View: 1699|Reply: 5
|
Nasib Hadi, kita tunggu muktamar nanti
[Copy link]
|
|
Nasib Hadi, kita tunggu muktamar nanti
- Mohd Misbahul Munir Masduki
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
IPOH – Kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih lagi relevan untuk terus menerajui Pas biarpun menerima kritikan pelbagai pihak.
Ketua Penerangan Pas Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, sebarang cadangan untuk menukar pimpinan bukan hak individu sebaliknya diputuskan di peringkat kawasan.
Menurutnya, tindakan individu secara terbuka mahu Abdul Hadi tidak dicalonkan pada muktamar akan datang adalah tidak wajar.
“Sebarang cadangan harus disalurkan di dalam mesyuarat di peringkat kawasan atau cawangan, bukan meluahkan melalui media sosial kerana ia dilihat cuba merendah-rendahkan pemimpin.
“Kita dididik untuk menegur secara baik dan bukan keluarkan kenyataan seolah-olah mahu menjatuhkan pemimpin,” katanya, semalam.
Beliau berkata, Pas Perak berpandangan, Abdul Hadi perlu kekal sebagai presiden memandangkan sumbangannya bukan sahaja diiktiraf negara ini, malah luar negara.
Mengenai cadangan agar Abdul Hadi sebagai Mursyidul Am Pas, beliau berkata, setakat ini Pas masih memerlukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memegang jawatan itu.
Kelmarin, Presiden Geng Ustaz, Norazli Musa tampil dengan kenyataan bahawa Abdul Hadi harus kekal menerajui parti itu biarpun ada pihak yang mula mengetepikannya.
Isu mengenai kepimpinan Abdul Hadi timbul selepas bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff mencadangkan pemimpin itu tidak dicalonkan sebagai presiden, sebaliknya sebagai Mursyidul Am Pas menggantikan Nik Abdul Aziz.
kredit:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
insaflah satu untuk 10 bilion tahun. jika 2 ,20 bilion tahun |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa PAS lebih teruk dari Umno pasai dalam yg sama
50 tahun ++ Umno dah ada lima presiden berbanding PAS cuma ada dua .
Umno walaupun sehuduh2nya .. sedikit sebanyak tetap memberi ruang
untuk ahlinya memilih pemimpin .. berbanding PAS yg macai sekor dua ekor
memberi pendapat untuk terus memberi sokong kepada hadi ..
ia dah di anggap sebagai satu FATWA .
ada dalam kitab depa kunun .
ikut depa Islam hanya cara ikut hadi .
|
|
|
|
|
|
|
|
rindu aku nak dengar komen
macai2 sekupang depa dekat sini .
|
|
|
|
|
|
|
|
pkr lagi teruk
hanya 1 presiden,tu pun bini sundiri...tuduh orang nepotisme , kronisme bukan main....tu bini sendiri jadi presiden,nepotisme terbesar,kronisme terbesar....bangsat punya parti
|
|
|
|
|
|
|
| |
|