CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7016|Reply: 38

Sindiran Siti Jarum MM- "Susahnya jadi artis di MalaYsia"

[Copy link]
Post time 26-1-2015 11:43 AM | Show all posts |Read mode
CT Jarum menghencap sapa ni???  huhuu....  mestilahh reputtzz2 hiburan kan...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Susahnya jadi artis di Malaysia
SITI JARUM (SITI_JARUM2009 @YAHOO.COM)

Walaupun banyak yang menyimpan cita-cita nak jadi artis, tapi kalau boleh simpahlah baik-baik cita-cita itu. Bukan mudah menjadi artis di Malaysia ini. Tengok saja mudah tapi sebenarnya sangat payah. Kalau diletakkan artis Hollywood pun mereka akan cabut lari kerana tak tertanggung cabaran yang menanti. Semua kepayahan ini Siti tengok daripada pembacaan Siti di media cetak yang menulis tentang artis kita. Maka selepas banyak membaca Siti pun membuat kesimpulan tentang susahnya untuk menjadi artis di negara kita. Dahlah bayaran kecil, persaingan besar nak jaga orang media pula bukannya mudah.
Antara kriteria untuk menjadi artis di negara ini ialah mesti mesra media. Kalau mesra media dan selalu tunjuk muka senyum kepada wartawan, anda akan digelar “mesra media”. Apabila mendapat gelaran ini mudahlah untuk mendapat tempat dalam media walaupun kebolehan anda tak seberapa. Kriteria lain ialah jangan berlagak diva. Siti sendiri pun tak faham istilah diva tetapi hentam sajalah sebab semua surat khabar dan majalah selalu tulis istilah ini. Kalau anda berlagak diva (jangan tangan Siti cara-cara berlagak diva sebab Siti pun tak tau diva itu apa bendanya) maknanya wartawan akan menjauhkan diri daripada anda.
Sebenarnya kriteria yang sama juga ditetapkan oleh sesetengah wartawan kepada Ketua Pengarah Finas. Sebabnya ada wartawan menulis memuji Ketua Pengarah Finas kerana tidak lokek senyuman dan mesra media. Boleh buat kerja atau tidak, tak menjadi masalah asalkan murah senyuman dan mesra media.

Tapi Siti tak pernah tengok pula tulisan hiburan di luar negara yang mempertikaikan artis Hollywood yang tak mesra media. Siti agak-agaklah kalau nak cari artis Hollywood yang mesra media, alamat tak jumpalah. Nak mesra macam mana nak dekat pun tak boleh. Tapi wartawan sana tak tulis pula artis mereka tak mesra media. Begitu juga dengan isu berlagak diva, Siti belum pernah baca lagi cerita tentang artis Hollywood yang berlagak diva. Kalau nak dikira mereka memang berlagak pun tapi tidak menjadi isu. Di sini kalau buat begitu alamat kena hentamlah. Balik-balik timbul isu berlagak diva.

Rasa-rasanya kenapa wartawan di sana tak ambil kisah sangat dengan hal-hal remeh-temeh tentang artis mereka? Atau mereka faham bahawa menjadi artis itu adalah satu hak eksklusif yang tidak ada kepada orang lain, tak boleh orang senang-senang nak bergambar, bersalam atau berpeluk dengan artis macam di sini?
Barangkali kalau wartawan kita berkerja di Hollywood, sudah tentu tak menang tangan nak tulis pasal artis yang tak mesra media dan berlagak diva. Mungkin setiap hari tulis benda yang sama kerana artis di sana memang berlagak diva. Tapi mereka tidak boleh tulis pula kisah artis itu yang dengki dengan artis ini seperti di negara ini.

Siti fikir untuk membuat anjakan kepada artis-artis kita, pihak wartawan terutama wartawan muda yang urban kenalah membuat anjakan dulu. Rasanya banyak juga isu lain selain berlagak diva yang boleh diajukan kepada artis kita. Cubalah bawa artis kita keluar dari dunia mereka yang sempit itu. Walaupun banyak artis kita hanya menjaja kontroversi yang basi tapi ada juga yang ada pemikiran besar tentang dunia kerjaya mereka.
Kalau nak diikutkan orang yang berlagak diva, bukan artis sahaja, orang lain pun ada yang terlebih diva yang menyusahkan wartawan mendapat kerjasama mereka. Jadi, marilah kita sama-sama membuat anjakan. Siapa lagi yang akan mengubah dunia hiburan kalau bukan wartawan hiburan yang muda dan bertenaga. Tapi kenalah banyak membaca, jangan baca tulisan sendiri saja.

SITI JARUM: Syukur kerana masih diberi peluang menulis di Mingguan Malaysia, ingatkan kontrak sudah tak disambung.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ct jarum hencap reputz ka
Kerlassss nok
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Reputz sini yg diva lebih.
Bajet tuhan tentukan hala tuju career org.
Pooraah. Wartawan pprt otak cikai
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:59 AM | Show all posts
kaka @siputsepit ka siti jarum tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:02 PM | Show all posts
kes shila amzah ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:05 PM | Show all posts
dah lama tak beli mingguan malaysia

ruangan feveret : siti jarum
halus...tapi tajam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 12:05 PM | Show all posts
bila baca artikel ni terus bayangkan shila amzah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:07 PM | Show all posts
jula7 replied at 26-1-2015 11:59 AM
kaka @siputsepit ka siti jarum tu?

meols syak jugek ...tp seperti biasa kaka @sepitsiput akan menafikan jugaaaa..


jawapan cliche sheols...dia hanyalah janitor kat FMC jahhh... hikhikkkk....<ampun kaka...jgn hencap adik....>
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 12:08 PM | Show all posts
hahaha..geng2 siti jarum gak
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:16 PM | Show all posts
Bila Siti Jarum hencap wartawan hiburan ni.. teringat plak kat Zubir dulu... hikssss
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:28 PM | Show all posts
habis la siti jarum kena pulau dengan reputs hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:32 PM | Show all posts
sape pulak kali nih yang dibahaskan nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:34 PM | Show all posts
siti jarum  - ku seman ku hussein...editor mingguan/utusan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:35 PM | Show all posts
sape makan maggi sila rasa kenyang! *eh tiba2..*
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:36 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 26-1-2015 12:07 PM
meols syak jugek ...tp seperti biasa kaka @sepitsiput akan menafikan jugaaaa..

khen...
kaka sepitsiput kan memahami rintihan marhaen di forum ni...

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
motip compare dgan hollywood? hollywood tu senang ke jd retis?? probability nak jd pemes kt hollywood kerana kontroversi adalah 5% jah. itupn kalau ada rupa mcm kim k tu.. femes kerana video sex.. yg lain2 harus laa gifted n talented gilaaa bru hollywood bg muka.. masalahnya kt malaysia ni yg gifted? berapa kerat je.. dahla tak gifted pstu nak berlagak.. harusss la reputz bo layan... shud learn from yuna.. yuna pn x suka layan reputz.. tp sebab sheols talented, gifted bila hasilkan lagu, reputz yg cari sheols.. igt lg dlu melodi terjah yuna sbab tak layan media right after dan sbenarnya femes.. sheols jwab selamba je.. sy x suka privacy sy diganggu.. klau nak tahu cerita kerjaya sy silakan. tp jgan ganggu waktu sy bsama family...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 12:47 PM | Show all posts
setahu aku siti jarum ialah ku seman ku hussein, wartawan senior & pengkritik filem. tak tau lak kalau dah bertukar.

aku rasa dia maksudkan artikel pasal mr arrogant dlm bi pop hari tu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:24 PM | Show all posts
kagum sgt2 dengan siti jarum n ellyana wartawan blog murai tu coz sangat2 profesional dan jujur
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:38 PM | Show all posts
Santeira replied at 26-1-2015 12:47 PM
setahu aku siti jarum ialah ku seman ku hussein, wartawan senior & pengkritik filem. tak tau lak kal ...

Retis sendu pon Siti Jarum ambik kesah ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:41 PM | Show all posts
setau i kn...artis hollywood kalu mendiva mmg x hengat dunia...
contoh cam mariah carey, j-lo, beyonce...
xde lg artis mesia yg perangai teruk cam theyols..
tp i yg rakyat marhaen n x bercampur ngn golongan retis ni mmg xtaula perangai sbnr retis kte..

n reputz theyol pn melampau, siap panjat2 pagar lg utk sekodeng smpai ada yg dpt restraining order...
nak hencap reputz pn xblh jgk sbb theyol nak jual paper...
contoh ada 2 headline "video lucah artis A tersebar" vs "artis B dianugerahkan tokoh maal hijrah", confirm paper artis A yg licin..
so demand vs supply...
kalu weols blh tahan diri dr baca gosip2 / cite kontroversi artis, mgkin reputz akan beriya2 cover berita kejayaan artis...
tp, mampukah kita x baca gosip??

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.094196 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list