CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2162|Reply: 12

[Tempatan] Peragut ditinggal rakan dicekup

[Copy link]
Post time 29-1-2015 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Butterworth: Malang bagi seorang lelaki kerana bukan sahaja tidak sempat merasa hasil samun, malah dia turut ditinggalkan rakan yang kecut perut selepas melihat orang awam mengejar mereka yang sebelum itu melarikan beg milik wanita.

Dalam kejadian di Permatang Sungai Dua di sini, jam 8.40 pagi semalam, suspek berusia 20-an bersama rakannya menunggang motosikal menghampiri kereta mangsa sebelum memecahkan cermin hadapan sebelah penumpang.

Suspek terus melarikan beg tangan milik pemandu kereta itu tanpa menyedari perbuatan mereka diperhatikan orang ramai selain jeritan mangsa yang menarik perhatian individu berhampiran tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan berkata, seorang suspek ditahan hasil bantuan orang awam yang berada di kawasan itu.

“Orang awam yang terdengar jeritan mangsa mengejar kedua-dua suspek berkenaan menyebabkan mereka terus memecut laju untuk meloloskan diri daripada ditangkap.

“Dalam keadaan cemas itu motosikal ditunggang mereka terbalik sebelum suspek ditahan orang awam, tetapi penunggangnya meloloskan diri,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya turut menjalankan ujian awal saringan air kencing terhadap suspek dan hasilnya mendapati dia positif dadah.

Beliau berkata, gerakan susulan giat dijalankan untuk mengesan rakan suspek bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.

“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kami mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 8:32 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26892#sthash.8hCiiNzX.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 08:20 AM | Show all posts
apa la punya kawan,nak time sedap je..phuiii...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
waktu kite susah, baru tau sapa kawan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 09:15 AM | Show all posts
Mmg camni lash masalah kalau buat jahat guna satu motor. Salu yg standby kt motor mmg cepat je nk blah bila keadaan jd kelam kabut
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 09:40 AM | Show all posts
tepek...


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 09:40 AM | Show all posts
Padan muka... nak meragut tapi kena tangkap balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2015 09:44 AM | Show all posts
pakcik yang menaboh tuh ntah2 anak dia pun peragut jugak ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 09:52 AM | Show all posts
sib baik tak lunyai ko dekkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 10:19 AM | Show all posts
sian budak tu usaha keras xdpt hasil
dpt buku lima dgn tapak kaki je
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:14 PM | Show all posts
Nasib tak baik kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 29-1-2015 09:40 AM
tepek...

Ini kalau kat Indo dah barai lembik gone case kena hukum ngan orang ramai. Nasib ko ler dik kantoi buat projek bodo. Nanti dah kat balai jangan tak sebut pulak nama partner yang dah lari tu ye, haaa dah tu korang bertumbuk la pulak dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 03:04 PM | Show all posts
nanti kawan tu akan bocor rahsia jugaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 03:24 PM | Show all posts
haa...kan bagus tajuk yang camni..ni tak...dulu semua buat tajuk mcm pondan sangap...n tak sensitive samapai orang mati pun u main2 ...bagus lah sekarang u da sedar selepas dihencap ummah forumers..teruskan sikap yang bagus ni ye modngengaa...syabas beti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.084276 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list