CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29596|Reply: 235

Kami tiada kena mengena dengan Rania Marketing - Eira Syazira

[Copy link]
Post time 29-1-2015 01:59 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pelakon Eira Syazira, 31, dan suami, Azad Jazmin, 39, akan mengadakan sidang akhbar tergempar bagi menjelaskan kedudukan mereka dalam perniagaan Rania Marketing Sdn. Bhd.

Semalam, Eira turut berkongsi beberapa video pendek dalam Instagram miliknya mengenai rungutan beberapa pelabur dalam perniagaan itu yang didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut.

“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi.


“Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Eira, dia dan Azad yang juga ketua untuk perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu terpaksa bertindak demi menjaga kepentingan orang bawahannya.
Advertisement

“Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat.

“Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,” katanya.

Selain orang awam perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran ini juga turut disertai beberapa artis terkenal lain seperti Keith Foo dan Shaheizy Sam.

Sementara itu, difahamkan, Rania Marketing adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani. - UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2015 01:59 PM | Show all posts

Sampah punya manusia. Dah tipu duit orang terus mengaku takde kena mengena.. harktuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:01 PM | Show all posts
MLM kan.. bertabahlah sapa2 yg join tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:01 PM | Show all posts
Dah agak!!!
tak kemana dgn bisnes MLM nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:02 PM | Show all posts
Hahaha. MLM akan sentiasa berakhir begini
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:03 PM | Show all posts
sungguh bodoh org yg join...merepotla duit korang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2015 02:03 PM | Show all posts
dah gelap mata mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha
Tak reti nk blja dri org lain ke yg kna tipu ni semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 02:04 PM | Show all posts
dasar bangsat punyer artis!!!
dah awal2 katakan yg itu MLM... padan muker.. then dah sedap tipu orng..

pastu suka hati lepas tangan... kata tiada kaitan... manusia babi mcm nih...

now aku tgk ID laki die.. dok buat bisnes baru 6 figure income... pundek btol....MLM lgk la tuh..

padan muker ngan orng kiter yg muda tertipu n nak cepat kaya...

same goes to all mlm pundek...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:05 PM | Show all posts
time tgh semangat luap2 dgn duit, mmg takkan dgr la apa org nak kata.

bila dah kena, mmg camni.

kitaran MLM di negara kita.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:05 PM | Show all posts
skymania replied at 29-1-2015 02:04 PM
dasar bangsat punyer artis!!!
dah awal2 katakan yg itu MLM... padan muker.. then dah sedap tipu or ...



6 figure income MLM Hai O ker?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:05 PM | Show all posts
tak pernah serik la diorg ni. lepas tu nak bising2 plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:09 PM | Show all posts
dah agakdah... mesti menipu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:09 PM | Show all posts
yeahhh akherrrnyaaa.. sapa rajin sila tepek muka2 depa berdua pomot mlm rm ni dolu.. ada benang kan nih hencap derang? skrg amekkawww kaw kaw!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:10 PM | Show all posts
ni gambaq curik dr page kwn iolls..
Zaman2 sebelom kejatuhan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:12 PM | Show all posts
elok laa tu anak dh kena lokap sbb ingkar perintah mahkamah..sat lagi bapaknye plak duk selokap..
kepala rania marketing ni ex pak mertua jimmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 02:13 PM | Show all posts
Edited by belilies at 29-1-2015 06:14 AM

ok takpe aku dah jumpa.. heheheeee

Kredit: Lagi Dikecam, Lagi Kami Murah Rezeki - Eira & Azad
http://mforum.cari.com.my/forum. ... 868&fromuid=2085806
(Source: CARI Malay Forums) dan http://www.malaysiandigest.com/h ... zeki-eira-azad.html



Pasangan selebriti Eira Syazira dan suaminya Azad Jazmin tidak berputus asa menjalankan perniagaan online meskipun sebelum ini mereka pernah dikecam hebat oleh segelintir pihak gara-gara mereka memilih bidang perniagaan berkonsepkan networking.

Menurut Eira, kecaman yang dilemparkan kepada dia dan suaminya itu sikit sebanyak dijadikan penyuntik semangat untuk mereka meneruskan kerjaya sampingan mereka itu.

"Sejak beberapa tahun dulu saya sudah menceburi bidang perniagaan online secara samping. Macam-macam jenis bisnes saya buat. Saya rasa saya antara artis pertama yang buat bisnes online sehingga pernah saya dikecam teruk. Ada pihak yang kata saya buat bisnes macam ni nampak yang kami ni sengaja merendahkan status artis dan sebagainya.

"Tapi bagi saya, kecaman itu bagus sebenarnya kerana lagi kami dikecam lagi rezeki kami murah. Alhamdulillah saya rancang nak buka butik tak lama lagi. Sekarang ni pun saya sudah punya bazaar di Mara", kata Eira Syazira ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Astro, bertempat di hotel Royal Chulan, semalam

Berkongsi tentang perkembangan terkini, Eira memberitahu dia dan suaminya kini sibuk mengembangkan perniagaan ‘multi-level marketing’ (MLM), Rania Marketing, yang baru mereka ceburi sejak beberapa bulan lalu.

Kerana mahu menumpukan pada perniagaan tersebut, buat masa ini Eira memperlahankan aktiviti lakonannya. Bagaimanapun selepas Aidilfitri nanti, ibu kepada Amarra Sofea Rose ini akan kembali ke set penggambaran untuk sebuah drama bersiri 26 episod.

"Saya ingin jelaskan disini yang kami tidak tinggalkan bidang lakonan. Kami masih sayangkan kerjaya lakonan kami. Cuma buat sementara waktu ini kami berehat dari berlakon untuk tumpukan pada bisnes.

Sementara itu, Azad yang turut berada di sini Eira ketika sesi temubual pula berkata, perniagaan yang mereka jalankan itu lebih kepada membantu masyarakat Melayu dalam menjana keewangan.

Tambahnya lagi, dia yakin dengan perniagaan ini memandangkan syarikat tersebut adalah sebuah syarikat yang kukuh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam industri.

"Kita semua sedia maklum, bila orang kita dengar saja tentang MLM mereka terus menunjukkan reaksi kurang minat. Tapi apa yang oleh saya katakan, perniagaan yang kami ceburi ini lebih kepada membantu orang-orang Melayu dalam menjana keewangan. Akan ada satu pelancaran khas memperkenalkan perniagaan ini pada umum sekitar November nanti.

"Lagipun syarikat yang menjalankan perniagaan ini adalah sebuah syarikat berpengaruh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam dunia perniagaan. Sebab itu saya yakin untuk menyertainya.

"Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo", kata Azad yang sudah berehat dari berlakon sejak Mei lalu.

Lebih menggembirakan Azad, dia telah berjaya meyakinkan 10 selebriti popular tempatan untuk turut sama menyertai perniagaan tersebut antaranya seperti Shaheizy Sam dan Keith Foo.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:14 PM | Show all posts
haih mcm2 blh jadi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:16 PM | Show all posts
MuLan_GurLz replied at 29-1-2015 02:10 PM
ni gambaq curik dr page kwn iolls..
Zaman2 sebelom kejatuhan

LEADER kepala bapak die hagaknyer...

nih la die melayu..keje menipu tak sudah2..

padan kanlah muker ngan yg tertipu.. tamak..nak cpt kaya..

sudahnyer kene tipu.. ramai malaysian mcm nih..tuh pasal MLM senang idop..

pastu cpt bersalin kulit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:18 PM | Show all posts
laaa... anak msk lokap, mak buat bisnes tipu erk??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.322702 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list