CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21151|Reply: 26

[2015] FILEM BANGUNAN [DOCU FILM] - 5 Februari 2015!

[Copy link]
Post time 1-2-2015 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 9-2-2015 01:39 AM

Trailer:



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2015 05:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 05:09 PM | Show all posts
Edited by gadismanis at 1-2-2015 05:11 PM

http://www.dailyseni.com/index.php/home/review/filmnmovies/item/2573-previu-filem-bangunan-gabungkan-unsur-detektif,-seram-realisme

Previu: Filem 'Bangunan' Gabungkan Unsur Detektif, Seram & Realisme

Hasil kolaborasi pemain/sutradara Khir Rahman dan Sein Qudsi (dikenali sebagai ahli kumpulan Ruffedge), sentuhan arahan bersama mereka baru-baru ini membuahkan hasil filem seram, 'Bangunan', ataupun 'The Building' untuk pasaran antarabangsa. Ia mengikuti kisah benar geng produksi filem yang terdiri daripada Khir, Sein, Aqasha, Yusran Hashim, Osh, Azmi Musa dan Wan Shahidi dalam kejadian pelik yang dialami mereka di set bangunan terbengkalai.

Dikategorikan sebagai sebuah 'doku-filem', filem mengambil durasi tayangan yang sama panjang dengan filem 'blockbuster' untuk memperagakan pendekatan kamera yang berani dan terperinci serta suntingan yang rapi dalam mengolah semula 'sebuah kisah benar' seperti yang dijanjikan poster.

Filem 'Bangunan' mungkin ada sedikit unsur 'Paranormal Activity' dalam realisme yang dicapai di sini dan mempunyai kadar keseraman dan suspen yang boleh dikira tinggi dan boleh dipercayai sewaktu menonton di dalam panggung. Ada juga unsur jurnalisme dan penyiasatan yang ketara di dalam skrip dan jalan ceritanya boleh dikatakan berlapis juga dengan 'watak-watak' yang dibawa oleh pengarah sendiri beserta rakan-rakan mereka.  

Tidak banyak promosi atau kata-kata di jalanan mahupun media sosial namun di tayangan primer yang berlangsung kelmarin di panggung baru (memang masih berbau kedai) GSC Nu Sentral Mall. Walaupun ramai sahaja wajah-wajah terkemuka industri seni tempatan seperti Erma Fatima, Adibah Noor, Dina dan juga Zain Ruffedge selaku pengacara majlis di samping pasukan pembikin filem 'Bangunan' sendiri iaitu Khir Rahman, Sein Qudsi dan juga Aqasha.

Barisan penerbit ini juga merupakan orang seni yang serba boleh jadi aktiviti promo di belakang filem 'Bangunan' ini juga sedikit lain dari lain, ada dicampurkan dengan nyanyian akustik dan sebagainya semasa tampil sekitar Lembah Klang mewar-warkan filem mereka. Jadi jelas ditunggu-tunggu barang keluaran Suar Channel bersama Camwerk Studios ini, dan mungkin terkesan dengan babak-babak seram yang padat mengisi filem 'Bangunan' ini.

Berbaloi ditonton dan tidak adil dilonggokkan di bawah reputasi filem-filem seram Malaysia yang lain yang pernah ada, walaupun ia terpaksa 'bertanding' dengan filem-filem seakannya seperti 'Villa Nabila' dan 'Puaka Balai Gombak'.

Namun 'Bangunan' ini tetap punyai potensi tersendiri oleh kerana ia dihasilkan dengan perspektif dan pengaruh yang universal dan tidak terbatas dengan had-had tempatan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 05:10 PM | Show all posts
http://tontonfilem.blogspot.com/2015/01/bangunan2015.html

Kenyataan Khir Rahman pada awal pembukan filem dokumentari (dinyatakan, para pembikin tidak membuat-buat rakaman yang dilakukan, tiada lakonan, mereka mengaku, semuanya dirakam dan diselidik ala gerila dan rasmi, tanpa skrip, kecuali monolog awal Khir itu dan beberapa tulisan atas layar) ini merumuskan segala-galanya. Mungkin secara tidak sedar, ini suatu lagi hentakan kepada Dr. M yang amat melecehkan filem seram, walaupun memang, dalam keadaan Khir dan Sein menyusun fotaj yang diambil, sudah tentu Khir dan Sein juga mempunyai keinginan untuk filem ini "untung" (kerana itu subjek ini diambil), dan sebagai seorang peminat filem seram, bagi aku projek kecil mereka ini berbaloi.

Dokumentari ini mengambil tradisi siasatan dan rakaman tempat yang dimaksudkan, yang sudah menjalar lama pada era rancangan dokumentari TV pemburu hantu (ghost hunter) sedari 1970-an, dan kemudian amat popular di Britain kini dengan rancangan sofistikated (dan mengada-ngada), Most Haunted, yang mana dalam beberapa rakaman Malaysia, kita ada beberapa rakan penerbit Cina (anak gadis dipakaikan baju seksi ya amat dan dicampak di tengah rumah hantu dalam gelap), Uncle Seekers dan beberapa pemburu hantu bebas melakukannya. Dalam dunia filem tempatan, hal ini bermula dengan Penunggu Istana (2011) dan kemudian beberapa lagi.

Filem ini "berbeza" kerana pembikinannya tidak disengajakan. Para produksi sebenarnya hendak membikin sebuah filem genre berbeza, "Garang", yang entah bagaimana, dalam penyelidikan tentang lokasi penggambaran, mereka mendapat kelulusan untuk menjenguk misteri terhadap sebuah bangunan ini di pinggir(?) ibu kota (bentuk rekaannya Islamis, aku syak bangunan ini berkenaan pejabat agama atau pusat latihan).

Bagusnya Khir dan Sein dalam perjalanan penggambaran ini, mereka melakukan kerja ini sehadapan mungkin (secara literal, Sein melakukan ini dalam suatu perbincangan di pejabat), sejujur mungkin, sampai tidak terasa hal ini dibuat-buat atau dilakonkan (amat berbeza jika kita bandingkan dengan filem sebegini dengan Paranormal Activity, contohnya). Mereka menemui "pakar" yang juga kawan, Yusran yang tinggal di Bukit Damansara (rasanya Jalan Setiajasa? Haha, alah rumah teman dekat Damansara gak). Berlaku satu dialog antara Khir dengan Yusran, "Nak bawak pulut ke?" Yusran selamba jawab, "Bawak pulut aku makanlah." Keadaan ini amat "normal" malah terdapat kelucuan.

Tetapi subjek yang hendak diteliti dan dirakam memang tidak melucukan. Aku susah hendak menyampaikan dalam kata-kata (aku percaya, mereka mungkin telah menemui lintasan, persimpangan, atau jalan masuk kota makhluk ghaib). Memang, apa yang diambil itu hanya "merakamkan" dan manusia yang merakam hanya bertindak balas. Jika inilah pembikinan "filem" permburu hantu yang sebenar, filem ini melangkaui beberapa filem dengan tujuan yang sama. Hal ini diiuji lagi dengan satu keputusan Sein bahawa "rakaman tidak boleh diteruskan" atas nasihat Yusran. Jika "karya" ini jatuh dalam tangan orang Barat, aku gerenti, atas nama "seni" dan "mencari kebenaran", sang pembikin akan meneruskan, walaupun membahayakan nyawa mereka, seperti yang ditunjukkan oleh adik-beradik Vicious secara fiksyen dalam Grave Encounters. Hal ini menambahkan lagi sikap bahaya dan tres dangereux pembikinan ini.

Peliknya, filem ini terpecah kepada dua bahagian, segmen keduanya pula, seperti Villa Nabila, suatu lakonan semula sebuah kes yang mereka dapat (daripada beberapa wawancara yang mereka buat) tentang seorang wanita bisu di dalam rumah seorang diri. Walaupun ya, filpen itu agak seram, dengan penggayaan menarik dalam penggunaan bunyi, suntingan, dan bayang-bayang untuk menaikkan keseraman, segmen ini langsung tidak ada kena mengena dengan segmen dokumentari awal. Walaupun ya, segmen ini menghiburkan (kalaulah Khir dan Sein menggunakan lagi imaginasi susunan bunyi dalam kefahaman subjek yang bisu dan hanya dapat mendengar) tetapi semacam melonggarkan keseluruhan filem, menyebabkan 80 minit awal yang kita tonton itu mula kita persoalkan "kebenaran"nya.

Namun dalam senarai filem seram tempatan, filem ini menarik untuk ditonton kerana memberikan suatu pengalaman yang mungkin tidak akan kita rasai lagi selepas ini.

Klasifikasi Bangunan: P13, terdapat babak ganas, tahyul dan seram yang tidak sesuai disampaikan kepada kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:40 PM | Show all posts
baru tgk filem nie..mmg menyeramkan..sampai terbayang2..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk trailer mcm bosan jah ... Setakat amek footage CCTV.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2015 01:37 AM | Show all posts
purpledesire replied at 7-2-2015 10:40 PM
baru tgk filem nie..mmg menyeramkan..sampai terbayang2..huhuu

meanss best aarrr??? seram ke apa yg terbyg2 tuh???

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:05 AM | Show all posts
If its a feature film...its acted no matter what the production team says.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 06:12 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 9-2-2015 01:37 AM
meanss best aarrr??? seram ke apa yg terbyg2 tuh???

kalo tak salah citer nie berdasarkan kisah benar..cerita pertama dan kedua tu adalah bukti sebenar rakaman cctv mangsa sebelum mangsa dilaporkan hilang di bangunan yg sama..yg plg seram bg sy kan masa kisah pasangan lelaki dan perempuan tu..sampai masuk wad gila perempuan tu sbb trauma sgt dgn kejadian tu..cube la momod tgk..bg sy citer nie mmg best dan seram utk ditonton..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 08:42 AM | Show all posts
Seram tu seram...tapi real? Get real....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 06:47 PM | Show all posts
Edited by Ferr_Remy at 12-2-2015 12:33 AM

Ok baru tgk citer ni tadi... semangat skit nak review sbb not bad for a DOCUFILM movie like this... Even better than Villa Nabila yang sangat sampah....

Permulaan cerita, sangat2 membosankan. Hampir lima minit masa kita akan dibuangkan meneliti setiap patah perkataan yang diTAIP untuk permulaan cerita.

Terlalu banyak komentari dari Khir, Sein and geng yang dianggap hampir kebanyakan babak komentari dimasukkan adalah untuk memanjang masa tayangan. Juga terdapat scene geng diorang duduk berbincang, bergurau senda sesama sendiri yang pada pandangan aku turut menganggap adegan yang sengaja dimasukkan untuk memanjangkan tempoh tayangan.

Masuk citer pertama, tayangan footage berjudul KAMERA BARU, mula2 kita rasa mcm "What! Such a waste of time beli tiket semata2 nak tgk rakaman CCTV!" Cerita pertama ni mmg bosan sbb rakaman CCTV just menunjukkan seorang budak bernama SEM dalam opis sorg2 tgh malam, test kamera beliau yg baru dibeli kemudian berlaku satu insiden seram (sedikit) dan budak tu seterusnya didapati hilang.

Cerita kedua, pasal kapel tertinggal barang kat opis, dtg tgh malam semata2 nk amek barang mmg seram. CCTV footage tu nmpak real dan digambarkan perempuan tu yg bernama Ayu jadi gila selepas kejadian tu dan balaknya pula hilang tanpa dapat dikesan. Time cerita kedua ni, mmg seram sbb beberapa kejadian yg dirakam CCTV sgt seram dan kita tak expect pun ape yg berlaki time tu. Huhu.

Samada kejadian benar atau tidak, wallahualam. Tp yang plg penting, it's believable.

Adegan ketiga, Khir, Sein, Aqasha, Yusran and the geng sepakat nak pegi BANGUNAN tu utk menyiasat. Babak ni mmg seram sbb ade adegan krew diorg kena rasuk, pun pada waktu yang kita tak expect. Mmg nmpak real sebab krew die boleh panjat dinding mcm Spiderman. Mcm2 la berlaku kat diorg time dlm BANGUNAN ni.

Scene terakhir, sangat mengarut dan membuang masa. Pun sengaja dimasukkan untuk memanjangkan tempoh tayangan filem. Paling bengang sbb xde kena mengena dgn filem. Tetiber je part last diorg masukkan FILEM PENDEK yang sgt2 bosan dan x seram pun. Mula2 waktu awal cerita time diorg tayangkan CCTV footage tu rasa sakit haty and waste of time, tp bile da separuh filem, kita plak rasa x puas tgk rakaman CCTV tu.. Rasa nak lagi dan lagi dan lagi tp tetiber penutup cerita diorg tayangkan filem pendek cacat ni... Klu filem ni tergantung smpai scene ketiga pun rasanya xde msalah. Tp bile ade tayangan filem pendek ni tetibe wat spoil. Blh plak diorg panjangkan smpai mencacatkan mood filem ni.

Overall aku kasi 3.5 bintang. Konsep filem menarik. Cuma kena perbaiki lagi sbb terlalu banyak adegan buang msa dan mencacatkan jalan cerita. Satu lagi, sakit hati dgn tulisan2 yang ditaip kat setiap rakaman footage CCTV tu. Perluker nak type siap ade bunyi sound effect type tu yg menggangu keseraman aku?

Tapi not bad la... good job for the effort. X rugi tgk. Mula2 start citer je kita akan igt kite buang duit, rasa mcm nak kluar dari wayang jer.. tapi da lepas 20 minit rasanya berbaloi untuk ditonton.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 08:24 PM | Show all posts
alphawolf replied at 11-2-2015 08:42 AM
Seram tu seram...tapi real? Get real....

wallahua'lam..tp bg sy mmg seram + simpati dgn nasib mangsa2 yg terlibat..terutama dgn Ayu..kesian tengok dia..

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 08:26 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 11-2-2015 06:47 PM
Ok baru tgk citer ni tadi... semangat skit nak review sbb not bad for a DOCUFILM movie like this...  ...

kesian kan tengok nasib Ayu..sampai masuk wad gila sbb trauma sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
purpledesire replied at 11-2-2015 08:26 PM
kesian kan tengok nasib Ayu..sampai masuk wad gila sbb trauma sgt..

Sian sgt.. Tp lg kesian kt org2 yg ilang.. Mna la antu tu sorok eh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:27 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 11-2-2015 08:47 PM
Sian sgt.. Tp lg kesian kt org2 yg ilang.. Mna la antu tu sorok eh?

ntah la..tp kalo nak diikutkan dieorg berdua tu hilang masa nak turun dari tangga bangunan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:19 AM | Show all posts
purpledesire replied at 11-2-2015 09:27 PM
ntah la..tp kalo nak diikutkan dieorg berdua tu hilang masa nak turun dari tangga bangunan tu..  ...

tp mmg ade kes ke org ilang kat bangunan tu eh? diorg ckp ade masuk paper.. tp silap filem ni, diorg tak tunjuk pun keratan paper tu.. tu je buat spoil so audience tertanya2 betul ke ade org ilang dlm bangunan tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 12:20 AM | Show all posts
tq momod for the tacang
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 08:06 AM | Show all posts
Mockumentary yang bagus akan membuatkan penonton percaya yang kejadian2 dalam filem adalah benar2 berlaku dan adalah footage sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 10:17 AM | Show all posts
apa nama bangunan nie yer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:00 PM | Show all posts
Dulu pernah jgk terperdaya dgn filem Penunggu Istana. Sbb dlm filem tu siap ada keratan akhbar ckp remaja hilang. Last2, sampai je rumah, search nama pelakon, elok je dia update status FB. Hahaaa.. Yela, pelakon2 dlm tu mmg xterkenal lg masa tu. Sekarang ni Sara Ali dgn Amar Ashraf tu dah byk berlakon drama dgn filem.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.623800 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list