CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12900|Reply: 89

5 Bintang simpati oleh Fazura untuk Shuib Sepahtu?

[Copy link]
Post time 12-1-2015 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 12-1-2015 01:11 PM

5 Bintang simpati oleh Fazura untuk Shuib Sepahtu?



Biasalah setiap orang mempunyai pandangan masing-masing, bagi Piao Shuib Sepahtu telah berjaya lakukan seorang diri walaupun Jep dan Pak Ya tidak dapat bersama kerana masalah kesihatan. Bintang punya hal pun boleh jadi isu, itukan hak juri masing-masing memberi penilaian.
Mungkin Fazura tidak memandang pada lawak yang dikatakan simpati ataupun sedih dibawa oleh Shuib Sepahtu. Mungkin ini dugaan tuhan buat kumpulan Sepahtu, dari satu persatu anggota Sepahtu tidak dapat bersama.
Ini adalah satu cabaran besar bagi Shuib berada di atas pentas, perihal 5 bintang yang diberikan Fazura itu tak jadi masalah, rezeki masing-masing . Apa-apa pun tunggu persembahan mereka pada minggu ini.
































This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2015 01:04 PM | Show all posts
Bertabah lah wahai forumer jangan emosi sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 01:04 PM | Show all posts
MLM 2014: Kumpulan Jalor Tersingkir, Mengaku Abaikan Anak Bini!

Kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along terpaksa menerima hakikat apabila diumumkan sebagai peserta Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang disingkirkan pada minggu ini.

Malam bertemakan 'Cerita Seram' menyaksikan tiga kumpulan berada di 'bottom three' iaitu Jalor, SYJ dan peserta feveret Zero.

Bagaimanapun Jalor terpaksa akur apabila nama kumpulan mereka diumumkan juri, Datuk Jalaluddin Hassan.

Sebelum meninggalkan pentas, Joey sempat memohon maaf kepada para penonton terutama peminat mereka.

"Apa yang saya nak cakap di sini, terus-terang berdirinya kami di sini bukannya nak mengaibkan atau merendahkan mentaliti orang-orang di luar sana.

"Kami berada di sini, kami mengabaikan anak bini kami mencari idea dan ruang semata-mata untuk menghiburkan anda semua," kata Joey seolah-olah memulang paku buah keras kepada komen Datuk Jalaluddin sebelum itu.

Pada kesempatan itu Joey turut mengucapkan terima kasih kepada Rahim kerana berani membawanya dan Along ke pentas MLM 2014 bersama Jalor.

Walaupun di awal rancangan Jalor menduduki kedudukan teratas, namun mereka menerima bahawa rezeki Jalor terhenti pada malam ini (Jumaat).

MLM 2014 disiarkan secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam setiap Jumaat, bermula pukul 10 malam dan boleh ditonton di Astro Warna saluran 132 dan Mustika HD saluran 134.

Rancangan realiti lawak terhebat ini menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara.

Minggu hadapan, tinggal 7 lagi peserta iaitu SYJ, Zero, Virus, Sepahtu, Shiro, Bocey dan Nabil yang bakal berentap sehingga ke pusingan seterusnya.


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 01:07 PM | Show all posts
pelik bin ajaib.. dlm cari ada cari...lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 01:08 PM | Show all posts
aku perasan contestant MLM kali ni kalau dibagi tema je terus kelaut lawaknya..

tapi bila minggu bebas, elok je pulak buat lawak..

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 01:11 PM | Show all posts
adoiyai..sesi royanan ka ini ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2015 01:12 PM | Show all posts
lady_rara replied at 12-1-2015 01:08 PM
aku perasan contestant MLM kali ni kalau dibagi tema je terus kelaut lawaknya..

tapi bila minggu  ...

bukan senang nak pgg tema atau pun watak. jadi pelakon dulu baru tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 01:14 PM | Show all posts
jula7 replied at 12-1-2015 01:11 PM
adoiyai..sesi royanan ka ini ?

tu la pasal royanan dari cari

Siap maki pajura semangat gila




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2015 01:14 PM | Show all posts
iols personally rasa Shuib perform malam tu memang best. In fact iols x rasa kalau Jep sorg die boleh buat standup comedy. Ok jek persembahan shuib! Best apa. Cuma x dinafikan 5bintang tu terlalu banyak since puchline die memang klaka tp jumlah punchline x padat. Aku rs bg 3 pun ok. Tops 4.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 01:17 PM | Show all posts
jojoba_beads replied at 12-1-2015 01:07 PM
pelik bin ajaib.. dlm cari ada cari...lol

tak pernah dibuat kita buat lerrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 01:19 PM | Show all posts
cik_penguin replied at 12-1-2015 01:14 PM
iols personally rasa Shuib perform malam tu memang best. In fact iols x rasa kalau Jep sorg die bole ...

bintang tu x da apa fungsi pun, yg fungsi nya undian. Percaya lah ini semua propa je. sbb tu piao x heran fazura nak bagi 5 bintang skali pun. yang sentap tu melebihi bintang di angkasa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 01:21 PM | Show all posts
piao replied at 12-1-2015 01:14 PM
tu la pasal royanan dari cari

Siap maki pajura  semangat gila

biasa la royanan pprt
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 01:44 PM | Show all posts
MLM ni markah juri bukan 70% ke leha2 semua?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bintang tu besar nilainye k..klu undian ko truk bintang tinggi ko gerenti slmt...klu bintg sket undi tinggi pun xmmbntu sgt...sbb tu org angin juri bg bintg ikut suke...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 02:02 PM | Show all posts
piao replied at 12-1-2015 01:14 PM
tu la pasal royanan dari cari

Siap maki pajura  semangat gila

adeh..sungguhpun marah..jgnla dimaki org sebegitu rupa...kan..
bagi aku..enjoy je nengok shuib malam tu..memmang kelaut sebenornye...tp cara dia kupas 'seram' tu jadik juga..

xkan asal seram nak jadik pontianak je kot???

ek piao?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 02:06 PM | Show all posts
lebih berminat nk tahu JEP sakit pe ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2015 02:09 PM | Show all posts
Mak ai pun emo malam tu.. Macam mana si shuib boleh dapat 5 bintang??

Si Nabil tiap2 minggu buat sorang pun susah nak dapat 5 *..

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Shuib idak ler kelaut sgt lawaknye. Iolss masih gelak lg tgk MLM tu. ntah laa. Iolss tak undi pun. Tak kisah la bintang byk sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 02:35 PM | Show all posts
konsert tema seram ni kucen langsung tak tgk ulangan. tgk yg live pun dah rasa nak muntah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 02:38 PM | Show all posts
buat yang tak tahu, jumlah bintang juri tu mempengaruhi keputusan ye. sebab tu ramai yang meroyan soeb dapat 5 bintang. jalor pada permulaan dengan undian sahaja no 1 kot. dengan 2 bintang dari juri, jalor tersingkir jumaat lepas.

dan soeb tak lawak pun malam tu. kumpulan lain, nabil siap props, makeup bagai, bahkan ada yang buat persembahan lebih baik daripada soeb pun dapat bintang kurang daripada soeb. sungguh low class.


just my 2 cents
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.105636 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list