CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Tempatan] Inikah punca Kuala Krai tenggelam?

[Copy link]
Post time 5-1-2015 08:44 AM | Show all posts

Faktor pembalakan, pembukaan tanah sebabkan banjir besar di Kelantan                                                                                                                                                        
Published: 2 January 2015
               
                                                                                                                                                                                                

Banjir yang melanda semua 10 jajahan di Kelantan memaksa lebih 104,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan. – Gambar fail Jabatan Bomba dan Penyelamat, 2 Januari, 2015.Banjir lumpur. Dua perkataan mudah disebut rata-rata mangsa apabila diminta menceritakan bencana banjir besar yang membawa banyak kemusnahan kepada Kelantan.
        Dari mana lumpur itu datang? Lantas mereka percaya lumpur itu dari kawasan bukit bukau di Ulu Kelantan berikutan banyak kawasan hutan 'diterangkan' untuk ladang kelapa sawit dan tanaman sayur-sayuran.
        Paras air naik mendadak dan deras, dari mana? Terpacul daripada mulut mereka, hujan sangat lebat di kawasan Ulu Kelantan dan pengondolan bukit bukau penyumbang kepada pergerakan arus deras umpama "Tsunami Darat" menenggelam kawasan rendah dan menghayutkan objek di hadapan 'kepala air'.
                                                                                                                        
                                        Banjir yang melanda ke semua 10 jajahan di Kelantan itu memaksa lebih 104,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.        Hujan lebat berterusan selama 48 jam di kawasan Ulu Kelantan – Gua Musang dan Kuala Krai – menterjemahkan kebimbangan penduduk apabila jajahan Gua Musang dilanda banjir besar mulai 22 Disember, 2014.
        Dalam tempoh yang singkat, limpahan air Sungai Galas dengan arus yang deras 'menenggelamkan' bandar lama Gua Musang dan beberapa kampung sekitarnya.
        Bencana itu melumpuhkan aktiviti di bandar lama Gua Musang dan kampung-kampung berhampirannya akibat dinaiki air antara dua dan lima meter, turut menyebabkan berpuluh kenderaan tenggelam.
        Tidak sangka air naik mendadak
        Rata-rata penduduk tidak menyangka banjir begitu besar bukan sahaja menenggelam banyak rumah tetapi turut menghanyutkan beberapa buah rumah di hadapan mata mereka.
        "Air naik begitu mendadak. Kami bergegas menyelamatkan diri ke kawasan yang lebih tinggi. Namun ramai yang terperangkap umpama duduk di sebuah pulau yang di kelilingi air berarus deras. Memang mencemaskan," itu yang dapat digambarkan oleh seorang penduduk Kampung Lembaga Gua Musang, Ramli Ibrahim, 55 tahun.
        Beliau melihat pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang panik dengan insiden luar biasa itu.
        "Kami yakin banjir lumpur "seakan warna teh tarik" dan warnanya sama dengan tanah bukit, datang bersama air yang menuruni bukit bukau di kawasan Ulu Kelantan, mungkin banyak tanah runtuh di bukit yang digondolkan," katanya.
        Ramli berkata banyak batang balak hanyut memasuki kampung dan menghentam rumah penduduk hingga roboh manakala balak yang hanyut mengikut arus sungai tersangkut di jambatan Sungai Galas, menyekat aliran air dan meningkatkan kuasa terjahan arus deras ke kawasan daratan.
        Seorang lagi mangsa berkongsi pengalamannya, Bidah Abdullah, 65, berkata belum pernah berlaku dalam sejarah kejadian banjir sebelum ini melanda begitu kuat sekali hingga turut menghanyutkan rumahnya.
        Beliau berkata air memang naik dengan cepat hingga semua barangan penting juga tidak sempat diselamatkan dan dihanyutkan bersama rumah.
        Malapetaka besar
        Banjir terburuk yang dianggap malapetaka besar, terus mengganas ke jajahan Kuala Krai, gabungan air dari tiga sungai iaitu Sungai Lebir, Sungai Nenggiri dan Sungai Galas bercantum di Kemubu di Kuala Krai, membentuk Sungai Kelantan – itulah 'Tsunami Darat' menjadikan sekitar jajahan itu bagaikan 'lautan' iaitu air naik setinggi tingkat tiga bangunan Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama.
        Limpahan air deras yang mengganas mulai 22 Disember 2014 bukan sahaja menghanyutkan banyak rumah malah beratus rumah dan harta benda lain rosak teruk manakala ribuan penduduk menyelamatkan diri ke kawasan tinggi termasuk mendaki bukit.
        Sebahagian Hospital Kuala Krai turut dinaiki air dan bandarnya lumpuh 'ditenggelami' banjir dan diburukkan lagi dengan bekalan elektrik dan air bersih terputus.
        Memeritkan lagi apabila jalan darat yang menghubungkan Kuala Krai-Kota Baru terputus ditenggelami banjir menyukarkan penghantaran bantuan melalui jalan darat.
        Penggunaan bot pula menghadapi kesukaran kerana arus deras manakala cuaca buruk menjadi kekangan kepada helikopter untuk sampai ke lokasi tertentu, apapun pasukan penyelamat bekerja keras memastikan bantuan sampai kepada mangsa.
        Wartawan Bernama, Zabidi Ishar yang membuat tinjauan di jajahan Kuala Krai selepas banjir surut, menggambarkan kawasan itu ibarat diserang garuda. Itulah yang dapat digambarkan keadaan kemusnahan teruk di beberapa buah kampung di jajahan itu.
        Ia juga mengingatkan tragedi tsunami yang pernah berlaku di negara ini pada 2004 apabila melihat kemusnahan teruk yang dialami penduduk di perkampungan berkenaan.
        Dalam tempoh yang sama, jajahan lain iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Machang, Tumpat, Kota Baru dan Jeli teruk akibat banjir.
        Seorang peniaga di bandar Kota Baharu, Ayob Salleh, 55, berkata premis perniagaannya  dipenuhi lumpur yang dibawa arus banjir dari Ulu Kelantan.
        "Ini kerana kawasan lain yang berhampiran Sungai Golok keadaan air adalah agak jernih, macam sekitar Bendang Pak Yong di Tumpat yang dilanda banjir akibat limpahan Sungai Golok, airnya jernih. Kami duduk atas rumah boleh nampak ikan berenang dalam air," katanya yang tinggal di Kampung Pauh Sepanjar, Tumpat.
        Pembalakan dan penebangan hutan skala besar
        Mengulas bencana banjir itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dr Zulhazman Hamzah berkata antara faktor berlakunya banjir lumpur yang teruk itu ialah penebangan hutan dalam skala besar di kawasan berbukit di Ulu Kelantan untuk tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran.
        Pembalakan haram juga menyumbang kepada hakisan tanah serta menjadikan sungai cetek dan berlumpur.
        Hujan lebat yang berterusan beberapa hari menyebabkan aliran air dari kawasan tanah tinggi itu terlalu pantas meluru ke sungai-sungai kerana tiada penahan semulajadi iaitu pokok.
        "Apabila tiada pokok untuk memegang tanah maka berlaku runtuhan tanah dan dibawa bersama arus ke sungai-sungai hingga terjadilah banjir lumpur dan kalau kita lihat keadaan airnya seperti 'teh tarik' itu menunjukkan terdapatnya lumpur," katanya.
        Dr Zulhazman berpendapat pembukaan tanah untuk pertanian itu menyebabkan banyak pokok balak ditebang sekaligus tiada lagi 'benteng semulajadi".
        Di tanah tinggi Lojing yang bersempadan dengan Cameron Highlands, Pahang, pembukaan ladang sayur-sayuran dalam skala besar,  menyumbang kepada ancaman hakisan tanah dan banjir.
        Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari UMK mendapati kawasan pembiakan pelbagai spesies bunga raflesia semakin dihimpit oleh penanam sayur yang ghairah mencari keuntungan tanpa memikirkan kesannya terhadap alam sekitar.
        "Kita menjalankan penyelidikan serta aktiviti pemuliharaan flora dan fauna khususnya bunga Rafflesia di kawasan Lojing dan sememangnya kita tahu keadaan yang berlaku di Lojing," katanya.
        Beliau berkata atas permohonan UMK bagi pemuliharaan khazanah alam itu, kerajaan negeri  mewartakan kawasan seluas 404 hektar untuk tujuan berkenaan, katanya.
        Dr Zulhazman menasihati semua pihak harus bersama-sama bertanggungjawab untuk memelihara hutan khazanah alam semula jadi bagi mengelak malapetaka besar berulang. – Bernama, 2 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.r83yZvKE.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas banjir post mortem bermula
sesi tuding jari bermula..
kalo tak dapat nak salahkan pihak lain
salahkn Tuhan jelah jawapan paling selamat..

siapa pun salah harap ade penyelesaian dan yg paling utama pemulihan selepas banjir tu yg harus disegerakan.kesian tgk mangsa2 banjir yg tade tempat berteduh lg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
X tau mn citer betul kan.. Coz ms tgh bah ari tu member yg duk kat kb ckp dia org tunggu je air dr kuala krai, gua musang semua turun ke kb... Pasrah menanti katanya.. Cuma bawak lari documents penting je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 08:55 AM | Show all posts
Ada orang kata kat negeri lain pun turut alami banjir besar jugak melebihi dari tahun2 lepas pada kali ni, so kenapa kat kelantan aje di fokuskan sebagai pembalakan penyebab utama nya.

Kerana kat tempat lain tarak kes air umpama tsunami kekuatannya sampai menghanyutkan rumah2 dari asasnya sama sekali hingga boleh disamakan macam kat acheh impaknya tu.

Kat negeri lain cuma berendam air je walaupun lebih dalam dari tahun2 sebelumnya namun tarak la kes sampai berhari2 air tak nak surut dengan selut berlambak tak terkira di tambah dengan batang balak berlonggok di jambatan dan depan rumah orang kampung segala .

So di sebabkan kejadian hujan monsoon yang luar dari kebiasaan lah maka pembalakan di kelantan telah memburukkan lagi situasi banjir yang berlaku tu.

Jadi kemusnahan teruk rumah2 di kuala krai tu bukan di sebabkan banjir , kerana kalau banjir maka berendam je la dalam air lepas air surut boleh duduk balik la rumah tu macam yang di alami negeri2 lain tu, tanpa wujud kederasan air luar biasa bersama selut dan balak untuk menjahanamkan rumah2 penduduk totally tu .



Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:02 AM | Show all posts
Moga Allah tunjukkan kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:13 AM | Show all posts
Apa ke bongok sangat....berapa biji gunung air kena panjat dari Sungai Tembat tu baru sampai ke Kuala Krai.?
Stupidity beyond comprehension.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2015 09:13 AM | Show all posts
Simunggu replied at 5-1-2015 07:33 AM
tebang balak bertahun tahun tak pikir..maksom sampai tak boleh ditegur..mengalah nabi..

Setuju sangat. Apa yang Dura perhatikan, kalau pemimpin2 pembangkang buat kesalahan, rakyat terima membabi buta sahaja.  Seolah-olah pemimpin mereka itu betul belaka dan tidak buat silap.  
Tidak wajar untuk asyik hendaklah salahkan kerajaan pusat, seolah-olah tiada langsung benda baik yang kerajaan pusat laksanakan.
Kerajaan pusat memang ada juga buat kesilapan tetapi apabila kerajaan buat sesuatu yang baik, mengapa kita tidak menghargai.  
Begitu juga jika kerajaan (pemerintahan pembangkang) buat kebaikan, kita juga wajar menghargai dan menjadikan contoh.  

Apa yang berlaku semasa dan selepas kejadian banjir di pusat pemindahan seperti berebut makanan, menipu dengan mengambil stok makanan secara berlebihan sebenarnya mencerminkan perangai rakyat (terutama rakyat Kelantan) yang sepatutnya berubah dibawah pemerintahan berlandaskan Islam.  Ini menunjukkan pemerintahan berlandaskan Islam (bukan salah ajaran Islam) selama bertahun2 tidak berhasil (Sorry to say).  Diharap dengan kejadian banjir ini, akan berlaku hikmah yang besar dari segi pemerintahan kerajaan (BN dan pembangkang) dan perangai rakyat juga.


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:16 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-1-2015 09:19 AM
poyohabis replied at 5-1-2015 08:53 AM
X tau mn citer betul kan.. Coz ms tgh bah ari tu member yg duk kat kb ckp dia org tunggu je air dr k ...

Of course boleh tahu mana yang betul dan mana yang idak.

Kerajaan kelantan sendiri sebelum ni telah pernah mengakui bahwa kawasan hutan di gua musang telah di tarah untuk pembalakan sebelum di jadikan 27 kampung yang membabitkan lebih dari 23 ribu hektar tanah di terokai untuk di buat ladang rakyat bagi tanaman kelapa sawit dan getah . Ini link ke news itu  http://news.abnxcess.com/bm/2013 ... ak-serius-nik-amar/

Yang bermakna terdapat bukti dari pengakuan kerajaan kelantan sendiri , bahwa kawasan tanah tinggi di gua musang telah di kacau keseimbangan muka buminya tu yang menyebabkan tanah loose dengan senangnya di bawa air hujan deras ke sungai untuk mencetekkan sungai kelantan di area gua musang hingga ke kuala krai  ....

Banjaran gunung tinggi yang merintangi sempadan terengganu-kelantan tu memang wujud tak boleh di nafikan dah, kedudukan sungai tembat yang jauh lebih rendah dari ketinggian banjaran gunung tu pun tidak boleh di nafikan dah .

Semua tu fakta yang senang untuk di buktikan, so tuduhan yang kata air dari empangan kenyir 2 penyebabnya memang palsu la sebab mustahil untuk air panjat gunung.

Pembalakan penyebabnya memang tak dapat dinafikan kerana memang pembalakan telah dan sedang berlaku di gua musang yang amat dekat dengan kuala krai kedudukannya tu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 09:26 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-1-2015 09:34 AM
kekekek replied at 5-1-2015 09:13 AM
Apa ke bongok sangat....berapa biji gunung air kena panjat dari Sungai Tembat tu baru sampai ke Kual ...

Ia melibatkan berderetan gunung yang bersambungan merentasi trengganu kelantan yang di sebut sebagai banjaran .

Husam pun satu, kalau nak bersuara meluahkan tuduhan yang dia dengar dari sumber khabar angin aje pun tu , patutnya dia perlu sahihkan dulu la, tanya la pakar topografi ka dulu atau memana cendikiawan yang boleh provide solid fact kalau dia tak reti guna internet untuk search info .

Kan Tuhan suruh sahihkan dulu berita sebelum sebarkan pada umum. Sahihkan tak semestinya perlu pi tengok dengan mata kepala sendiri, guna fikiran secara logik berpandukan info yang paling rasional pun dah cukup untuk membolehkan kesahihan sesatu berita di buat .

Isele kat mulut je pong pang pong pang ketika berceramah, bila sampai kat praktikalnya tu tak di amalkan langsung lah plak .

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:35 AM | Show all posts
bila layman nak jadi pandai mengalahkan engineer....


lkick~mampu gelak akan aje jahiloon2 ni...hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:39 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-1-2015 09:51 AM
durability replied at 5-1-2015 09:13 AM

.................
Ini menunjukkan pemerintahan berlandaskan Islam (bukan salah ajaran Islam) selama bertahun2 tidak berhasil (Sorry to say)
.  Diharap dengan kejadian banjir ini, akan berlaku hikmah yang besar dari segi pemerintahan kerajaan (BN dan pembangkang) dan perangai rakyat juga.

PAS bukannya mengamalkan pemerintahan berlandaskan Islam. PAS mengamalkan pemerintahan sekular selama ni . PAS menggunakan nama Islam aje tapi tak mengamalkannya dalam pemerintahan depa .


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:42 AM | Show all posts
blastoff replied at 5-1-2015 09:16 AM
Of course boleh tahu mana yang betul dan mana yang idak.

Kerajaan kelantan sendiri sebelum ni  ...

adakah projek ladang rakyat yg melibatkan pembalakan dan penarahan hutan besar2an ni dilakukan membelakangi jabatan perhutanan sehingga terjadi kesan sedemikian???

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ofc la salah negeri lain sis..negeri serambi mekoh syumul suchi xpernah salah..rakyat2 mureka pon ahlul shorga saja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:45 AM | Show all posts
hmmm......aku dh tgk gugel map.......mcm mustahil je nk kaitkan kenyir 2 tu dgn banjir kt kelantan.

tp dari pemerhatian aku banjir tu mmg disebabkan oleh penerokaan tanah hutan bermula dari sungai berok dan sepanjangnya........sambung ke sungai betis......bercantum lagi penerokaan tanah hutan dari sungai galas......

terus sambung jadi sungai galas........terus jadi sungai kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:46 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-1-2015 09:49 AM
axl_bach replied at 5-1-2015 09:42 AM
adakah projek ladang rakyat yg melibatkan pembalakan dan penarahan hutan besar2an ni dilakukan mem ...

Kalau di tanya kerajaan negeri, pasti depa kata semua di buat ikut prosedur blaka2 .

Mana depa nak ngaku kan, walau terpampang bukti kawasan pembalakan yang gondol dengan longgokan balak dan selut melangit pun depa masih sanggup menuding jari kat TNB , so memang sah2 depa takkan mengaku kata depa buat mende tak betul .
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:52 AM | Show all posts
blastoff replied at 5-1-2015 09:46 AM
Kalau di tanya kerajaan negeri, pasti depa kata semua di buat ikut prosedur blaka2 .  

Man ...

hmmmmm, so xder beza laa PAS AMNU kalo cenggini gaya pemerintahan deme...nak kata baru sepenggal memerintah x pandai lagi dah berpenggal penggal dah elok dipenggal jer PAS nih, kasi pengajaran sket....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 10:00 AM | Show all posts
ingatkan munturi BN je bebal cm maslan, rupenye ahli lobai syorga pun bebal berpisah tiada...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 10:03 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-1-2015 10:13 AM
axl_bach replied at 5-1-2015 09:52 AM
hmmmmm, so xder beza laa PAS AMNU kalo cenggini gaya pemerintahan deme...nak kata baru sepenggal m ...

Kejadian banjir kali ni telah mendedahkan kepada mata umum kepincangan kerajaan PAS di kelantan .

Selama ni PAS berselindung di sebalik nama "islam" untuk menutup kepincangan pentadbiran negeri nya dari di ketahui umum.

Tapi Allah telah mendedahkan kepalsuan depa melalui peristiwa tsunami banjir yang melanda kuala krai tu.

Hakikatnya kalau kesalahan pentadbiran sendiri pun PAS tak sanggup berlaku adil untuk mengakuinya secara berdepan tapi masih dok bersikap zalim dengan menuding jari ke arah pihak yang innocent untuk di jadikan scapegoat , camne nak laksanakan hudud yang memerlukan pemerintah bersikap adil seadil-adilnya terlebih dahulu tu ?

Pemerintah yang tak adil boleh abuse perlaksanaan hudud anytime pe .


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 10:12 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-1-2015 10:16 AM
kentel replied at 5-1-2015 10:00 AM
ingatkan munturi BN je bebal cm maslan, rupenye ahli lobai syorga pun bebal berpisah tiada...

Kat pahang MB BN nya memang bebal tahap extreme.

Ada ka penerokaan hutan di cameron yang berlaku bertahun2 tu boleh di pejamkan mata gitu je oleh nya, kemudian apabila di tegur gaya pentadbirannya siap nak saman plak sesapa yang kondem atau kritik dia , sombong tak hengat .

Dan masih terus dilantik jadi MB plak tu , begitu punya tak tahu mentadbir masih nak di kekalkan jawatannya buat pe , BN pun bebal gak la .
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 10:14 AM | Show all posts
blastoff replied at 5-1-2015 10:03 AM
Kejadian banjir kali ni telah mendedahkan kepada mata umum kepincangan kerajaan PAS di kelantan .  ...

aku rasa sudah cukup PAS memainkan sentimen HUDUD dan menfokuskan kepada pentadbiran lestari.....jikalau HUDUD hanya mainan di bibir maka nantikanlah pembalasan-NYA....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.217595 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list