CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2881|Reply: 13

5 Cara Mudah Elak Perut Buncit

[Copy link]
Post time 14-1-2015 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 14-1-2015 12:50 PM

Setiap orang mengimpikan perut yang kempis kerana ia mampu memperlihatkan fizikal seseorang lebih nampak menarik. Secara tidak langsung meningkatkan tahap keyakinan seseorang apabila berhadapan orang ramai.

Bagi mereka yang benar-benar mementingkan penampilan diri. Masalah perut buncit sering kali menjadi masalah utama untuk memilih pakaian mengikut ukuran badan. Tidak kira lelaki mahupun wanita masalah perut buncit ini memberi tekanan dan ketidakselesaan buat diri.

Namun jangan bimbang terdapat beberapa cara mudah yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah perut buncit. Mari kita singkap cara-cara mudah untuk mengempiskan perut.

1. Kurangkan Minuman Bergula

Minuman manis iaitu minuman bergula memang sukar untuk dielakkan kerana ia sudah menjadi hidangan dalam menu seharian dikalangan masyarakat. Walau bagaimanapun cuba untuk lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman bergula yang mengandungi banyak kalori. Malah pengambilan gula secara berlebihan juga mampu menaikkan berat badan dan mengundang penyakit kronik.

2. Makan Secara Perlahan

Kebanyakan dari kita sering lupa untuk kunyah makanan dengan sempurna sebelum menelannya. Situasi ini kerap berlaku apabila anda dalam keadaan lapar dan sewaktu menikmati makanan pedas. Anda tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit.

3. Akitiviti Fizikal

Lakukan aktiviti fizikal secara tetap bagi membantu mempercepatkan pembakaran kalori berlebihan. Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain.

4. Hindari Makanan Ringan

Kudapan seperti makanan ringan, makanan segera dan makanan proses sememangnya tidak baik untuk kesihatan jika diambli secara kerap. Kajian juga menunjukkan kandungan trans lemak yang tinggi dalam makanan proses dan segera boleh dikaitkan dengan penyakit diabetes, Alzheimer dan kegemukan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.

5.  Makan Buah dan Kekacang  

Apa kata mulai hari ini anda mulakan gantikan makanan ringan atau kudapan yang sering di makan dengan sesuatu yang kurang berlemak  dan jauh lebih sihat dan berkhasiat. Pisang, kacang badam, pisang dan anggur mampu membantu mengurangkan jumlah lemak di perut anda.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 12:59 PM | Show all posts
tambah lagi;

jangan minum ais
lepas makan, jangan terus minum.. tunggu setengah jam..

xpun xyah minum terus,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 02:27 PM | Show all posts
rawahah replied at 14-1-2015 12:59 PM
tambah lagi;

jangan minum ais

Tak minum terus bahaya juga, boleh mengundang sembelit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 02:43 PM | Show all posts
petuanya jgn minum ais dgn byk bersenam
tp kebanyakan yg minum ais akan kurang bersenam
yg kurang bersenam akan minum ais
selalunya camtula yg aku nampak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 02:52 PM | Show all posts
buat sit up 1000 kali satu hari mcm dlm cite american psycho huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 03:08 PM | Show all posts
Aku guna gula stevia tu ok x...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2015 04:02 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 14-1-2015 02:43 PM
petuanya jgn minum ais dgn byk bersenam
tp kebanyakan yg minum ais akan kurang bersenam
yg kurang  ...

Betul! Apapun kena konsisten.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 04:06 PM | Show all posts
matahari7001 replied at 14-1-2015 02:52 PM
buat sit up 1000 kali satu hari mcm dlm cite american psycho huhu

Kalau mampu apa salahnya. Keep it up.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2015 04:06 PM | Show all posts
alieyrina replied at 14-1-2015 03:08 PM
Aku guna gula stevia tu ok x...

Ok juga namun jangan berlebihan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
rawahah replied at 14-1-2015 12:59 PM
tambah lagi;

jangan minum ais

Pandai jaga badan. (:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 02:05 PM | Show all posts

mesti la..

i kena fit sepanjang masa u..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rawahah replied at 15-1-2015 02:05 PM
mesti la..

i kena fit sepanjang masa u..

Untong lah bini..

Dpt huby yg nsem & fit. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 02:30 PM | Show all posts
jangan makan bersulam air... sbb tu kena makan dgn perlahan...takda la tercekik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 03:02 PM | Show all posts
rawahah replied at 14-1-2015 12:59 PM
tambah lagi;

jangan minum ais

aku letih ari tu...
kuar makan dgn sorang kakak ni
udah lepas makan, dilarangnya aku minum
awatnyaaaa?  aku tanya
tunggu lepas sejam....jwb kakak tu
kejam betul...udah le pedas

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.083269 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list