CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2552|Reply: 12

[Tempatan] Pengedar dicekup - abg kastam kacak tiga serangkai tersenyum bangga

[Copy link]
Post time 21-1-2015 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 21-1-2015 08:27 AM

KOTA KINABALU – Dua lelaki dipercayai pengedar dadah diberkas setelah selesai mengambil dua kotak bungkusan dadah jenis Methamphetamine seberat 26 kilogram (kg) bernilai RM4.9 juta atas nama mereka di hadapan sebuah syarikat penghantaran barangan berdekatan Lapangan Terbang Tawau baru-baru ini.

Kedua-dua suspek berusia 54 dan 56 tahun berasal dari Semenanjung itu ditahan pada pukul 3.45 petang, Jumaat lalu.


Pengarah Kastam Sabah, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, tangkapan itu adalah hasil imbasan pihaknya di Pejabat Kastam Cawangan Mas Kargo Tawau.

Katanya, hasil pengesanan awal mendapati kandungan bungkusan dalam dua kotak terbabit adalah dadah jenis Methamphetamine.

“Sepasukan anggota dari Jabatan Kastam negeri kemudian bersiap sedia menunggu suspek yang akan mengambil bungkusan berkenaan.

“Sebaik dua suspek terbabit membawa keluar dan meletakkan dua kotak berisi dadah itu dalam kereta mereka, kami terus memberkas kedua-dua mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Janathan memberitahu, dadah berkenaan diisi dalam 26 bungkusan plastik seberat 1kg setiap satu.

“Siasatan awal mendapati dadah tersebut dihantar menggunakan alamat dari Semenanjung. Kami masih menyiasat sama ada dadah berkenaan adalah untuk pasaran negeri ini atau dieksport ke negara ketiga,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
wahh dasat....main courier je...alang-alang celup pekasam, terus 26kg......
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
wahh dasat....main courier je...alang-alang celup pekasam, terus 26kg......
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sori ter post dua kali....

.dasat sgt le tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 08:05 AM | Show all posts
jazaa replied at 21-1-2015 07:25 AM
sori ter post dua kali....

.dasat sgt le tu.....

bukan dasat tu sis...eksaited sangat nak reply
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2015 08:28 AM | Show all posts
nampak tk gambo? entah kenapa tk leh nk copy image location
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2015 08:34 AM | Show all posts
oh kacaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 08:41 AM | Show all posts
hmmm kalau dr semenanjung lalu kurier kena scan ke?

bukan dr semenanjung xyah scan??

same cam passenger gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 08:48 AM | Show all posts
masuk nak tengok 3 abang kastam kachak sebagaimana yang diwarwarkan dalam tajuk besau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 08:49 AM | Show all posts
pasuoren replied at 21-1-2015 08:48 AM
masuk nak tengok 3 abang kastam kachak sebagaimana yang diwarwarkan dalam tajuk besau...

itu la...laju ja nk tgk abg kacak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha...ada yg kacak. Ala2 k-pop pun ada kalo pegawai kastam dr sabah ni. Ehem...meh aku perkenalkan sorang2 abg kacak bertiga ni. Pling kiri Tn. Yunus ketua kastam tawau. Tgh pengarah kastam negeri sabah. Paling kanan Tn. Bakri bahagian pematuhan dan pencegahan sabah. Adoi tajuk betul2 xleh thn.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 09:18 AM | Show all posts
laju-laju login....
nak tengok abg kacak...
kacaknya mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 09:23 AM | Show all posts
harap2 anak2 depa menjadi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075204 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list