CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1517|Reply: 2

[Tempatan] 30 peratus badan lecur

[Copy link]
Post time 21-1-2015 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Krai: Niat seorang ibu membakar sisa barangan rosak ditenggelami banjir di depan rumah bertukar tragedi apabila anak sulungnya disambar api hingga melecur hampir seluruh badan dalam kejadian di Kampung Tualang di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrul Nizam Zamzuri, 11, terbakar 30 peratus di hampir seluruh badan, muka dan tangan kanannya.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Krai.

Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa Noraini Hamid, 35, berkata, ketika kejadian dia bersama empat anak termasuk Mohamad Fakhrul membakar sisa barangan yang rosak di depan rumah.

Katanya, ketika kejadian Mohamad Fakhrul berada di tepi api sambil memegang plastik polistirena untuk dibakar.

“Tiba-tiba api menjadi marak dan terus menyambar muka, badan dan tangannya.

“Saya yang terkejut tidak mampu berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku pantas sebelum badan anak bertukar menjadi kehitaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, anaknya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sambil menjerit kesakitan.

“Saya kemudian menyapu ubat bagi mengelakkan keadaan bertambah parah dan tidak membawanya ke hospital kerana tiada kenderaan selepas motosikal dan kereta ditenggelami banjir, baru-baru ini.

“Namun sehari selepas kejadian, keadaan muka, badan dan tangan anak menjadi kemerah-merahan.

“Saya terus membawanya ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 9:23 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaii sian dahla muka comel
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 03:46 PM | Show all posts
kesiannya la..mesti sakit tu kt muka lak tu adoi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.063139 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list