CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 12

[Dunia] Terrorist boko haram: binatang di pergunakan untuk kepuasan nafsu.

[Copy link]
Post time 1-2-2015 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Abuja: Kumpulan pengganas Boko Haram Nigeria menggunakan unta, kambing, lembu dan keldai sebagai taktik terbaru dalam serangan mereka.

Kerajaan memberi amaran bahawa laporan perisikan yang dikumpul agensi keselamatan Nigeria mendedahkan kumpulan itu merancang menggunakan ternakan untuk menyerang tempat awam.

Sebelum ini, sekumpulan kanak-kanak yang menyamar sebagai tukang kasut menyembunyikan bahan letupan dalam kotak alatan mereka.

Penyelaras Pusat Maklumat Kebangsaan Nigeria, Mike Omeri berkata: “Kotak alatan itu disembunyikan di kawasan sasaran seperti pasar, restoran, ATM, tempat perhimpunan politik, pusat ibadah dan tempat awam lain sebelum diletupkan.”

Memandangkan sasaran mereka ialah tempat awam, orang ramai digesa supaya berhati-hati.

Amaran itu dikeluarkan semalam selepas Chad menghantar kapal perang, tentera darat dan menjatuhkan bom bagi menghalau pelampau Islam keluar dari kampung Malumfatori, Nigeria mengakibatkan beberapa pelampau Islam terkorban.

Bagi terus membantu Nigeria bertempur, Kesatuan Afrika sudah menghantar tentera darat selain mendapat bantuan Amerika Syarikat.

Sementara itu, pengganas Boko Haram mengeluarkan gambar yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak memegang AK-47.

Gambar itu diterbitkan dalam talian oleh Al Urwa al Wuthaqa, kumpulan media yang dikaitkan dengan pemberontak, sebulan selepas Human Rights Watch (HRW) memberi amaran bahawa kanak-kanak yang diculik kumpulan pengganas digunakan dalam serangan mereka. - Agensi


http://www.hmetro.com.my/node/27720

__________________

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 02:04 PM | Show all posts
ehhh xkanla... xkanla owang islam buat cam tu...ni semua propaganada utk memalukan Daesh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 02:14 PM | Show all posts
boko haram ni yahudi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 02:21 PM | Show all posts
tajuk....

tipah tertipu juga....

btw, aku ingat boko haram ni makanan.... apasal haram ya...

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur lah puak2 gundu dan pprt seantero dunia telah sempat diresapi nur islam yang turang bunderang.. kalo x harus lah tabiat lebih buruk dari yang kita boleh lihat hari ni... keristen hado??
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Gua ader tengok dalam satu bideo tu pengganas boko haram ni semelih orang satu persatu dan terus ditolak dalam lubang..org2 yg disemelih nya itu pula duduk dibelakang beramai ramai menanti giliran masing masing..yg weird nya mereka tampil ke depan utk disemelih dengan tenang dan aman saja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2015 06:17 PM | Show all posts
Boko haram = 'Western education is forbidden'

jadi sekolah2, kanak2 dan guru2 yg tidak berdosa jd target kumpulan pengecut nih. ai baca berita 2-3 minggu lepas... psl seorang kanak2 pompuan yg dipakaikan suicide belt utk meletupkan pasar yg tengah sesak. ramai gak yg terbunuh termasuk budak malang tu... terbelah dua tubuh dia kena impak letupan. sebahagian sampai terpelanting jauh. pastuh ada lg dua org budak pompuan dipergunakan sbg suicide bombers. yg sedihnya, kata penyiasat, budak2 tu semua mungkin tak tau pon benda yg dilekatkan kat tubuh derang tu bom.

dahlah kerajaan nigeria pon lemah, dgn korupsinya lagi... tentera derang pon 2x5 lahanat. kejadahnya memerangi boko haram dgn menyeksa dan membunuh wanita dan kanak2. latest news, tentera2 negara afrika sedang bertempur dgn boko haram drpd terus mara ke cameroon plak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan Nigeria ini memang keturunan celaka teda sempadan... itulah saje kesimpulan yang dapat dibuat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah kesuchian dan keindahan terpancar indah dan terik
#grabbinmyshade
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 07:06 PM | Show all posts
ler..tajuk misleading
aku ingat diaorg ehem ehem dgn binatang
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 07:43 PM | Show all posts
melayu (sesetgh) di sini buta je...mereka cuma hencap babi je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 07:46 PM | Show all posts
Amaran itu dikeluarkan semalam selepas Chad menghantar kapal perang, tentera darat dan menjatuhkan bom bagi menghalau pelampau Islam keluar dari kampung Malumfatori, Nigeria mengakibatkan beberapa pelampau Islam terkorban.




yupppieeeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah kelahiran hubby @Orange1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.067606 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list