CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Changa

[Tempatan] ancient secret tunnel di bukit nanas di temui

   Close [Copy link]
Post time 20-1-2015 04:11 PM | Show all posts
https://gunungbaranimadina.wordp ... sejarah-mandailing/


byk sejarah kat KL.....dari peperangan tanah asal..sampi ke tanah melayu....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 04:11 PM | Show all posts
Patut la org2 bijak kata, raja bergaduh, yap ah loy tepok tangan
Rasanya generasi sekarang tak tahu sebab aku pun baru tahu! ok, nilah keistimewaan Bukit Nanas (Bukan nenas okay) ,jika bukan kerana PERANG KLANG @THE Klang War or Selangor Civil War ...Bukit Nanas mungkin akan kekal namanya sebagai Bukit Gombak..ingat itu BUKIT GOMBAK!

Terdapat 2 pendapat mengapa nanas menjadi pilihan [ PERANG KLANG ] :
   a) duri2 pokok itu mampu menghalang kemaraan musuh yang berkaki ayam.
   b) duri pokok itu dipercayai dpt 'menawarkan' ilmu kebal dimiliki pahlawan Pahang
Warlord / Kapitan "Keris & Pemuras" Era....
- Raja Laut (Mandailing)
- Raja Mahadi (Bugis)
- Raja Abdullah (Bugis)
- Raja Ismail (Bugis)
- Tengku Kudin (Malay Kedah)
- Raja Alang (Minangkabau)
- Raja Bot (Malay Riau)
- Raja Jumaat (Malay Riau)
- Sutan Puasa (Mandailing)
- Haji Abdullah Hukum (Kerinci)
- Raja Layang (Minangkabau)
- Yap Ah Loy (Kapitan / Tengku Kudin & Raja Abdullah Supporter )
- Hai San Kongsi (Tengku Kudin & Raja Abdullah Supporter)
- Ghee Hin Kongsi (Raja Mahadi Supporter
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 04:11 PM | Show all posts
Perang di Kuala Lumpur meletus antara Raja Mahadi yang disokong oleh Raja Asal, Sutan Puasa dan orang Cina yang dipimpin oleh Chong-Chong dengan Tengku Kudin yang bersekutu dengan Sultan Abdul Samad, iaitu Sultan Selangor yang bersekutu dengan Yap Ah Loy, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada 1871-75.

Pada akhir 1871, Sultan Puasa, iaitu ketua masyarakat orang Melayu keturunan Mendahiling mengumpul orangnya di Tanjung Dua Belas (Hulu Langat).

Di situ pasukan Sutan Puasa bersatu dengan pasukan orang Mendahiling dari Hulu Slim yang dipimpin oleh Raja Berumun atau dikenali juga Datuk Imam Perang Jabarungun di Tanjung Dua Belas.

Mereka berkumpul untuk menyerang Kuala Lumpur yang dikuasai oleh Kapitan Yap Ah Loy yang disokong oleh Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad.

Pengikut Sutan Puasa yang bersatu dengan pengikut Raja Berumun tidak sempat menyerang Kuala Lumpur kerana dengan tiba-tiba pasukan mereka diserang oleh pasukan Yap Ah Loy seramai 200 orang dan dibantu oleh orang Melayu daripada pasukan Kapitan Syers yang berjumlah kira-kira 100 orang.

Sutan Puasa sempat melepaskan diri ke Klang dan menubuhkan satu lagi pasukan. Namun tidak lama kemudian, Sutan Puasa dapat ditangkap oleh pasukan Inggeris yang dipimpin oleh Residen Davidson, Residen British di Selangor. Lalu Sutan Puasa dipenjarakan di Selangor.

Bukit Nanas yang ketika itu belum lagi dikenali dengan nama itu masih menjadi pusat pertahanan Raja Asal, iaitu sekutu Sutan Puasa. Raja Asal membina kubu pertahanan di Bukit Nanas dengan menanam pokok nanas di sekeliling kubu tersebut. Tujuannya supaya musuhnya sukar menembusi kubunya yang dikeliling oleh pokok nanas. Pokok nanas itu boleh menjadi penghalang kepada musuh yang berkaki ayam.

Akhirnya kubu Raja Asal dapat juga ditembusi oleh pasukan Yap Ah Loy yang disokong oleh Tengku Kudin dan dibantu oleh Inggeris yang telah berkuasa di Selangor.

Raja Asal sempat berundur ke Hulu Slim. Tetapi isterinya, Wan Putih, adik kepada Bendahara Tun Mutahir Pahang, menyerah diri. Beliau kemudiannya dibebaskan.

Bukit tempat kubu terakhir Raja Asal yang ditanam dengan pokok nanas itu akhirnya dikenali Bukit Nanas, mengambil sempena pokok nanas yang ditanam di sekeliling kubu.

Raja Asal yang dianggap ketua oleh masyarakat Melayu keturunan Mendahiling akhirnya berpindah ke Changkat Piatu di Kinta, Perak. Pada masa Inggeris mencari Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor, kerana terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch pada 1875, Raja Asal diminta oleh Inggeris untuk menolong mencari pahlawan Melayu Perak itu.

Waktu itu Raja Asal tidak berjaya menangkap penentang Inggeris itu. Tetapi kerana sangat menghargai jasanya, Inggeris melantik anak angkat yang juga anak saudaranya bernama Raja Bilah, menjadi Penghulu Mukim Belanja yang berpusat di Pekan Papar pada 1882-1909.

Pada 1877, Raja Asal meninggal dunia dan dimakamkan di atas sebuah bukit di Changkat Piatu dekat Batu Gajah.

Saya pernah melawat makamnya pada 1977, iaitu ketika sedang menyiapkan buku yang bertajuk Tempat-tempat Bersejarah di Negeri Perak.

Menurut Allahyarham Haji Waad juga, sekutu Raja Asal, iaitu Syed Mashur, berkubur di Hulu Kelang.

Beliau juga dikalahkan oleh angkatan perang Inggeris dengan sekutu angkatan perang Yap Ah Loy dan Tengku Kudin. Syed Mashur lari ke Perak dan terlibat pula menolong Inggeris mencari pahlawan Melayu yang membunuh Birch.

Syed Mashur akhirnya dilantik oleh kerajaan Selangor yang dikuasai oleh Inggeris menjadi Penghulu di Daerah Kerling.

Pada 1975 saya mengunjungi makam Syed Mashur yang terletak di Kerling. Saudara mara Syed Mashur masih ramai tinggal di Kerling hingga sekarang. Sultan Puasa selepas keluar dari penjara di Kelang, terus menetap di Sungai Mulia, Gombak.

Di situ, beliau memiliki sebuah rumah dan sebuah tasik kecil yang dikenali Tobek Sutan Puasa. Letak tasik itu betul-betul di belakang Masjid Sungai Mulia. Tobek Sutan Puasa masih ada hingga ke hari ini.

Haji Waad telah dilantik menjadi Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu pada 1970, menggantikan Tan Sri Ahmad Perang. pada masa saya tinggal di rumahnya, iaitu dari 1962, saya berkenalan dengan keluarga Ahmad Perang dan keluarga Datuk Abdul Razak, iaitu ketua Akauntan Keretapi Tanah Melayu.

Abdul Razak, setelah bersara melibatkan diri dalam perniagaan. Beliau menduduki sebuah rumah besar berbentuk Minangkabau berdekatan Taman Merbuk dan Tugu Negara.

Saya mendapat tahu bahawa Abdul Razak telah meninggal dunia pada tahun 80-an. Isteri allahyarham, yang saya panggil Kak Ani (Datin Noraini), berasal daripada keluarga Dato' Jaaffar Mambak. Saya mengenalinya semasa tinggal di Jalan Syer. Rumahnya tidak jauh dari rumah Allahyarham Haji Waad Jamaludin.

Haji Waad berpindah ke Jalan Keramat Hujung selepas bersara sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu pada 1970-an. Tapak rumah di Keramat Hujung itu saya yang berusaha menyuruh Hj. Waad membelinya daripada Melan Abdullah yang waktu itu bertugas sebagai wartawan di Utusan Melayu. Beliau meninggal dunia pada 1986 ketika usianya mencecah 80 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 04:13 PM | Show all posts
bluezink replied at 20-1-2015 04:11 PM
Patut la org2 bijak kata, raja bergaduh, yap ah loy tepok tangan
Rasanya generasi sekarang tak tahu ...

Yang terlibat dalam Perang tu
Melayu Jati ( Melayu Asal)
-Melayu Kedah

Pendatang
-Bugis
-Minangkabau
-Mandailing
-Riau
-Kerinchi


Melayu Pahang rasa ada masuk campur





Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 04:15 PM | Show all posts
the_killer replied at 20-1-2015 04:11 PM
Perang di Kuala Lumpur meletus antara Raja Mahadi yang disokong oleh Raja Asal, Sutan Puasa dan oran ...

mandaling minang bugis berperang, org jawa sibuk mencari rezeki dgn aman
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 04:17 PM | Show all posts
kecimpret replied at 20-1-2015 04:15 PM
mandaling minang bugis berperang, org jawa sibuk mencari rezeki dgn aman

..masa tu orang jawa tak byk...depa dtg tahun 1900....naik kapal berhimpit2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2015 04:18 PM | Show all posts
gee hin ngan hai san berperang, sapa pulak tepok tangan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 04:19 PM | Show all posts
snipersnake replied at 20-1-2015 04:18 PM
gee hin ngan hai san berperang, sapa pulak tepok tangan?

puak tamil la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 04:21 PM | Show all posts
the_killer replied at 20-1-2015 04:17 PM
..masa tu orang jawa tak byk...depa dtg tahun 1900....naik kapal berhimpit2...

biasalaaa..org jawa mana layan perang sesama melayu ni..time tu org jawa busy berperang dgn belanda diketuai jaka sembung..org mandaling,minang cabut ke m'sia x mau lwn belanda
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 04:29 PM | Show all posts
kecimpret replied at 20-1-2015 04:21 PM
biasalaaa..org jawa mana layan perang sesama melayu ni..time tu org jawa busy berperang dgn beland ...

Orang Melayu Asal..hanya mampu melihat saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 04:40 PM | Show all posts
Edited by Decaffeinated at 20-1-2015 04:41 PM
Changa replied at 20-1-2015 02:42 PM
pernah ada sis, bukan sekarang masih ada,
katanya bukit gombak (nama asal), ummagh mandaling yg k ...


yang pasti sekarang udah ada suspension bridge.... buat masa ini sedang diuji oleh monyet2 urban bukit nenas...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 05:52 PM | Show all posts
the_killer replied at 20-1-2015 02:43 PM
mandailing ni berperang dengan orang minangkabau....masa perang padri rasanya....so permusuhan tu  ...

hidup minangkabau.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 05:53 PM | Show all posts
the_killer replied at 20-1-2015 03:15 PM
Syd suku apa? uncle AN kata dia Suku Biduanda ..

suku biduanda ramai jadi pembesar dan bijak2...

3 batu where u at??
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 05:59 PM | Show all posts
tapibukanaku replied at 20-1-2015 05:53 PM
suku biduanda ramai jadi pembesar dan bijak2...

3 batu where u at??

hi gadis jolubu


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 06:01 PM | Show all posts

jgn terlopeh semayang subuh..


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, 19th century tunnel je pon takde la ancient mana. Kalau kurun ke 10 ka boleh la panggil ancient.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 06:06 PM | Show all posts
tapibukanaku replied at 20-1-2015 06:01 PM
jgn terlopeh semayang subuh..

(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur

Chorus
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

Ulang Chorus

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)

Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 06:12 PM | Show all posts
kecimpret replied at 20-1-2015 03:59 PM
musuh ketat dgn sekolah aku ni..setapak high skool

Setapak High Skool sekolah budak jahat okayy.... sebaris dengan MBS Sentul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 06:18 PM | Show all posts
kecimpret replied at 20-1-2015 04:21 PM
biasalaaa..org jawa mana layan perang sesama melayu ni..time tu org jawa busy berperang dgn beland ...

Mo tanya... Jaka Sembung ni sebaris dengan Barry Prima kann...?

Kannn...?



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 06:18 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 20-1-2015 06:12 PM
Setapak High Skool sekolah budak jahat okayy.... sebaris dengan MBS Sentul.

botak chin pun ex mbs sentul. mafia boy skul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.080234 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list