CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3212|Reply: 11

[Tempatan] Plat Kenderaan ‘fancy’ Kembali Lagi

[Copy link]
Post time 26-1-2015 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Plat kenderaan ‘fancy’ kembali lagi
Sebuah kereta mewah berwarna 'chrome' yang didapati menggunakan plat WNU dan  memasang logo menyerupai orang kenamaan (VIP) yang dirakam di ibu negara, Sabtu. Foto pembaca TRP


[size=100%]
KUALA LUMPUR, 25 Januari:
Segelintir pemilik kenderaan, termasuk yang  berkedudukan dan berpendidikan tinggi masih mengggunakan nombor pendaftaran  atau plat kenderaan ‘fancy‘ yang tidak mengikut  spesifikasi walaupun tahu ia menjadi satu kesalahan, seolah-olah sengaja  mencabar pihak berkuasa.

Terbaru, The Rakyat Post menerima  sekeping gambar yang dikirim pembaca memaparkan sebuah kereta mewah dipercayai  jenis Bentley berwarna perak menggunakan plat ‘fancy‘ sehingga nombor  asalnya tidak dapat dikenalpasti.

Gambar yang dirakamkan pada Sabtu di lebuhraya  di sekitar Lembah Klang itu menunjukkan kereta berkenaan menggunakan plat WNU,  selain turut memasang logo menyamai kereta orang kenamaan (VIP).

Ketua Cawangan Trafik Kuala Lumpur,  ACP Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi mengakui penggunaan nombor  plat tidak mengikut saiz, terlalu rapat dan menggunakan bentuk huruf atau nombor  yang tidak dibenarkan hingga menyukarkan pihak berkuasa mengenalpasti nombor  pendaftaran sebenar kenderaan didapati semakin berleluasa terutama  membabitkan motosikal serta kenderaan mewah dan yang diubahsuai.

“Pemilik kenderaan yang dikesan melakuan  kesalahan tersebut akan diberi teguran dan dikenakan kompaun jika terus berdegil  melakukan kesalahan tersebut,” katanya.
Alasan tidak tahu bahawa penggunaan nombor plat ‘fancy‘ menyalahi undang-undang tidak boleh diterima kerana ia  bukan sesuatu yang baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Imbas  kembali keratan akhbar Berita Harian dramatis disaman guna plat MOMMY. – Foto  arkib TRP
Mengenai penggunaan logo tertentu pada  kenderaan juga perlu dilihat sebab ianya digunakan dan sama ada ia tersenarai  sebagai logo yang dibenarkan.

Sebelum ini, dramatis Khaty Fauziah, ibu kepada  pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) kerana memandu sebuah kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran ‘MOMMY’.

Nombor plat hasil olahan terhadap nombor plat  asal MCM 1774 itu dipasang pada kereta jenis Audi A5 yang dihadiahkan oleh Sam  kepada beliau.

Beliau bagaimanapun akur dengan kesalahan itu  serta menasihati golongan artis dan seluruh anggota masyarakat agar mematuhi  undang-undang kerana tiada sesiapapun yang mempunyai hak istimewa  hingga tidak tertakluk kepada undang-unndang.



TRP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 09:02 AM | Show all posts
some people are the untouchables....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bentley crome tu sape punye tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:22 AM | Show all posts
logo 'org kenamaan' tu yang sah sapa yang keluarkankah?
dan sapa jek yang boleh gn logo 'org kenamaan' itu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:22 AM | Show all posts
deme kebal. berdaulat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:25 AM | Show all posts
laa..bentley rupanya, sekali pandang mcm aston martin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 09:31 AM | Show all posts
cantik la warna kter ni..

sok plet betul nyer...hanya WNU je ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:34 AM | Show all posts
alang2 cmtu, baik tk yah psg no. plet gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 09:46 AM | Show all posts
bulalof replied at 26-1-2015 09:02 AM
some people are the untouchables....

I am not the untouchable

But i am the 'degil'able
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:49 AM | Show all posts
dalam ajaran islam ada kasta kah?

org kenamaan org kebesaran bebal disaman dan dihukum?
rasuah 10 juta penjara 1 tahun
cuba lihat si bekas mb selangor ameno

curi susu tepung 2 tin penjara dua tahun
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:52 AM | Show all posts
still takleh lawan riak and takabur hk style.

1. pakai bugatti veyron - dah tentu org tgk.
2. kaler pulak oren - lagi org tgk.
3. plet: "LEGEND" - mmg gila babeng punya riak dan takabur dan menunjuk2
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:19 AM | Show all posts
w17u kot..ala derg ni sepuluh kali kena saman pon derg bayo je.. tu masalahnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.068367 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list