CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13132|Reply: 101

[Tempatan] Inikah punca Kuala Krai tenggelam?

[Copy link]
Post time 5-1-2015 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Acong at 5-1-2015 12:27 AM

https://www.facebook.com/johar.othman/posts/772807319421741
Johar Othman added 5 new photos — with Lake Uban To.
January 1 at 5:43pm · Edited ·

Untuk renungan kita bersama.

Banjir ini dimulai d bahagian gua musang dan sekitarnya dan air inilah yg turun ke Kota Bharu. Jika benar sungai kelantan x dpt menampung air ke laut maka bandar Kota Bharu awal2 lagi ditenggelami air.

Ada juga yg mengatakan ianya air dr empangan Pergau...tetapi akal juga menolak krn sebelum ini x berlaku limpahan air yg sebegini hebat..ini mega wave...bkn sebarangan banjir...Air ini bagai dicurah dr sebuah takungan yg amat besar.

(ini telahan dr pemikiran yg x bersumber kpd mana2 rujukan....)

Wallahu'alam..maybe org yg biasa pergi kenyir lebih tahu..

Persoalan seorang kawan dr Tumpat Kelantan: dari mana datangnya air yg menyebabkan banjir besar d kelantan? Sedangkan hujan x lebat dan ketika air naik mendadak langit tidak mencurah hujan...

Aku kupas sedikit mengikut akal dan sedikit pengetahuan atas jalan syariat yg berkait dgn kerja2 tangan manusia.. ini hanyalah pendapat aku bukan untuk menuduh sesiapa atau jauh sekali dari niat utk menghasut...

Bulan 9 baru2 ni...Aku g ke kenyir..tujuan utk mancing...org yg arrange penginapan dan boat..namanya Loh.. Loh ni kerja dia masuk hutan..cari hasil hutan dan ada sebuah rumah rakit. Masanya byk dihabiskan d kenyir..kalau ada yg nak masuk kenyir dia akan urus dgn kos yg agak murah...stay kat rumah rakit dia yg agak uzur( kalau nak g dgn family mmg x sesuai) Kalau g dgn member2 yg jenis adventure atau hardcore fisher..ok sgt2

Jadi mada g sana..byk kwsn yg dia bwk g utk mancing tahan pukat dan mandi manda.bSalah satu tempat yg dia bwk namanya Sungai Tembat

Bhg Bwh air terjun Sg Tembat ni ada satu chalet nama Musang resort..dah ditinggalkan pemilik mungkin krn krg pengunjung atau ada sbb2 lain..pemiliknya cina..hari ini kalau g sana..kita blh stay free sbb chaletnya masih blh ddiami. Dan aku rasa skrg Sg Tembat ni adalah lubuk ikan kelah krn ianya krg dkunjungi dan sungainya x dcemari dgn kegiatan menangkap ikan...(telahan aku shj)



Bila cakap dgn Loh...dia maklumkan aku 1 info yg buat aku tersentak dgn perihal Sungai Tembat ni. Sungai tembat blh lah aku katakan anggaran 300meter lebih tinggi dr aras air tasik kenyir sekarang

Apa yg mengejutkannnya sekarang diatas puncak sg tembat ini sdg dibina 1 lg dam utk sistem janakuasa baru.. Loh kata projek kenyir 2. Aku x prnh tahu dan mugkin kita x prnh tahu perihal projek kenyir 2 ni

Skrg kerja2 menebang balak d aliran Sg Tembat sdg giat dijalankan serentak dgn proses penakungan air

Penebangan balak awal dilakukan krn x mahu berlaku pembaziran balak sebagaimana yg tlh berlaku semasa projek tasik kenyir sediada skrg. Berapa org yg dimaklumkan perihal ini? Hatta org politik pun mungkin x semua yang tahu.

Bila sampai musim tengkujuh hujan yg lebat byk berlaku sekitar hulu ...aliran air yg byk melimpah akan merosakkan empangan yg sdg dibina... salah satu cara adalah membiarkan air tersebut memenuhi aliran sebelah hulu sungai... (hulu Sg. Tembat berakhir di gunung-lihat google map) mustahil air tersebut d lps ke Tasik Kenyir krn ianya akan merosakkan empangan yg sdg dibina di hilir..dan jika dialir juga air tersebut, maka ada 2 keadaan yg mungkin berlaku..

1)empangan kenyir akn menerima takungan air yg terlampau byk

Jika ini berlaku maka seluruh Terengganu akn menerima nasib sebagaimana Kelantan terima skrg

2) tembok pintu empangan yg sdg dibina akan musnah dgn kekuatan air ini akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Kalau d search dgn map google.. kita akan lihat Sg Tembat sebenarnya bersebelahan dgn Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Manik Urai..

Limpahan air kenyir 2 inilah yg mnyebabkn Kelantan menerima nasib yg buruk...kwsn sekitarnya bertukar menjadi tasik segera..

Mmg TNB maklumkan bhw TNB Tasik Kenyir x lps air..info itu adalah utk tasik kenyir sediada...manakala kenyir 2 x termasuk dlm fasa kenyir sediada...kenyir 2 blm diisytihar jd ianya dianggap limpahan air sungai biasa

Krn itu kalau kita lihat kenyataan TNB..paras air tasik kenyir jauh lg dr paras bahaya....persoalannya Knp begitu?...x lain x bukan adalah krn air hulu yg sepatutnya trn ke tasik kenyir..disekat oleh empangan kenyir 2..dan air kenyir 2 inilah yg menenggelamkan kelantan

Krn apa skrg baru berlaku?..krn mulai tahun ini baru berlaku sekatan air bermakna air mula ditakung dari empangan tersebut sdgkn pintu limpahan blm siap sepenuhnya...ada rakan2 yg memberi telahan bahawa banjir ini hanyalah curahan air hujan biasa cuma sungai kelantan x dpt menampung takungan air yg byk krn Kelantan x mempunyai jaluran sungai yg byk sebagaimana Terengganu...tetapi akal aku menafikan krn 2 s aspek.

Ini gambor yg kelihatannya lokasi sama, baru terima sekejap tadi

Crane pun tenggelam nampok belalai jer?



Cuba kawan2 perhatikan dua gambar Dam yg belum siap dan melimpah keluar di bawah ni.



Mungkin ini Dam yg di maksudkan oleh coretan penulis tak bernama di atas, kelihatan ada logiknya , dam yg tak siap ini boleh menyebabkan air dlm takungannya terlepas ke negeri Kelate, kalau itu yg berlaku, mungkin boleh difikirkan, boleh dicuba utk membuat TUNTUTAN PAMPASAN, oleh mereka yg terlibat menerima musibah banjir tsunami Kelate.

Kecuaian oleh tangan2 manusia yg gagal menyiapkan Dam sebelum musim tengkujuh, boleh diambil kira sebagai not well planned project yg mengundang musibah.

Cuba fikir2kan, walloohu a' lam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga Allah tunjukkan kebenaran...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 12:54 AM | Show all posts
dah mula dah konsep akak teraniaya, semua orang lain yg salah.
akak sorang jah yg maksom.

selayak nya lah kena bala, tak pernah nak muhasabah diri,
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Byklah songeh lobai PAS.....puak2 ni belajar topography tak..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 12:55 AM | Show all posts
ada buat kenyir 2 ke????
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kata Husam yg salah.  lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2015 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 5-1-2015 12:54 AM
dah mula dah konsep akak teraniaya, semua orang lain yg salah.
akak sorang jah yg maksom.


Tetapi jika akak study pola hujan d hulu dan hilir kelantan tak ada bezanya.. Mahu kata terlalu banyak pun tidak juga, agak sama dengan tahun2 berikutnya.. Tetapi air yang datang pada hari musibah itu begitu banyak.

Walaubagaimanapun saya yakin musibah yang menimpa itu hari adalah balasan allah azzawajalla terhadap makhluk manusia yang rakus menjahanamkan muka bumi baik secara zahir ( pembalakan haram, tidak menjaga kebersihan, etc) atau pun secara terlindung yakni fitnah sesama ummah yang sangat berleluasa, menghanjengkan ajaran islam, maksiat serta pecah amanah.

Saya berteriak di dalam hati rasakan kau manusia celaka, baru sedikit Allah taala balas. Tunggu many more to come.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul, pi lah buat laporan kat EIA...buat ape sebar speculation kat media sosial?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tunggulah TNB Hantar surat saman fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 01:41 AM | Show all posts
primemova replied at 5-1-2015 01:20 AM
tunggulah TNB Hantar surat saman fitnah

tunggu jah SKMM keluar list wanted yang baharu sehari dua lagi.


apa cerita akak farah wahida? dah pergi bagi keterangan kah sis?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 02:51 AM | Show all posts
ari tuh dpt wassap.. surat perkeliling dr TNB... drang menapikan.. pasal empangan kenyir dua neh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:01 AM | Show all posts
Vokuro replied at 5-1-2015 01:41 AM
tunggu jah SKMM keluar list wanted yang baharu sehari dua lagi.

Harus lah SKMM kluar wanted list sis...  Gigih betul air sungai tembat mendaki banjaran gunung menuju ke Gua musang & Kuala kerai...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 05:05 AM | Show all posts
berikut adalah respons pihak TNB

https://www.facebook.com/TNBCare ... 19418221717/?type=1
TNB Careline
3 January · Edited ·



EMPANGAN TNB BANTU MENGURANGKAN MUSIBAH BANJIR LEBIH BESAR

Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.

Antara tuduhannya termasuklah:

1. Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan
2. Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan
3. Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Manik Urai, Kuala Krai & seterusnya ke Kota Bahru.
4. Projek ini dilaksanakan secara rahsia

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan tuduhan ini dan ingin memberi penjelasan berdasarkan fakta-fakta berikut:

Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir. Ia melibatkan pembinaan dua empangan merintasi Sg. Terengganu (Empangan Puah) dan Sg. Tembat (Empangan Tembat) yang mengalir ke Tasik Kenyir.

Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di Negeri Terengganu dan dipisahkan dari Negeri Kelantan oleh banjaran gunung. Oleh yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak.

Air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah. Air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah. Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir.

Pembinaan Empangan Puah telah selesai dan penakungan tasik telah dimulakan pada 1 Oktober 2014 manakala Empangan Tembat didalam proses pembinaan dan penakungan Tasik Tembat akan dimulakan pada Jun 2015. Projek ini akan tamat sepenuhnya pada April 2016 dengan keupayaan untuk menjana tenaga elektrik 265MW.

Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat dimana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir. Adalah mustahil untuk air pelepasan dari kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan.

Projek ini dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia tidak dilaksanakan secara rahsia. Malah upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa. Manakala pihak TNB kerap mengadakan aktiviti dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) untuk kebaikan penduduk tempatan.
Projek-projek hidroelektrik yang dilaksanakan oleh pihak TNB bukan hanya untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik tetapi juga penebatan banjir. Proses penakungan Tasik Puah telah membantu mengurangkan kesan kemasukan air ke Tasik Kenyir dimana setakat 31 Disember 2014, air sebanyak 740,000 juta cubic meter ditahan oleh Empangan Puah.

Penerangan diatas dengan jelas menunjukan bahwa Projek ini tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan didalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir.




Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi skmm, silasila jalan kan tugas anda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani btol kalo btol die buat cerita psl tnb. Kang x masal2 kena saman. Kena tangkap. Kalo yakij btol bek report ngadu pd pihak yg berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 07:33 AM | Show all posts
tebang balak bertahun tahun tak pikir..maksom sampai tak boleh ditegur..mengalah nabi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 07:44 AM | Show all posts
Empangan pecah ke melimpah ke, air akan menhala kehilir sungai berkaitan, bukan lompat pergi sungai lain.

Tang 'gagal siap empangan sebelum musim tengkujuh' tu aku nak gelak....mana ada orang buat empangan dalam tempoh tak sampai setahun?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu cakap banyak dan berteori di sini. Mohon turun sendiri di site dan tunjukkan bukti air tersebut melimpah dari empangan. Mustahil jika langsung tiada kesan kemusnahan. Jika ada terowong dari empangan ke sungai di kelantan merentasi bukit, sila tunjukkan terowong itu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 08:34 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-1-2015 08:38 AM

Husam yang mula hint kan accusation ni di media.

Dalam penjelasan TNB yang di siarkan di harakahdaily ni siap ditunjukkan lakaran rentas yang menunjukkan mission impossible untuk air limpahan dari ketinggian yang cuma 200m untuk memanjat banjaran gunung yang berketinggian 800 - 1000m untuk ke kelantan, tengok sendirila di gambarajahnya betapa tinggi cerunnya tu .



----------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net/inde ... dap-kenyataan-husam
Penjelasan TNB terhadap kenyataan Husam                                                
                                                HARAKAHDAILY | 03 Januari 2015.                                                         
                                                                                                                KUALA LUMPUR: Pada 31 Disember lalu Harakahdaily telah menyiarkan kenyataan Datuk Husam Musa yang menyentuh kemungkinan banjir yang melanda Kelantan diakibatkan empangan TNB.

Oleh itu, Unit Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad tampil memberi penjelasan terhadap kenyataan tersebut melalui satu kenyataan medianya yang bertajuk “Empangan TNB Bantu Mengurangkan Musibah Banjir Lebih Besar”.

Berikut kenyataan penuh pihak Unit Komunikasi Korporat, TNB.

Empangan TNB bantu mengurangkan musibah banjir lebih besar

Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.

Antara tuduhannya termasuklah:

1. Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan
2. Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan
3. Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai & seterusnya ke Kota Bahru.
4. Projek ini dilaksanakan secara rahsia

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan tuduhan ini dan ingin memberi penjelasan berdasarkan fakta-fakta berikut:

Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir. Ia melibatkan pembinaan dua empangan merintasi Sg. Terengganu (Empangan Puah) dan Sg. Tembat (Empangan Tembat) yang mengalir ke Tasik Kenyir.

Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di Negeri Terengganu dan dipisahkan dari Negeri Kelantan oleh banjaran gunung. Oleh hal yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak.

Air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah. Air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah. Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir seperti Lakaran Rentas di bawah:


Pembinaan Empangan Puah telah selesai dan penakungan tasik telah dimulakan pada 1 Oktober 2014 manakala Empangan Tembat didalam proses pembinaan dan penakungan Tasik Tembat akan dimulakan pada Jun 2015. Projek ini akan tamat sepenuhnya pada April 2016 dengan keupayaan untuk menjana tenaga elektrik 265MW.

Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat dimana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir. Adalah mustahil untuk air pelepasan dari kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan.

Projek ini dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia tidak dilaksanakan secara rahsia. Malah upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa. Manakala pihak TNB kerap mengadakan aktiviti dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) untuk kebaikan penduduk tempatan.

Projek-projek hidroelektrik yang dilaksanakan oleh pihak TNB bukan hanya untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik tetapi juga penebatan banjir. Proses penakungan Tasik Puah telah membantu mengurangkan kesan kemasukan air ke Tasik Kenyir dimana setakat 31 Disember 2014, air sebanyak 740,000 juta cubic meter ditahan oleh Empangan Puah.

Penerangan diatas dengan jelas menunjukan bahwa Projek ini tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan di dalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir. – HARAKAHDAILY 3/1/2014


               
  




               

                                                                                                                                                        

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 08:37 AM | Show all posts
Kelantan ditimpa bala/musibah kerana terlalu banyak tempat2 maksiat/arak/judi/urut-mengurut yg tumbuh bagai cendawan di kelantan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.430974 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list