CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2108|Reply: 20

[Dunia] Banduan tersilap dipenjara selama 37 tahun

[Copy link]
Post time 25-1-2015 06:49 PM | Show all posts |Read mode


NORTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT TENGGARA. Seorang lelaki berkulit hitam, Joseph Sledge dibebaskan pada Jumaat selepas dia silap dipenjarakan selama 37 tahun.

Dia menerima khabar gembira itu selepas tiga panel hakim khas yang mengkaji khas berkenaan mengarahkan dia dibebaskan.

Sledge yang berusia 70 tahun didapati bersalah membunuh seorang wanita dan anak perempuannya pada 1976.

Namun, berdasarkan ujian DNA, dia didapati tidak bersalah dan disingkirkan sebagai suspek utama.

"Saya sentiasa yakin dan percaya pada diri sendiri. Kebenaran akan tiba satu hari nanti.

"Jika anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.

Sledge ditangkap pada September 1976 selepas dikaitkan dengan pembunuhan Josephine Davis, 74 dan anak perempuannya Aileen, 57.

Sehari sebelum mayat mangsa ditemui, Sledge yang menjalani hukuman empat tahun penjara melarikan diri dari White Lake Prison Camp.

Dari 1976 hingga 2003, dia sentiasa mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan memfailkan rayuan untuk kesnya dibicarakan semula.

Pada 2003, mahkamah akhirnya memberi kebenaran untuk mengadakan ujian DNA yang baharu.

Perbicaraan semula kesnya dijalankan pada 2008. - Press TV
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 06:59 PM | Show all posts
ai baca berita ni semalam, kesilapan ni berpunca drpd kecuaian kerani mahkamah... satu bahan bukti penting iaitu helaian rambut pembunuh sebenar dilupakan sbb diletak di atas rak paling tinggi dan pengakuan palsu drpd key witnesses. ai harap joseph sledge akan saman polis, DA dan mahkamah sampai tinggal spenda. Dekat 40thn merengkuk dlm jel atas kesalahan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
37 years down d drain..
harap lawyer dia dapat nail those bast**ds ( ayat movie)
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:04 PM | Show all posts
dani-rox replied at 25-1-2015 06:59 PM
ai baca berita ni semalam, kesilapan ni berpunca drpd kecuaian kerani mahkamah... satu bahan bukti p ...

  Keji sgt! Kesian dia, hidup berlalu camtuh jer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:06 PM | Show all posts
kesian dia.......................37 tahun tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:13 PM | Show all posts
Kittie replied at 25-1-2015 07:04 PM
Keji sgt! Kesian dia, hidup berlalu camtuh jer.

nampak segak w/pon dah 70thn... semoga usia uncle joseph ni panjang supaya dpt enjoy kehidupan yg dirampas drpd beliyaw.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2015 07:22 PM | Show all posts
Mcm tu pun dia still positiv thinking...saman la pihak betanggungjawab tu nanti..sgt x patut apa yg terjadi pd ankel ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyer...hmpir 40thn dihbskn ms dlm jail diatas kesalahan yg dia tak buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
37 years in jail because of a mistake by an idiot. He should sue that idiot and the authority.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:28 PM | Show all posts
4 tahun penjara sebelum ni sebab apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembunuh sebenar dah mati kut ...tp yang menganiaya beliau harap dipenjara 37 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:35 PM | Show all posts
berrygurl replied at 25-1-2015 09:28 PM
4 tahun penjara sebelum ni sebab apa?

larceny... legal term utk mencuri kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:37 PM | Show all posts
bole tulis buku pasni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:55 PM | Show all posts
mujur ada yang review kes atuk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ni kalau saman mmg boleh menang juta2. tp umur pun dah 70 thn ... sempat manalah sgt dia nk berjoli2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:14 AM | Show all posts
tahun lepas masa kat new york, aku ada tengok dokumentari sorang banduan yang wrongly convicted gak selama 30 tahun lebih kurang..

yang tu pun sedih gak, dipaksa untuk mengaku bersalah.. pegawai penyiasat saje putar belit kata "kalau awak mengaku sekarang, saya akan bebaskan awak"

mamat tu macam lurus bendul, terus mengaku.. nasib baik sekarang ada ujian DNA untuk buktikan beliau tak salah

di US memang ada ganti rugi diberi kepada orang yang salah dijatuhkan hukuman.. mamat yang aku tengok dalam dokumentari tu dapat berpuluh juta gak seingat saya la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman balik pun...
Mcm x berbaloi...
Umo dh 70+
Bukan 17

At least calar balar kredibiliti pihak berkuasa sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:48 AM | Show all posts
saman jgn x saman. pastu atok ni boleh la joli duit2 die. x joli g sedekah ke buat amal jariah ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 04:06 PM | Show all posts
dani-rox replied at 25-1-2015 11:35 PM
larceny... legal term utk mencuri kot

Tq atas pencerahan wak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 04:26 PM | Show all posts
ayoo... kalo iolss saman jgn tk saman.....
37tahun hidup terbuang kt penjara sbb bkn kesalahan kite..
dh la ddk dlm penjara mental & fizikal kena kuat...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077571 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list