Hai, lama tak jumpa. Pernah tak sepanjang kamu bekerja, kamu menerima mesej atau email dari boss menyatakan dia hendak berjumpa kamu pada sekian-kian hari dan masa? Kalau kamu pekerja dedikasi, tentu kamu rileks je, tak menggelabah. Tapi kalau kamu macam saya? *batuk*
Ini antara perkara terawal yang biasanya kamu akan fikirkan bila boss tiba-tiba nak berjumpa kamu:
1. Aku ada buat salah apa?
Selalunya boss kamu tak hairan dengan kehadiran kamu. Kenapa dia tiba-tiba nak jumpa, kalau kamu tak buat salah apa-apa?
2. Alamak, kantoi ke aktiviti Facebook aku?
Kamu galak sangat komen, provok orang sana-sini di Facebook. Mungkinkah orang yang kamu provok itu membuat laporan di SKMM, dapat kenalpasti alamat IP kamu, dan kenalpasti kamu siapa, lalu membuat aduan kepada boss kamu?
3. Aku ada tertinggal apa-apa kerja ke?
Kerana terlalu galak sangat berFacebook, mungkin kamu terlupa pada tugasan penting yang pernah boss berikan kepada kamu. Ada ke, takde?
4. Mesti dia nak tanya, kenapa aku tak masuk ofis lepas lunch semalam.
Asyik muka kamu je yang hilang bila habis waktu rehat tengahari. Apa, kamu ingat pejabat tu, ayah kamu ada share?
5. Dia nak tambah lagi kerja aku yang sedia banyak ni?
Manalah kerja kamu tak banyak, kalau kamu asyik tangguh je buat kerja.
6. Atau sebenarnya dia nak puji kerja-kerja aku, dan nak naikkan gaji aku?
Itu jarang berlaku. Biasa boss akan membuat pujian semasa mesyuarat. Atau tak buat langsung.
8. Apa-apapun, baik aku clear history browser aku sekarang.
Mungkin sudah terlambat, lagipun clear history browser takkan membantu apa-apa jika kamu didapati menyalahgunakan peralatan pejabat.
9. Dan mungkin belum terlambat nak pura-pura rajin.
Adalah lebih baik kamu berdoa semoga apa yang kamu fikirkan tidak benar.
10. Dan belum terlambat nak update resume…incase kena buang kerja.
Kalau bawa perangai malas ke tempat kerja baru, nasib kamu tetap akan sama.
Sekadar hiburan. Ditulis oleh, yours truly -
Satrika.MY