CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19662|Reply: 95

[Tempatan] Klinik Pakar Kulit Dr Ko, pilihan wanita yang pentingkan kecantikan

[Copy link]
Post time 25-1-2015 06:42 PM | Show all posts |Read mode

Semua Orang Boleh Cantik.

Begitulah motto Klinik Pakar Kulit Ko yang kini sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai ramai pelanggan terutama wanita yang mengutamakan kecantikan kulit.

Sambutan hangat di negara ini menjadikan klinik berkenaan berhasrat melebarkan operasinya lebih luas ke Indonesia dalam tahun ini memandangkan permintaan yang meningkat di negara jiran.

Pengasasnya,  Dr. Ko Chung Beng berkata, selepas Jakarta, pihaknya akan membuka cawangan di Batam, Pekan Baru dan Medan yang kini dalam proses akhir pengubahsuaian.

“Lokasi klinik semua sudah ada dan kini dalam proses pengubahsuaian. Kami menjangkakan paling dalam tempoh setahun, semua cawangan baharu ini akan boleh beroperasi. Penambahan cawangan di Indonesia merupakan platform bagi kami untuk memanfaatkan pasaran serantau dan antarabangsa.

“Strategi perniagaan ini dijangka berupaya memperkenalkan jenama Pakar Kulit Ko kei negara jiran ekoran sebelum ini ramai pelanggan dari Indonesia yang datang ke Malaysia dan menyarankan kami membuka cawangan di sana,“katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabatnya di Klang baru-baru ini.

Sehingga kini, Pakar Kulit Ko mempunyai 28 cawangan di seluruh negara, masing-masing satu cawangan di Jakarta dan Xianmen, China. Klinik ini mula beroperasi pada tahun 1997 di sebuah unit lot kedai tanpa kakitangan sebelum berkembang pesat hari ini menjadi popular dengan papan tanda iklan gergasi yang boleh dilihat merata tempat di seluruh negara.

Pakar Kulit Ko menawarkan pelbagai perkhidmatan estetik dari bidang dermatologi sehingga pembedahan plastik dan merupakan salah satu pusat dermatologi dan laser yang terkemuka di Asia apabila mendapat kepercayaan para pakar perubatan dan pelanggan dari seluruh dunia.

Ko seterusnya berkata, pihaknya juga merancangan untuk menambah cawangan baharu di China dan Australia berikutan permintaan perkhidmatan yang tinggi. Jelasnya, Beijing, Shanghai dan Nanjing bakal menjadi pilihan lokasi bagi cawangan di China manakala Perth di Australia.

“Perancangan pembukaan cawangan ini masih dalam perbincangan awal namun dijangka dapat dimuktamadkan secepat mungkin. Pembukaan lebih cawangan baharu di luar negara dilihat mampu merealisasikan impian kami untuk menakluk dunia pada masa depan.

“Para doktor di adalah penggerak utama kami dan dengan dedikasi dan kepakaran mereka, kami yakin meningkatkan lagi tahap perkhidmatan kosmetik dan estetik di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, perkhidmatan yang ditawarkan di Pakar Kulit Ko melibatkan rambut, wajah, kulit, badan, pembedahan plastik dan ortopedik. Harga yang dikenakan mengikut bajet pelanggan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang iklan kat jejantas berdekatan empire tu kan...tertera no tel
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 25-1-2015 06:44 PM
Ni yang iklan kat jejantas berdekatan empire tu kan...tertera no tel

Berani ke cuba..nti kulit bkn ok..jd K.O nti..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:54 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-1-2015 06:44 PM
Ni yang iklan kat jejantas berdekatan empire tu kan...tertera no tel

federal highway kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:01 PM | Show all posts
Dr.Ko mmg pemes. Yg ada duit mmg tak pegi cucuk kat klinik or beauty centre bodo2, derang pegi Dr.Ko. Yg kulit jd licin, sihat, putih, gebu, mmg derang pegi Dr.Ko. Gerun tgk derang belanjakan duit kat klinik Dr.Ko nih. Org semekin mcm Kittie nih tgk jer la, sib baik ummi dah lahirkan Kittie sedang elok, tak perlu pikir sal mende2 beauty care nih, sesuai la ngan tarap semekin Kittie nih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
byk giler klinik dr ko ni merata2 ada.
kayo la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2015 07:22 PM | Show all posts
Bile dah byk, nk maintain servis yg baik susah ...cek dulu doktor2 tu punye kelayakan. Kalo sekadar gp, baikle gi spital. Lg murah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:24 PM | Show all posts
Tempat aku ada 1..tp mcm takut nak masuk..sedaq diri gituu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 25-1-2015 06:47 PM
Berani ke cuba..nti kulit bkn ok..jd K.O nti..heheh

tak berani la....lagi pun mesti mahai
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
neotoxin replied at 25-1-2015 06:54 PM
federal highway kan?

Kat situla i nampak..masa jem...menghala kl
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal ge bedil! Byk lg clinic yg okay dan harga berpatutan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
I baru pg ioi city mall survey harga klinik dr lo, bkn dr ko.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr Ko orang Klang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai embrace my aging. Jerawat, jeragat, parut jerawat, big pores, blackheads, whiteheads.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:08 PM | Show all posts
Mahal nak mamp. tapi x berkesan buat apa.
Aku kena allergy kat muka & tgn merah & menggelupas. Pegi dr ko, cheras, 1st vst kena dkt RM500 Dia bagi krim & ubat allergic. 2 x lagi f/up, x ingat brapa kos.....tak de perubahan pun.

Sudahnya aku pegi Klinik Kulit Md Noh kat jln TAR tu. Lebih krg kosnya dgn dr ko. Skali dr tu tgk dgn handheld lampu ajaib dia...terus dia bagitau yg aku allergic kpd cahaya matahari (foto..apatah namanya).
Bagi ubat allergic, krim & nasihatkan aku jgn terlalu terdedah pd cahaya matahari. klu drive pakai sarung tangan . Kluar umah waktu siang,sapu sunblok spf 30 keatas.

3 x pegi...Alhamdulillah, elok jer muka & tgn aku...klu agak2 muka dah merah aku sapu krim & krim dia sgt berkesan.

Tak payahlah pergi sbb klinik dr ko ni dah mcm francais & terlalu kormesial , bukan jumpa dr ko pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:10 PM | Show all posts
tau klinik dr.nathan kt bangsar tu je klu psl mslh kulit ni....dr zmn skolah lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 09:14 PM | Show all posts
dia punya pengalaman  atau credentials ?? tak pun article tu sebut  tang history of training?

i hope to see  MRCP...derm...training UK ke....or aussie  OR  Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:18 PM | Show all posts
liton replied at 25-1-2015 09:08 PM
Mahal nak mamp. tapi x berkesan buat apa.
Aku kena allergy kat muka & tgn merah & menggelupas. Peg ...

Tuh la... org ckp skrg nih VVIP & org2 pemes jer dpt jumpa Dr.Ko direct.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
liton replied at 25-1-2015 09:08 PM
Mahal nak mamp. tapi x berkesan buat apa.
Aku kena allergy kat muka & tgn merah & menggelupas. Peg ...

Dah nama pun dr k.o... bkn dr o.k...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:22 PM | Show all posts
klinik dr.dass kat jalan reko pun ok
masa kecik memang ayah bawa ktorg g klinik tu
tapi skrg tak tau la ada lagi ke tak klinik tu
dah lama tak lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.099763 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list