Tak habis-habis dengan cerita program Gegar Vaganza yang melabuhkan tirainya minggu lepas. Bukan setakat kontroversi persembahan Ifa Raziah yang ditegur juri jemputan, Datuk Rosyam Nor pada malam itu, lamaran Hairul Azreen terhadap kekasihnya, Hanis Zalikha juga membuatkan ramai kawan-kawan Diva menyampah.
Terbaharu, Diva dengar ada seorang pengacara popular otai yang ‘sentap’ dengan program Gegar Vaganza sejak konsert mingguan lagi. Kata sumber, pengacara itu kurang senang apabila program sebegini diterbitkan kerana menganggap zaman peserta Gegar Vaganza sepatutnya telah lama berlalu. Ini bukan pengacara yang pernah ‘sentap’ dengan pelawak sebelum ini okey, ini pengacara lain tau.
Bagi Diva cukup mudah. Selagi diterima peminat, tak salah rasanya Gegar Vaganza diteruskan. Lihat saja aura finalis terutamanya Abang Ayai Illusi yang muncul juara pada malam itu. Tidak keterlaluan rasanya menganggap ‘orang lama’ ini jauh lebih hebat berbanding artis baharu yang berlambak ketika ini.
Pengacara itu pun kena ingat sama, kalau tidak kerana penangan program yang dikendalikannya sedikit masa lalu, mungkin sampai sekarang orang sudah lupa siapa dirinya.
Diva: Bukan setakat menyampah, sampai ‘kembang tekak’ dibuatnya dengan sebarang gimik murahan. ----------------------------------------------------------------------------------------- Sape ek?
|