CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 2

krisis MIC makin tegang

[Copy link]
Post time 29-1-2015 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 29-1-2015 10:42 AM

               

               

                     
                                                                                                                        
  •                                                                                                                                                         Datuk M Saravanan
                                                               
                        
            KUALA LUMPUR - Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan mendesak Presiden Datuk Seri G Palanivel mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) tergempar dalam masa 24 jam.
        
        Beliau berkata mesyuarat tergempar itu penting bagi menjelaskan kesahihan pemecatan jawatannya selaku pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wilayah Persekutuan.
        
        “Palanivel keluarkan kenyataan katakan saya dipecat pada petang semalam dan saya terima mesej daripada beliau pada sebelah malam meminta saya terus memegang jawatan itu pula.
        
        “Pagi ini, ketika saya memasuki ibu pejabat MIC, saya dihalang oleh 20 orang samseng dan menyerahkan surat pemecatan saya yang ditandatangani Palanivel. Saya pun keliru,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MIC di sini, semalam.
        
        Kelmarin, Palanivel melantik Datuk Rajoo Vyraperumal sebagai pengerusi baharu Jawatankuasa Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Saravanan.
        
        Beliau turut melantik Tan Sri Ramasamy Muthusamy sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC Perak menggantikan Palanivel manakala Datuk Ganesan Arumugam mengambil alih jawatan Datuk S. Sothinathan sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Sembilan.
        
        Saravanan turut menegaskan jika Palanivel gagal mengadakan mesyuarat tergempar itu, maka beliau akan mengadakan mesyuarat tergempar CWC dengan sokongan 15 anggota CWC.
        
        Saravanan berkata, beliau akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan krisis MIC selaku Pengerusi BN jika Palanivel masih tidak menyelesaikan kemelut parti dengan segera.
        
        Sementara itu, Saravanan berkata beliau turut menerima panggilan ugutan ditembak  daripada orang yang tidak dikenali semasa sidang media itu.
        
        Panggilan yang didengari melalui pembesar suara itu turut mengugut akan menembak Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.
        
        Saravanan mengarahkan Pemuda MIC membuat laporan polis berhubung ugutan itu.
        
        Kemelut parti itu bertambah hangat apabila Saravanan dan Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy dihalang  beberapa individu yang tidak dikenali dari memasuki bangunan MIC  semalam dan keadaan itu terus mencetuskan sedikit kekecohan.
        
        Kemelut MIC bermula pada 5 Disember  lalu apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari berikutan aduan penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan. - Bernama
               
            

               
            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 11:02 AM | Show all posts
Politik + media = gaduh







Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 02:16 PM | Show all posts
MIC PRU akan dtg pasti lingkup lagi

ketika banjir keling tiada yg tolong

tapi najib cakap pasti ni masih  revelen

krn pandai bodek

dan luluskan 4 sekolah Tamil lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049080 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list