View: 11274|Reply: 49
|
[Jenayah]
Beras mahal sebab import kuat tapi padi tempatan simpan hingga rosak?
[Copy link]
|
|
Edited by cyberjaye at 3-2-2015 02:16 AM
Kasi ayam makan pun lebih baik daripada Kroni BN simpan 3tahun hingga rosak
Bazir wang rakyat and kesihan petani beras
6029ton dah simpan lebih drpd 3 tahun!
Standard procedure adelah 2minggu utk keluar & jual di pasaran
KANGAR - Padiberas Nasional Berhad (Bernas) diminta supaya mengeluarkan segera beras yang telah diproses daripada pusat belian padi swasta yang dilantik mereka.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kangar, Shaharuddin Ismail berkata, tindakan Bernas tidak mengambil beras yang telah diproses menyebabkan pusat belian tidak mempunyai ruang untuk menyimpan padi tersebut.
Bernas melantik kilang padi swasta di Perlis sebagai pusat belian untuk mengisar padi petani.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat Pusat Belian Kilang Beras Dibok Sdn Bhd (Dibok) di Behor Mali dekat sini hari ini, beliau hairan mengapa Bernas tidak mengambil beras yang telah diproses sedangkan negara kekurangan beras hingga terpaksa mengimport.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kangar berkata, di Dibok, terdapat lebih 8,000 tan beras yang sudah diproses bernilai lebih RM16 juta tetapi masih terperap.
Kilang padi itu merupakan kilang swasta terbesar di Perlis. Shaharuddin mahu Bernas menyelesaikan masalah tersebut yang telah berulang selama dua tahun.
Sementara itu Pengarah Urusan Dibok, Marzuki Othman berkata, syarikatnya hanya boleh membeli padi jika Bernas mengeluarkan beras yang telah diproses.
Beliau berkata, masalah itu pertama kali dihadapinya sejak lebih 30 tahun lalu.
Tinjauan Bernama juga mendapati terdapat beras yang tidak diambil oleh Bernas di kilang itu rosak kemungkinan akibat tersimpan terlalu lama. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/hairan-kenapa-bernas-tidak-ambil-beras-proses-1.355721
[size=14.8800001144409px]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3QUZIjCcr
KANGAR – Kira-kira 16,000 petani di Perlis dikhuatiri bakal mengalami kerugian ekoran berlaku lambakan padi di kilang-kilang memproses milik Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) dan kilang-kilang swasta di negeri ini sejak 22 Januari lalu.
Lebih membimbangkan, lebih 60 peratus padi di negeri ini hanya menunggu masa untuk dituai dan kebimbangan petani-petani itu ialah di mana hasil tuaian mereka harus dijual.
Ahli Parlimen Kangar, Shaharuddin Ismail (gambar kecil) mendakwa, sebanyak enam kilang pembelian padi milik swasta manakala tiga lagi milik Bernas di Perlis kini didakwa mempunyai lebihan padi yang banyak.
“Kapasiti kesemua kilang memproses padi di Perlis hanya mampu menampung pembelian 2,500 tan metrik padi dalam sehari namun apa yang berlaku kini kilang-kilang itu mendakwa, menyimpan padi mencecah sehingga 3,500 tan metrik,” kata beliau pada sidang akhbar di Pejabat Parlimen Kangar di sini semalam.
Menurut beliau, pihaknya meminta kerajaan dan pihak agensi terlibat segera menangani masalah penjualan padi bagi menjaga kebajikan pesawah negeri ini yang dianggarkan berjumlah 16,000 orang.
“Salah satu cadangan adalah dengan membenarkan lebihan padi di negeri ini dijual ke kilang-kilang memproses padi di Perak dan Selangor.
“Kita terpaksa menjual padi ke negeri-negeri lain kerana kilang-kilang di Kedah tidak mahu menerima padi lagi,” kata beliau.
Shaharuddin berpendapat, isu lambakan padi pada masa ini berlaku selepas kerajaan membuat penyeragaman jualan padi kepada RM1,200 setiap tan di Semenanjung bermula Januari pada tahun lalu.
Sebelum itu, harga jualan padi di Semenanjung ialah RM1,100 hingga RM1,500 setiap tan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni memang kes pelik..ada beras tak jual sampai rosak..kasi kat ayam...gemuk gak ayam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by yellowfin at 1-2-2015 07:47 PM
Beras tempatan tak laku dh... xde class.. siapa nk mkn...
Ummah pprt kt tempat aku gigih menjual beli beras ereb skrg... makan terus fasih mengaji dn berbahasa ereb... masuk surga kelas pertama katanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat oslo sini berasss mahalllll. NOK 19 sekilo.. tp kena telan nasi jugak. Tekak melayu |
|
|
|
|
|
|
|
x pe...bernas dikuasai melayu...bukan cina..so tiada masalah wookay! |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan lama-lama nanti bolehlah dapat zat protein tambahan
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik pelik mesia ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah jahatnya pengurusan negara kita. Ni salah satu kes kecil sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku tahu ada beras yang dicampur antara beras import dengan beras tempatan...takkna nak biar gitu je mesti boleh dibuat sesuatu dengan beras tu kot |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalahnya ni. Padahal beras kita import banyak n jab pertanian mencoba utk tingkatkan hasil beras kan. Aku makan je beras tempatan muka jalaluddin hassan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu ada masuk tv...tak settle lagi masaalah ni? Ayoo nampaknya tak cukup kementerian untuk tangani masaalah ni. Kena ada menteri asas tani padi agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
saya mkn beras tempatan..
ni apsal sorok2 beras ni
ingatkn beras tempatan x cukup
rupanya pengurusan BERNAS dok simpan beras
|
|
|
|
|
|
|
|
daisy71 replied at 1-2-2015 09:47 PM
Hari tu ada masuk tv...tak settle lagi masaalah ni? Ayoo nampaknya tak cukup kementerian untuk tanga ...
Kes asal msk tv sbb pesawah2 padi yg komplen padi mereka tidak lagi dibeli oleh bernas atau pemborong2 swasta..dikatakan ada lambakan padi.
Tu mp bn tu turun padang..ni yg dia jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
nak jual ke perak n selangor?
gila? xda driver yang berani lah
melainkan bawa sikit - sikit
dia punya gayat bawa lori padi ni jangan buat main main |
|
|
|
|
|
|
|
ini tak lain tak bukan adalah kekorupan umno bn |
|
|
|
|
|
|
|
ini tak lain tak bukan adalah kekorupan umno bn |
|
|
|
|
|
|
|
Jual je secara direct kat pasar tani ke pasar malam ke...best apa kalau dapat beras baru....wangi je ...buat moi pun sedap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya.... Kesian petani.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|