CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8077|Reply: 39

Siapa Pengarah minta habuan seks

[Copy link]
Post time 27-1-2015 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Tindak tanduk seorang pengarah lelaki ini sangat keterlaluan kerana sering menipu setiap individu yang terbabit dengan pembikinan filemya daripada pelabur, artis, jurusolek sehinggalah kru produksi.
Bukan sekali dua bahkan sudah kerapkali dia buat perkara sama, tetapi nasibnya baik kerana sering terlepas daripada tindakan walaupun aduan dibuat kepada persatuan yang berkaitan dan pihak berkuasa.
SS gerun mendengar apabila ada tuduhan mengatakan dia turut minta habuan seks daripada pelakon wanita yang berlakon bawah arahannya. Kerana terlalu marah, ramai pihak mencarinya untuk ambil tindakan sendiri.
Bagaimanapun, pengarah yang pernah mencetuskan kontroversi ini agak licik melepaskan diri dari mereka kerana pandai bersembunyi. Namun sejauh mana dia nak melarikan diri kerana Kuala Lumpur bukanlah besar sangat.
Ada sumber memberitahu SS, satu gerakan besar-besaran dimulakan oleh seorang individu yang juga mangsa pengarah ini untuk membawanya ke muka pengadilan.
Dia yang pernah terbabit sebagai kru produksi serta pelakon filem arahan pengarah ini bekerja keras mencari mangsa pengarah ini yang bersetuju memberikan pengakuan serta menjadi saksi kes ini apabila dibawa di mahkamah nanti.
Malah, dia juga berani berterus terang menulis perkara ini di laman sosial dan meminta sesiapa yang pernah jadi mangsa agar tampil memberikan kerjasama untuk memudahkan siasatan nanti.
SS pun tidak sangka sebegini sekali berani pengarah ini buat kerja terkutuk itu. Tidak dinafikan sebelum ini SS lihat dia sering tampil dengan sidang media mengumumkan akan menerbit dan mengarahkan filem baru, namun rupanya ada agenda lain disebaliknya apabila dia menipu pelabur.
SS: Sering jumpa manusia 'propa' dalam bidang seni.





Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 January 2015 @ 5:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26477#sthash.NxsiXzdL.dpuf




*KUANGJAQ....Sapa?
meh le wat analysis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2015 01:34 PM | Show all posts
Pelakon baru dedah pengarah minta habuan seks. hiburan



KUALA LUMPUR - Bekas peserta program realiti Raja Lawak musim kelima, Elly Sarimah atau nama sebenarnya Sarimah Mohd Daud pernah berdepan situasi menakutkan apabila seorang pengarah drama mengajaknya ke ‘bilik tidur’ ketika dia baru memulakan kerjaya sebagai artis sejak setahun lalu.

Katanya, selepas program Raja Lawak berakhir, dia menerima panggilan daripada seorang pengarah drama yang memintanya datang ke pejabat dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran berlakon.

Tanpa syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai, dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat kerja.

“Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja. Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya supaya berani menyerahkan tubuh.

“Saya bertanya padanya, apakah cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil keputusan menolak tawaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Elly berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam masa singkat.

“Kalau mahu buat kerja terkutuk seperti itu, sudah lama saya lakukan, tapi saya mahu mencari rezeki halal. Walaupun pengarah gatal seperti ini menyatakan saya susah dapat kerja lain jika tidak mengikut kehendaknya, saya tidak kisah.

“Kerjaya saya bermula dari bawah sebagai bekas peserta program realiti dan kemudian mencuba nasib sebagai pelakon tambahan.

“Biarlah saya tidak popular atau mendapat tawaran hebat asalkan jujur dan bekerja bersungguh-sungguh,” katanya yang pernah membintangi drama Ini Harta Aku Punya, Biasa Je, Jejaka J dan Luka Seorang Perempuan.

Pelakon berasal dari Taiping, Perak, ini juga pernah melalui peristiwa sama ketika menerima pelawaan seorang lagi pengarah untuk makan malam. Tembelang sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia bertindak berani memegang tangan dan merabanya.

“Dia tanya bila mahu ‘bermesra’ dengannya, sedangkan dia sudah berikan saya kerja. Saya yang tak selesa dengan situasi itu pantas bangun dan memarahinya lalu meninggalkan dia.

“Sebelum bergelar artis, saya pernah dengar ada orang bercerita mengenai cabaran dalam industri hiburan ini. Apabila melalui pengalaman hitam seperti ini, baru saya percaya ia benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Elly, yang penting, dia perlu lebih berhati-hati ketika berurusan mengenai sesuatu kerja.

“Jangan percaya janji manis pengarah atau produser yang mahu beri kerja semata-mata menerusi jalan mudah iaitu tidur dengannya.

“Lelaki itu berjanji akan menyimpan rahsia apabila artis perempuan sanggup menjalin hubungan sulit, tetapi itu hanya janji palsu.

“Seboleh-bolehnya, saya mahu berkongsi pengalaman hitam ini dengan artis perempuan lain, terutama yang baru menceburi bidang ini, supaya tidak menjadi mangsa,” katanya yang bakal muncul dengan single, Ke Tepi Ke Tengah tidak lama lagi. - Metro


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:36 PM | Show all posts
pengarah ajak tido,
lenjan retis baru
retis baru gelenyar serah tubuh pada pengarah

itu biasa...
dah turun temurun
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
knp nak speku2 ni..bgtahu jela nama pengarah tu..kang x pasal2 fitnah org y x tlibat plak:zz:zz kasi pecah itu lombong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 01:40 PM | Show all posts
Jamilahbebee replied at 27-1-2015 01:38 PM
knp nak speku2 ni..bgtahu jela nama pengarah tu..kang x pasal2 fitnah org y x tlibat plak:zz:zz kasi ...

ni aku pon tatau ....tu yang duk cari kat sini... rasenye org industri ni tau je ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:49 PM | Show all posts
zed zaidi mana zed zaidi?
hebat melalak bila retis seberang job lebat/menang anugerah jah
masalah turun temurun gini ko buat bodo jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2015 01:49 PM | Show all posts
kalau dedulu, pengarah mamak tuh...
hahahaah

kuat ngesek sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya..kalau iman tak kuat rebah jugak. So apakah pelakon2 sendu yg hidup mewah tu dah jadi mangsa? Erk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 01:50 PM | Show all posts
siapakah pengarah itu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 27-1-2015 01:49 PM
kalau dedulu, pengarah mamak tuh...
hahahaah


japp..pengarah mamak yg mane uols
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:52 PM | Show all posts
keji giler taktik pengarah tu.. nak berlakon kena 'berlakon' dgn heols dulu kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:00 PM | Show all posts
Syd replied at 27-1-2015 01:49 PM
kalau dedulu, pengarah mamak tuh...
hahahaah

lepas tu heols benti mengarah kejap konon merajuk ke ape tah
tah tiba2 (bila tah akak tak pasti) katanye heols nak buat kambek
nantikan kemunculan pilem terbaru arahan saya katanye
sebelum arah pilem, harus lah nantikan arahan asah pensel khuennn
mampos laa pelakon baru hadap sangat nak glemer
kena mengasah pensel pun asah lah nak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 02:13 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 27-1-2015 02:00 PM
lepas tu heols benti mengarah kejap konon merajuk ke ape tah
tah tiba2 (bila tah akak tak pasti)  ...

eh eh... siapakah ini ye... nampak mcm kene je yg kat atas tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 27-1-2015 02:00 PM
lepas tu heols benti mengarah kejap konon merajuk ke ape tah
tah tiba2 (bila tah akak tak pasti)  ...

ooooookkk cam iols dah tahu dah sape dmaksudkan...kehkehkeh matilanakkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:22 PM | Show all posts
bile gugel, dah bertahun2 ade kes pengarah gatal ni.. adekah kes2 ni dari orang yang sama? sampai la nie masih nak hide identity dia? buat la report polis.. paper pun takyah la nak hide2..mana tau ade ramai lagi mangsa lain tapi tak berani nak mengadu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:24 PM | Show all posts
name sarimah tp name retis elly sarimah..mane datang elly pon xtahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengarah yg baling gelas kacau kt muka Johan Mak jemah tu ke???? Kuat betul nk ngeseks mamak tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamak ramai yg jd pengarah. Yg mana satu.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah hanya org2 dlm industri je yg tau siapa pengarah tersebut....tapi tak berani nak sebut siapa....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:50 PM | Show all posts
hzln replied at 27-1-2015 01:49 PM
zed zaidi mana zed zaidi?
hebat melalak bila retis seberang job lebat/menang anugerah jah
masalah  ...

Zed Zaidi sibuk cari list artis yg jadi call girl..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.189120 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list