CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1125|Reply: 0

Menyokong Parti Politik: Bersikap 'Menurut Perintah' Atau Realistik?

[Copy link]
Post time 21-1-2015 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Slogan kerajaan, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan membawa pengertian besar terhadap peranan masyarakat dalam negara perlu diberi perhatian bersama usaha membangunkan negara.Begitu juga, masyarakat memainkan peranan besar dalam senario politik negara apabila mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan empat tahun sekali.Kebelakangan ini, politik Malaysia seolah penuh drama apabila masalah dalaman parti tidak lagi dibincangkan secara tertutup sebaliknya, didedahkan kepada khalayak menerusi media untuk mewujudkan perdebatan.Apakah kenyataan dikeluarkan segelintir ahli politik negara ini hanya meluahkan emosi atau terlebih cerdik sehingga wujud ahli sendiri mencadangkan pemimpinnya berundur untuk masa depan parti dan negara.Apabila seorang wanita Melayu memilih mengikut telunjuk bangsa lain dalam perjuangan mereka, persoalannya adakah ia satu perjuangan sebenar atau tiada pegangan jati diri.rakyat Malaysia tidak ramai yang berani tampil menegur kesalahan pemimpin mereka apabila sibuk mencari makan melalui pemimpin yang disokong. Lebih kritikal apabila mereka tetap mengatakan tindakan itu betul walau terang-terangan salah.Ramai juga yang risau melakukannya kerana bimbang pekerjaan, perniagaan dan punca rezeki tersekat. Malah, ada yang takut sebab bimbang kehidupan mereka terancam. Rakyat sekarang mengundi pemimpin dengan budaya mengampu, memuji, menunjukkan sokongan berlebih-lebihan sudah menjadi kebiasaan untuk cari makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054596 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list