CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 3

Kes Daim: SPRM Jumpa Anwar

[Copy link]
Post time 20-1-2015 12:53 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Daim Zainuddin

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

[size=0.98em]Malah, SPRM juga akan membuka kertas siasatan mengenai dakwaan penyalagunaan kuasa oleh bekas Menteri Kewangan itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata suruhanjaya itu sudah merakamkan keterangan Daim berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa sepanjang tempoh beliau memegang jawatan tersebut.

Malah, SPRM akan meminta Anwar untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Kami akan bertemu (Anwar) yang mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu.

"Kami juga menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk tampil," kata Mohd Shukri dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata kenyataan yang diberikan oleh Daim, Anwar dan mana-mana individu lain akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan seterusnya kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

"Semua siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009," katanya.

Mohd Shukri menjelaskan SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat Daim pada 1998.

Bagaimanapun, beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kes berkenaan pada masa itu membuat keputusan tiada tindakan lanjut (NFA).

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau mempunyai bukti mengaitkan Daim dengan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pembangkang itu berkata beliau sedia bekerjasama dengan SPRM jika badan itu ingin memulakan siasatan terhadap Daim.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 11:02 AM | Show all posts
Tiba2 tun daim diserang
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 10:43 PM | Show all posts
takpelah... kalau bersih dan berkata benar buat ape nak takut dan nak marah. Kalau tak betul yang malu nanti org2 yang menuduh duk kata ada bukti sana sini... biarlah sprm buat kerja mereka. Kalau boleh jangan setakat daim jer, buat sekali untuk semua wakil rakyat baik dari kerajaan maupun pembangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 03:59 PM | Show all posts

Tun det lom komen kan..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.203771 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list