CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4719|Reply: 40

[Dunia] Bunuh diri kerana tak pandai bahasa English

[Copy link]
Post time 1-2-2015 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Seoul: Mahkamah Agung memutuskan keluarga pekerja yang membunuh diri selepas mengalami kemurungan disebabkan tidak berupaya belajar bahasa Inggeris berhak mendapat pampasan.

Mahkamah mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang tidak mengiktiraf kematian lelaki itu, dikenali sebagai Oh, sebagai kemalangan industri dan memutuskan dia berhak menerima pampasan daripada kerajaan.

Keluarga lelaki itu memfailkan saman ganti rugi kepada kerajaan selepas Oh melompat dari bangunan tingkat 10 di Yeouido, Seoul ketika minum kopi bersama dua rakan sekerjanya pada 29 Disember 2008.

“Oh membunuh diri kerana murung akibat gagal melaksanakan tugas yang memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris.

“Keputusan mahkamah rendah terkhilaf apabila gagal melihat kaitan tindakannya itu dengan tekanan akibat kerja,” kata penghakiman itu.

Oh bekerja sebagai pengurus di syarikat pembinaan tempatan. Pada Julai 2008, dia ditawarkan pergi ke Kuwait bagi memantau pembinaan kilang minyak.

Dia mendapati semua urusan perniagaan harus menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan dia mula murung.

Kemurungannya semakin teruk selepas syarikat menghantar dia membuat lawatan awal 10 hari pada Oktober.

Dia mendapat rawatan perubatan dari pelbagai institusi sejak Julai, dan didiagnosis sebagai mengalami ‘kemurungan yang teruk’ yang mengakibatkan sakit dada, kesukaran tidur, sakit perut dan cirit-birit.

Menurut catatan doktor: “Dia mengalami tekanan hebat kerana tidak pandai berbahasa Inggeris dan bimbang kekurangannya itu merosakkan kerjayanya, imej syarikat dan reputasinya sendiri.”

Lima bulan kemudian, dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus, tetapi menolak kerana tidak mampu berbahasa Inggeris. Dia tidak dihantar ke luar negara sebaliknya diminta berpindah ke pejabat lain bermula 1 Januari 2009.

Sehari sebelum dia membunuh diri pada 28 Disember 2008, Oh memberitahu isterinya dia hilang keyakinan dan berkata, “Ketua jenis apa saya ini? Saya mahu mati. - Agensi


http://www.hmetro.com.my/node/27746
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2015 10:07 AM | Show all posts
Patutlah ramai korean datang Malaysia semata mata nak hantar anak dia orang belajar kat sekolah international. Mak jaga anak kat msia, ayah kerja kat Korea.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Youths kat korea dh ramai pandai english...siap accent lg..tp masalah org2 tua korea la..tak pandai english walaupon depa ni pengarah pengurus syarikat bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 10:33 AM | Show all posts
pegi la belajar, kenapa sampai bunuh diri pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 10:35 AM | Show all posts
Sekarang sampai kiamat tak pandai bahasa Inggeris. Kebimbangan punya pasal sampai jalan penyelesaian tak pernah nak dicari..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 10:39 AM | Show all posts
Sedihnya... Dia smpi ckp mcm tu kat bini dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2015 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
korea dtg malaysia suka main golf..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 10:49 AM | Show all posts
siti nurhaliza pun tak pandai2 speaking berjaya je jadi dato
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Pindah lah kat uk ke usa ke. Bergaul dgn org sana. 6 bulan mesti berabuk speaking.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:07 AM | Show all posts
Daripada dia bunuh diri baik la pergi belajar.







Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:14 AM | Show all posts
Tak pandai belajar le orang Jepun lagi ramai yang tak pandai berbahasa inggeris relax je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
datang lah malaysia. kita ade rancamgan oh my english
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:40 AM | Show all posts
taikor replied at 1-2-2015 11:15 AM
datang lah malaysia. kita ade rancamgan oh my english

Oh My Mr Middleton
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:41 AM | Show all posts
bodo punya kompeni, antarla staff pi train dlu bahasa english..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa geng2 ni suka bunuh diri ek? Aiyooooo. Tak boleh blajar ke dik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:52 AM | Show all posts
porummer CI yang tak pandai inggerish bila nak bunuh diri

sebelum terjun tu sila post 'porummer jenis apakah aku ini....'

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Omaigad!! Dis is teribel!! kita ada Aunty English sila la sapskraib
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:57 AM | Show all posts
hanakikan replied at 1-2-2015 11:06 AM
Pindah lah kat uk ke usa ke. Bergaul dgn org sana. 6 bulan mesti berabuk speaking.

keyword dia bergaul.

kalau pergi setakat duduk serumah kawan senegeri senang nak makan budu katanya (contoh k ) jgn haraplah nak berabuk kan....



Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 12:02 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 1-2-2015 11:14 AM
Tak pandai belajar le orang Jepun lagi ramai yang tak pandai berbahasa inggeris relax je.

kalau nak analyse deeper ini natijah budaya korporat korea yang melihat prestasi kerja itu seperti matlamat hidup.

you fail at one, you fail in life katanya....

tu pasal mahkamah pun kata ini 'salah' majikan dan layak dapat pampasan....



Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
O i see. Dia fikir jauh sangat. Distorted perception.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065790 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list