah dibuktikan sahih tidur ketika bekerja. Najib bukan sahaja tidur ketika bekerja malah Najib dilihat oleh warga dunia sedang tidur berjalan. Najib sedang membuktikan bahawa dirinya adalah perdana menteri yang paling tidak berguna.

Kalau Najib ini buah pinang dia telah dianggap kotai. Justeru bukan satu tindakan lucah untuk menganugerakan kepada Muhamad Najib bin Abdul Razak darjah kebesaran bertaraf PMM – perdana menteri manai.

Tetapi walaupun PMM, saya tidak akan mencadangkan Najib diganti. Saya tidak akan melakukan 'apa-apa' untuk menyingkirkan Najib. Bukan kerana saya ada simpati dengan Najib. Siah Malaikat empat puluh empat, kur semangat, tidak ada simpati langsung.

Saya mengambil sikap ini kerana belajar dari pengalaman. Ketika Abdullah Badawi menjadi PM, ramai reformis, aktivis NGO, penulis blog, pelajar, anak muda dan termasuk saya sendiri telah 'menduku' Abdullah Badawi. Pak Lah (nama manjanya) telah dijadikan bahan gelak ketawa. Bapa mertua Khairy Jamaluddin ini telah dijadikan ikon lawak jenaka. Malah saya sendiri telah mementaskan komedi politik Tok Sloo dalam usaha untuk memperlekeh Abdullah Badawi.

Ketika Pak Lah diduku, anak lelaki Iskandar Kutty juga telah bersama menibai Pak Lah. Sejarah menunjukkan bahawa dia sendiri bertanggungjawab memilih Abdullah Badawi sebagai pengganti. Tetapi dia telah 'naik angin' apabila melihat cara Pak Lah menguruskan negara.

Tidak ada jalan lain maka dia telah menjadi panglima siber dan memimpin serangan daripada pelbagai pelosok. Akhirnya Pak Lah 'hilang nafas' dan meletakkan jawatan setelah bertubi-tubi disiku.

Melihat kembali babak sejarah ini, menilai apa yang telah berlaku, saya berpendapat mengundurkan Pak Lah adalah satu kesilapan strategik. Lebih baik dapat sang tidur dan sang manai terus memimpin. Saya tidak mahu menyerang Najib hingga jatuh tersembab. Bukan kerana takut dituduh menyerang 'orang cacat', tetapi pengalaman dengan Pak Lah adalah satu pembelajaran.

Kebelakangan ini pahlawan siber – Zam dan Kadir Jasin – sedang menyerang Najib. Ledakan demi ledakan serangan ganas juga datang dari Chedet. Zam bekas menteri penerangan, manakala Kadir pula bekas ketua pengarang NST dilihat seperti sedang berusaha gigih senja dan subuh untuk menyingkirkan Najib Razak. Mereka berdua ini seiring dengan Chedet telah memperlekehkan setiap langkah yang diambil oleh Najib Razak.

Semua yang dilakukan oleh Najib dilihat salah. Apa sahaja langkah Najib akan dilihat sebagai menjual hak kepentingan Orang Melayu. Betul ke Najib ini sedang menjualkan hak kepentingan Melayu?

Jawabnya: Betul.

Dari semenjak British mengundur diri daripada mentadbir Tanah Melayu, United Malays Nationall Organisation telah menjualkan hak kepentingan Melayu satu persatu. Apa yang dilakukan oleh Najib ini bukan sesuatu yang baru.

Singapura terkeluar walhal pulau ini adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Sebuah gunung bernama Genting di tangan syarikat judi. Manakala anak lelaki Iskandar Kutty paling rakus dan ganas dalam usaha menjualkan kepentingan Orang Melayu.

Dasar penswastaan yang mengayakan para kroni dan anak bini pemimpin Parti Ketuanan Melayu telah merosakkan fabrik susunan lembaga daulah negara ini. Media, lembaga kehakiman, lembaga keselamatan, lembaga pembelajaran – adalah antara lembaga daulah yang telah diporak peranda oleh Mahathir Muhamad. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa melimpah ruah di zaman Mahathir.

Satu bukti sahih di mana hak Melayu digadai apabila tanah rizab Melayu semakin terhakis. Kesemua kepimpinan dan ahli-ahli Parti Ketuanan Melayu ini bertanggungjawab.

Ketika British mengundur tahun pada 1957, perlembagaan telah menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini kepada tanah rizab Melayu. Hari ini yang tinggal antara 11  ke 12 peratus sahaja. Semenjak British berundur negara ini hanya diperintah oleh United Malays National Organisation. Justeru jika Bani Ketuanan Melayu menyalahkan DAP, atau PAS atau PKR atau MCA atau MIC atau Gerakan atau orang Cina yang menjualkan tanah rizab Melayu maka mereka ini adalah gulungan Bani Melayu jenis munfikin.

Kepimpinan Najib ini dari segi pandangan strategik adalah kepimpinan yang paling molek untuk diteruskan. Najib wajib terus menjadi PM manai. Ini amat baik untuk Pakatan Rakyat dalam jangka panjang.

Saya berhujah sedemikian kerana belajar dari pengalaman dan babak sejarah. Mahathir Muhamad secara bijak telah berjaya dicap sebagai Mahafiraun dan dijadikan ikon kezaliman. Ini satu kejayaan. Lihat bagaimana Mahathir – setelah Anwar dipenjara - terpaksa berjoget dan bertandak apabila para reformis memukul gendang dalam laman web Reformasi.

Mahathir sedar jika dia terus menjadi PM, pasti dalam PRU11 parti Ketuanan Melayu ini akan bungkus. Secara licik dia mengundur diri pada 2003. Pak Lah menjadi pengganti. Hasilnya, lihat pada tahun 2004, United Malays National Organisation mengembang kembali dan mendapat kemenangan besar. Justeru jika Najib diganti dengan PM yang baru, Parti Ketuanan Melayu ini akan bernafas kembali.

Anak-anak muda reformis dan pejuang siber pada tahun-tahun 98 telah telah berjaya menyamakan anak lelaki Iskandar Kutty dengan firaun. Ini kejayaan paling besar. Justeru hari ini tugas pejuang siber, tugas penyokong Pakatan Rakyat ialah menjadikan muka Najib Razak sebagai ikon bebal, bangang dan manai.

Semua bahan campuran telah sedia ada untuk membuktikan bahawa Najib ini seorang yang bebal, bangang dan manai. Contoh terbaik ialah apabila si bebal ini menjadi takut dengan Ibrahim Ali. Najib apabila menjadi PM telah cuba dilihat liberal dan demokratik. Najib telah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948. Tetapi kerana takut kepada Ibrahim Ali akta ini tidak jadi dimansuhkan.

Sebenarnya hakikat bahawa Najib menjadi takut ini bukan sesuatu yang baru. Penjawat awam di PutraJaya, pegawai tinggi kerajaan, para KSU, malah isteri para menteri kabinet Najib sendiri tahu bahawa Najib ini memang seorang yang penakut. Sosok yang dikatakan amat-amat ditakuti oleh Najib ialah Rosmah.

Malah bukti terbaru boleh dilihat dalam rakaman YouTube bagaimana Rosmah telah menyiku Najib. Babak Najib kena siku ini berlaku dalam upacara rasmi.

Apa yang ingin saya nyatakan, rempah ratus untuk mengikonkan Najib sebagai bebal, bangang dan manai telah wujud.

Marie Antoinette isteri kepada Raja Louis ke-16 menjadi ikon kebencian kaum tani Perancis. Permaisuri ini menjadi simbol kebencian rakyat dan membawa kepada keruntuhan sistem feudal Perancis.

Kita lihat juga peranan Imelda Marcos yang menimbulkan kebencian rakyat Filipina hingga mereka berjaya menghalau Presiden Marcos dan Imelda lari. Kita lihat juga peranan Ibu Tien isteri Suharto. Paling baru kita membaca bagaimana rakyat Tunisia amat benci kepada Leila Ben Ali isteri kepada Presiden Zainal Abidin.

Perempuan-perempuan ini semuanya menjadi ikon boros, suka membeli belah dan tidak ada kerja lain selain dari mengumpul harta. Sebelum rakyat bertempik marah dan benci kepada presiden atau perdana menteri, kemarahan dan kebencian awal ditujukan kepada perempuan-perempuan ini.

Saya cukup yakin dengan strategi tidak menumpilkan Najib. Tetapi menobatkan Najib sebagai ikon bebal, bangang dan manai.

Langkah pertama yang wajib dilakukan ialah mengikuti taktik yang telah diguna pakai oleh anak muda di Indonesia, di Filipina dan di Tunisia. Mereka mula menyerang 'perempuan  yang ditakuti oleh jantan-jantan ini.

Baru-baru ini orang ramai terbaca berita bagaimana Rosmah Mansor telah meminta bantuan untuk mempertahankan Rosmah dari serangan dalam alam maya. Ini maknanya menyerang Rosmah dalam Facebook, dalam blog dan dalam tweet bergetah dan menyengat.

Hakikatnya Najib dikatakan takut kepada Rosmah. Hakikatnya Rosmah pula ialah 'aset' atau 'harta' Pakatan Rakyat.

Mahathir Muhamad, Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin adalah musuh rakyat dan musuh Pakatan Rakyat. Mereka sedar Najib sedang membawa bahaya dan wajib disingkirkan. Kerana itu apa yang musuh kita suka jangan kita lakukan. Kita lakukan sebaliknya. Kita sokong Najib terus menjadi PM. Dan Rosmah terus menjadi Rosmah Mansor.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 10:18 PM | Show all posts
dia suka pak lah tidoq

apalah dia ni

pada i apa reevan hishamuddin rais ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
The idea to getting rid of bn instead of najib as it would suggest naturally,quietly and effortlessly is perhaps good and seem to be the only things that pr can do at the moment. The chance to be successful is 50% as a tie.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 08:07 AM | Show all posts
Malas layan si sasau ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.137027 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list