CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5484|Reply: 53

[Tempatan] Lebih ramai pemain JDT ke Borussia Dortmund

[Copy link]
Post time 30-1-2015 09:39 AM | Show all posts |Read mode
PBNJ berminat memberi peluang kepada pemain berpotensi JDT untuk berlatih di Borussia Dortmund.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan untuk menghantar lebih ramai pemain Johor Darul Ta'azim (JDT) menjalani latihan bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund seperti peluang yang dimiliki pemain kontroversi, Gary Steven Robat.

        Tunku Mahkota Johor itu berkata, dijangkakan lebih ramai pemain bakal dihantar ke Borussia Dortmund selepas Gary pada masa akan datang.
“Ramai lagi pemain kita yang akan dihantar ke sana. Jadi kita tunggulah dan tengok siapa yang kita rasa ada potensi untuk pergi lebih jauh...mungkin kita akan hantar pemain muda ke Borussia,” katanya.
        Menyentuh mengenai perkembangan terbaharu Gary,  beliau menjelaskan pemain kebangsaan itu bakal dibawa menjalani latihan di bawah kendalian kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

        Tunku Ismail menyifatkan latihan bersama kelab ternama itu merupakan rezeki buat pemain muda terbabit.

“Borussia Dortmund akan sampai di sini pada 1 Februari ini. Selepas itu, mereka akan bawa Gary pulang. Jadi semua tidak ada masalah, nampak gaya rezeki dia dapat berlatih di tempat yang mantap dan bersama pasukan berpengalaman.

“Saya harap pendedahan ini akan jadi satu benda yang baik untuk Gary. Dan dia boleh memberikan satu benda yang akan memberi faedah kepada kelab, apabila dia kembali pada April ini,” katanya.

        Ditanya sama ada Gary dijangka berlatih bersama pasukan utama atau pasukan kedua Borussia Dortmund, Tunku Mahkota Johor berkata, kesemua itu ditentukan pengurusan kelab Eropah terbabit.

        Bagaimanapun, katanya, menjadi satu kepentingan untuk memastikan Gary berada di Jerman memandangkan pemain terbabit kini berada dalam tempoh penggantungan.

“Penting kita untuk jaga kecergasan Gary. Macam mana pun saya rasa kita harus ‘protect’ Gary punya karier kerana dia pemain kebangsaan, " katanya.

[url=]http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/lebih-ramai-pemain-jdt-ke-borussia-dortmund-1.355471
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 09:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:51 AM | Show all posts
TMJ pandai, FAM gantung Gary kat sini, hantar gi sana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:54 AM | Show all posts
sepandai-pandai gary melompat
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 10:02 AM | Show all posts
secara x langsung meningkatkan prestasi pemain negara...harap2nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 10:18 AM | Show all posts
sembang kencang lagi ke.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2015 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
3 month just for training. Bukannya utk perlawanan kompetitif. X byk peningkatan yg boleh kita lihat. Aku peliklah dgn pengurusan bolasepak kat mesia. Buat statement cuma nk bg sedap hati peminat jer. Lainlah si gary di sambar dan bermain utk pasukan utama. Barulah leh geybang lebih dik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bkn jdt fan,tp akai bolasepak tmj mmg terpuji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 10:57 AM | Show all posts
pelik la melabur banyak2 pasal bola je pun....
pergi jauh mana pon palayer malaysia nih....
kelakar pulak tgk berangan lebih nak main kelab ternama...
nak lepas AFF pon tercirit....
hahahahhaha!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi suka kalo scout kelab bolasepak besar yg dtg dan offer player kita main kat kelab depa. Ni setakat kita yg terhegeh minta. Bende ni senang jer. Bila ranking skuad negara semakin bagus confirm secara automatiknya scout2 tu akan dtg ke mesia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu bukan nak kondem tmj. Apa yg dia buat tu sultan pahang dah buat sejak zaman sebelum khalid jamlus. Akmal Rizal masa main kat perancis pun akhirnya balik ke malaysia. Kelab strasabourg ke apa nama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:04 AM | Show all posts
belum tentu training dgn 1st team.. dpt dgn reserve team Dortmund pon da kira mantop..

jgn training dgn tim peringkat umor je dah le gary
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:13 AM | Show all posts
AMDTurion replied at 30-1-2015 11:01 AM
Aku lagi suka kalo scout kelab bolasepak besar yg dtg dan offer player kita main kat kelab depa. Ni  ...

Kalau semua nak ikut macam kau.. sampai kiamat la dol..  sedar diri la negara rankin berapa...

depa dah offer peluang cam ni pon dah ok.  

Yg penting kerjasama tu.. berterusan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:22 AM | Show all posts
blackred99 replied at 30-1-2015 09:51 AM
TMJ pandai, FAM gantung Gary kat sini, hantar gi sana.

This is the main point . Nak berlatih secara rasmi kat malaysia dah tak boleh, takkan nak bagi dia lemau selama 3 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
HOHA replied at 30-1-2015 11:13 AM
Kalau semua nak ikut macam kau.. sampai kiamat la dol..  sedar diri la negara rankin berapa...

...

Kalo setakat kerjasama tapi pemain yg kita hantar tu xde ambition yg besar sia2 jer harapan kita bro.

Aku dah tgk dr zaman khalid jamlus. Pastu si james palani. Apa dah jd?

Jln dan ruang dah terbuka dr idea2 dr org2 spt tmj. Tp player yg kita hantar tu.  Bersediakah dia. Cabaran paling utama bg player kita ialah homesick. Kedua makanan.  Cuba lihat jepun dan korea selatan. Diorg dpt tebus liga2 kompetitif kerana disiplin yg tinggi. Ko rasa player yg kita ada ni.mcm mana? Bro aku rasa ko dan aku sama. Kita harapkan ada perubahan.pd skuad negara dan player kita. Okeh kalo x dpt tembus ke liga eropah pastilan wakil2 dr liga super kuasai liga kejuaraan kelab asia. Itu yg sepatutnya tmj harus fikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:39 AM | Show all posts
Edited by HOHA at 30-1-2015 11:41 AM
AMDTurion replied at 30-1-2015 11:25 AM
Kalo setakat kerjasama tapi pemain yg kita hantar tu xde ambition yg besar sia2 jer harapan kita b ...

macamana kau tau player kita tak de ambition yg besar besar? setakat lihat guna mata kepala kt tv je?

kalau guna contoh player yg lepas lepas.. tak adil untuk player sekarang.

soal cabaran di negara asing tu.. semua bergantung pada player itu sendiri..

yg penting kita sediakan ruang dan peluang. itu tanggungjawab kelab.

semakin banyak ruang dan peluang semakin bagus.

semua tujuan satu je.. nak sediakan pemain untuk pegi lebih jauh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
HOHA replied at 30-1-2015 11:39 AM
macamana kau tau player kita tak de ambition yg besar besar? setakat lihat guna mata kepala kt tv  ...

Mcm mana aku tahu player kita xde ambition yg besar? Simple jer bro. Berapa ramai yg pergi diujibakat. Malah mmg ada yg dihantar utk bermain utk pasukan utama cthnya wan zack haikal.
Berapa ramai yg masih bermain diluar dr liga super atau perdana.

Bro peluang dah ada. Tp kenapa separuh jln jer. Taulah dia injured. Safee Sali pula bg aku mgkin nasibnya x beberapa baik. Terhimpit dgn kemelut persatuan bola sepak kat sana. Balik main utk jdt injure dan duduk kat bench. Kurang bagus utk dia dan effectnya kat pasukan kebangsaan.

Jln yg ko ckp tu dr dulu dah byk. Sgt byk. Peluang tu byk bro. Mgkin dah habis byk utk buka peluang tu.Tp sampai skrang masih belum ada pemain kebangsaan yg namanya gah di liga luar.  

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:51 AM | Show all posts
AMDTurion replied at 30-1-2015 10:38 AM
3 month just for training. Bukannya utk perlawanan kompetitif. X byk peningkatan yg boleh kita lihat ...

yup, pegi training nih dah biasa sgt....dulu Akmal RIzal dgn Juzaili Sameon x silap aku pernah dihantar training....Badrol dgn Bunyamin Omar pun berlatih di Chelsea kejap

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:53 AM | Show all posts
AMDTurion replied at 30-1-2015 11:01 AM
Aku lagi suka kalo scout kelab bolasepak besar yg dtg dan offer player kita main kat kelab depa. Ni  ...

dapat tembus liga utama Asia pun dah kira ok, dpt tawaran main J-League ke, K-League or A-League pun dah kira ok........

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:54 AM | Show all posts
AMDTurion replied at 30-1-2015 11:04 AM
Lagi satu bukan nak kondem tmj. Apa yg dia buat tu sultan pahang dah buat sejak zaman sebelum khalid ...

Akmal RIzal tu memula jer lekat main Strasbrough, then kena main Div 3 sama kelab Haguena FC x salah aku pastu cabut balik Kedah......

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073750 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list